Rabu, 14 Disember 2011

Khalid Samad tetap berkeras, Hassan Ali tak layak dicalonkan PRU 13



Pas Selangor mengakui Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenaraikan sebagai calon dari negeri itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan tidak mencalonkan Hasan dibuat kerana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi di peringkat cawangan parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, yang diwakili oleh Hasan.

‘‘Beliau (Hasan) tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk dipilih sebagai calon. Di kawasan beliau sendiri (Gombak Setia), beliau tidak dapat pencalonan yang cukup,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan senarai calon yang dikemukakan kepada pimpinan Pas Pusat sebelum ini adalah keputusan muktamad yang diputuskan oleh Pas negeri.

Sebaliknya, beliau menyatakan senarai calon itu hanya cadangan awal yang dikemukakan oleh Pas Selangor untuk dipertimbangkan oleh kepimpinan Pas Pusat.

‘‘Jika Pas Pusat mahu Hasan dipilih sebagai calon untuk bertanding, ia adalah keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan kita akan terima serta sokong.

‘‘Tidak semestinya di kawasan Gombak Setia, kalau pimpinan Pas Pusat mahu beliau dicalonkan di kawasan lain pun, kita tidak ada masalah,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, Mingguan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga ADUN Gombak Setia telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pengguguran tersebut telah mendapat restu daripada Pas Pusat.

Selain itu, Pas Pusat juga dikatakan akan menggugurkan beberapa pemimpin lain termasuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita mengenai pengguguran Hasan itu telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, malah Jumaat lalu, sebuah portal berita propembangkang melaporkan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib bahawa Hasan berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai calon parti itu pada PRU13.

Isnin, 5 Disember 2011

Kenapa Penjara Pudu Ditutup


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja…
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK
TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa ” ” Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ” Ha Ha Ha Ha
Ha ” Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa … ”

Ahad, 4 Disember 2011

Muhyiddin Dan Perwakilan UMNO Ikrar Setia Kepada Parti


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Berikut lafas ikrar setia kepada parti..

Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata Timbalan Perdana Menteri.

Ikrar itu berbunyi: "Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

"Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Lafaz ikrar tersebut dilakukan pada akhir ucapan penggulungan beliau pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011.
 
Dan adakah ikrar ini sampai sehingga hari mengundi di PRU 13? 
MARI KITA LIHAT SAPA YANG KENA

ANTARA MAHATHIR DAN ANWAR, SIAPA YG BENAR

DEMI ALLAH DAN RASUL, AKU NAK TANYA KEPADA SEMUA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM DAN KAWARIH2 PAS.

APAKAH TUN MAHATHIR YG DI ANGGAP ZALIM OLEH PEMBANGKANG ADALAH BERSALAH KETIKA ANWAR DI BUANG DARI JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI?

APAKAH TUN MAHATHIR BERSALAH APABILA MEMBENARKAN POLIS MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS ANWAR IBRAHIM SETELAH DIKATAKAN TERLIBAT DENGAN LIWAT?

JIKA BENAR TUN MAHATHIR BERSALAH, AKU YAKIN TUN MAHATHIR SEKARANG INI TIDAK MAMPU UNTUK BERDIRI TUNAIKAN SOLAT PADA USIANYA...

JIKA BENAR TUN MAHATHIR BERSALAH, AKU YAKIN TUN M TELAH DI MAKAN SUMPAH DAN LAKNAT ALLAH ATAS DOSANYA, PERLU INGAT, BUKAN SEDIKIT YG SOLAT HAJAT UTK ALLAH TUNJUKKAN KEBENARAN! MALAH TUAN GURU NIK AZIZ PERNAH BUAT SOLAT  HAJAT SATU STADIUM MENJAHANAMKAN TUN MAHATHIR!!

CUBA BANDINGKAN ANTARA KEHIDUPAN TUN MAHATHIR BERBANDING ANWAR IBRAHIM!

SIAPA YAG BENAR??????

Arjunatapa: jika bersalah, Allah dah bayar cash atas dunia lagi.


Rabu, 16 November 2011

Kelebihan Bulan Muharram


 

"Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

Tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam.

Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditanda sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Tetapi peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram.

Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan haram ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (Sahih Muslim)

Isnin, 14 November 2011

Akhbar Cina Mahu Lim Guan Eng & Persoal Anwar Calon Perdana Menteri

Rupa-rupanya akhbar Cina pun tidak 'berselera' dengan 'lauk' dijual Kedai Pakatan Haram bahawa bakal PM Malaysia disandang oleh Anwar Ibrahim.
Mereka nampaknya mula memukul gendang dan memainkan tarian tradisi untuk mengangkat kaum mereka sendiri sebagai Perdana Menteri di dalam artikel ini.
Sebelum ini kita tidak mengetahui isi akhbar Cina namun hari ini kita dapat membaca lubuk hati mereka yang terzahir dalam patah perkataan, siapa calon pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Haram menang.
DAP yang terperanjat apabila hasrat Tony Pua merancang mengecilkan saiz penjawat awam di negara ini telah tersebar walau ia disiar dalam akhbar bahasa ibunda mereka.
Semuanya kerana kita telah mendapat terjemahan yang disiar oleh blogger Mymassa selain portal Kritis-Online.com sebelumnya.
Bacalah artikel di bawah wahai saudara-saudariku dari penyokong penyokong mahupun pimpinan Pas dan Pkr.
Jangan jadi bodoh sangat dengan mempercayai lakonan opera puak DAP sehingga bermati-matian menjana kemenangan untuk pertabalan PM dari puak mereka.
Bumi ini milik Raja Melayu dan nama asalnya juga persekutuan tanah melayu. Kitalah yang berhak memerintah dengan adil dan saksama tanpa menindas mana mana agama dan bangsa lain sedikitpun berbanding masa depan yang pasti kelam jika puak DAP yang memusuhi Islam dan tradisi Melayu secara tidak langsung,memegang kuasa pemerintahan.
Tolonglah wahai saudara seagamaku agar kita dapat berubah kembali ke arah kebenaran tanpa diperdaya oleh hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa menyeru ke arah taman perpecahan dan pergaduhan sesama Islam.
Mohonlah kepada Allah agar kita dibuka mata hati dapat melihat kebenaran bukan kepalsuan serta menyokongnya.amin
Sekian, mohon disebarkan.

Akhbar China Press m/s C19
Perkara: calon perdana menteri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng?
10 November 2011 (Khamis)
Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?
Goh Chee Chong
Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya "siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?" apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.
Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan "semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim". Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  "selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM" sudah memadai.
Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.
Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri?
persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?
Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu
Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?
Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Selasa, 8 November 2011

Mana Mak

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
 
hanya penceritaan tiada hubungan samaada yg hidup mahupun yg telah pergi meningalkan kita

Al fatihah untuk BONDA JOYAH BT BABA & AYAHDA AZIZ BIN LEBAI TALIB

Anwar Ibrahim Pergi Haji,,, ?



Bila Perdana Menteri Dato' Seri Najib pergi Mekah, mula lah puak ahlul blogger pembangkang tabur fitnah, mengutuk dan menghina Dato' Seri Najib, tak cukup dengan itu ada juga pihak yang ahlul sanggup membuktikan yang Anwar Ibrahim pun pernah pergi Haji... Haha untuk apa semuanya ini? tak boleh nak kalah jugak ke!

Namun gambar diatas dimainkan oleh blogger pembagkang bagi membuktikan Anwar pernah pergi Haji hanya sekadar gambar superimpose hahaha....

Kenapalah puak ahlul ni suka buat lawak bangang sama macam Chegu Bard? adakah semua mereka ini semuanya spesies yang sama hahaha! Aku betul-betul tak tahan hari ni... ni pun tengah gelak berguling-guling apa bila melihat kebodohan puak-puak luar tabie ni buat kerja...

Kalau betul Anwar telah ke Mekah menunaikan haji, dedahkan je gambarnya sebagai bukti.. apa yang susah sangat puak haramjadah ni kemukakan bukti yang sahih....

Kalau betul Anwar Ibrahim dah masuk Mekah, takkan tak de gambar yang real kot? dia tipu, tipu,, tipu,tipu, tipu aku lagi....

PAS MEMALUKAN UMAT ISLAM ???




Syukur alhamdulillah kita telah menyambut aidiladha dan para jemaah haji telah menyempurnakan rukun Islam Ke 5.Tapi puak kristian kafir harbi ni faham ke?

Terutama yg kuat bercium dan bersuap suap lidah dengan pemimpin Pas ni.

Hari ini ramai umat islam dapat daging korban hasil sumbangan DaP...sibuk sangat tgk org islam terima daging dari si kafir harbi teresa sab cock nih.

Agaknya lepasni bila tahun baru cina insyaallah kita akan dapat tgk khalid samad,nik najis dan hadi awang beri daging babi salai pada kaum cina pula......


Bodoh punya Pas...buta agama demi survival parti.

Sumber Kuku Kaki

PAS DAH START MEMALUKAN UMAT ISLAM !!!


APA CERITA NI ???

DAH LAH KAT SURAU LEPAS ITU TAK PAKAI TUDUNG DAN TUTUP AURAT !!!

BETUL TAK SAYA BERITAHU DULU,PAS BUKAN UNTUK ISLAM !!!

TUJUAN PAS DI TUBUHKAN HANYA POLITIK !!!

MANA ISLAM PAS ???
YANG SEPATUTNYA..
FAHAMAN POLITIK JADI NO 2..
KITA SEAGAMA..

Jumaat, 4 November 2011

SELANGOR !!! SUDAH 2 TAHUN TEMPAT PARKING PASARAYA JADI MEDAN BERZINA ?!! KERAJAAN NEGERI SIBUK BUAT APA ??

  tuuuiHH !!


SHAH ALAM: Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan tempat letak kereta bertingkat di atas sebuah pasar raya besar di Seksyen 7, di sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan.

Tinjauan demi tinjauan pada lewat malam mendapati, beberapa kereta diletakkan berjauhan bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dihidu oleh orang awam.

 turut dimaklumkan, kawasan tempat letak kereta itu menjadi sarang maksiat berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa di tempat itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, berkata kegiatan remaja yang sebahagiannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, kawasan itu menjadi pilihan pelajar kerana ia lebih dekat untuk ke kuliah.

"Ramai pelajar menjadikan kawasan tempat letak kereta itu tempat melepaskan rindu dan akibat tiada pengawasan serta kawalan, mereka tidak takut dan menjadikan aktiviti itu sebagai sesuatu yang biasa.

"Mereka bukan saja melakukannya pada lewat malam, waktu siang pun selalu ada," katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali turut menyarankan supaya kegiatan pelajar tidak bermoral itu dibongkar.

Dia yang membuka perniagaan alat tulis di kawasan itu berkata, sehingga kini, tiada mana-mana pihak menggempur kawasan maksiat itu yang tidak lagi menjadi rahsia bagi sesetengah penduduk di sini.

"Saya sedih kerana ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, tetapi mereka melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan sendiri tanpa berfikir kesan bakal dihadapi," katanya.

siapa dalang pada ini


Tolong lah baca. walaupun ianya sedikit panjang...
tapi demi ISLAM. apa salahnya. fikirkan ;)

KEHEBATAN PEGUAM JAHANAM.. AZLINA JAILANI..!!!

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.

mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa...sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua umat Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah swt dan dijauhkan dari terpesong aqidah...amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar....
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama
- maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam , dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam , mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain
- mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar..

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ?
...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim...

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang Berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Oleh  bob

Rabu, 2 November 2011

Ambiga Mahu Beri Kebebasan

Kepada Hak Lesbian, Gay, Transexual (Pondan), Bisexual dan Intersexual! Power Siut!!


Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November ini dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) , Datuk S. Ambiga. Apa kata sekutu kuat ANWAR, HADI, Nik AZIZ, LIM KIT SIANG yang bersungguh-sungguh menyokong Ambiga sebagai pergerusi BERSIH 2.0 tempoh hari. Apa pula kata penyokong-penyokong yang membabi buta pula menyokong orang yang konon nya bersih. 
 
Program yang dinamakan Seksualiti Merdeka itu adalah acara sambutan tahunan meniru acara ‘Gay Pride Parade’ di negara-negara Barat.

Kumpulan di bawah "Seksualiti Merdeka" tersebut memperjuangkan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)!

Dan kumpulan ini mendapat sokongan daripada Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations dan Amnesty International!

Malaysian Bar Council? United Nations? Fuh Power macam siot je!

Ambiga nak beri kebebasan kepada hak lesbian, gay, transexual (pondan), bisexual dan intersexual di berikan kebebasan hak utk mereka bebas mengamal cara hidup mereka secara terbuka.

Mereka menuntut hak LGBT untuk mengamalkan cara hidup dan budaya seks secara bebas tanpa diskriminasi, keganasan ataupun gangguan daripada kumpulan masyarakat umum.

Mereka juga menuntut hak tersebut berdasarkan prinsip kebebasan hak asasi manusia di mana setiap individu berhak ke atas tubuh badan sendiri tanpa perlu dic.
 
Harap kerajaan tak payah la bagi dia bajet buat FILEM pulak lepas ni.

Khamis, 20 Oktober 2011

Himpunan Sejuta Umat - Selamatkan Aqidah

HIMPUN: Ketua Pemuda PAS Bantah Hadi Awang.

1- Semalam baru sahaja Presiden PAS Hadi Awang menolak untuk terlibat dengan HIMPUN. PAS Selangor turut juga akur seperti dibawah;
“Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut ....jika mana-mana ahli didapati hadir dengan menggunakan logo atau kain rentang PAS dan mengisytiharkan diri mereka ahlinya tindakan disiplin akan dikenakan”
- Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
Tetapi hari ini Ketua Pemuda Pas Pusat membantah arahan dan kehendak Presiden mereka. kenyataan Nasrudin Hassan
“Tindakan Menghalang Ahli PAS menyertai ngo dan himpunan aman yang dibuat oleh ngo pula di atas nama Selamatkan Aqidah adalah suatu tindakan yang salah dan bertentangan dgn keputusan asal Lajnah Politik PAS Pusat”
Nasruddin yang beriya-iya benar dari awal mengenai Himpun, amat kecewa dan mempertikaikan tindakan Hadi yang bertentangan dengan keputusan asal Lajnah.

Pas Baru Nak Tubuh Jawatankuasa Khas Hudud

Pas Baru Nak Tubuh Jawatankuasa Khas Hudud, Bukti Pas Tidak Serius, Profesional

JALAN BAYAM – Pas semakin menunjukkan bahawa kepimpinannya seorang yang buat kerja tidak bersungguh apabila ingin melaksanakan hudud malah mereka bukan profesional biarpun mempunyai ulama ini kerana baru kini mereka ingin menjadi serius dalam menjalankan hudud ketika hampir pilihan raya umum.

Penganalisa politik berkata jika sebelum ini, hudud mereka hanya senyap sahaja namun sejak 1993 hudud diluluskan setelah mendapat pekenan Sultan Kelantan sebagai salah satu eknekmen Negeri setelah mendapat mandat dalam persidangan DUN kelantan sehinggalah kehari ini PAS tidak pernah malah mereka tidak ambil peduli untuk kemas kini undang-undang sehinggalah  dalam mutamar PAS pusat baru-baru ni menukar perlembagaan PARTI PAS pada negara berkebajikan atas desakan DAP sehingga mereka dapati sokongan Melayu semakin merosot dan ada yang berpaling tadah, Undang-undang hudud sebenarnya sudah dibuat Pas Kelantan sejak 17 tahun lalu tetapi baru sekarang Kerajaan Pas Kelantan akan membentuk Jawatankuasa Khas Teknikal sebelum melaksanakan hukum hudud di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas itu berkata jawatankuasa itu perlu kerana ia melibatkan masalah teknikal walaupun undang-undang syariah melibatkan hudud itu telah lama diluluskan kerajaan negeri.

“Kita akan menubuhkan jawatankuasa khas teknikal sebelum melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dan terpaksa mengambil masa sedikit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Kerajaan Pas Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum hidud pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan semua anggota, termasuk dua anggota pembangkang Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya BN tidak pernah menentang hudud. Cuma Pas sengaja tangguhkan hudud demi memainkan isu agama untuk beli undi orang Melayu dan mengadaikan Agama Islam itu sendiri demi PAKATAN dan DAP.

Marilah ramai-ramai penyokong separuh masa dan sepenuh masa kita tanya ulamak dan tok guru sendiri mana 17 tahun yang ditipu pada AGAMA, BANGSA dan PENGIKUT.

Rabu, 19 Oktober 2011

Kes Liwat Anwar: Karpal Tutup Kes Suruh Anwar Bertaubat Dalam Penjara?


Sudah tentu sekarang Anwar Ibrahim sedang mengeletar segala urat sendinya. Perbicaraan kes liwat yang melibatkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan semakin sampai ke penghujungnya. Dalam ertikata lain, kes tersebut akan berakhir dan keputusan hakim akan diperdengarkan tidak lama lagi.
Hari ini, barisan peguambela Anwar dengan rasminya menutup pembelaan mereka dengan menyatakan bahawa tiada lagi saksi pembelaan yang akan dipanggil bagi membantu menipu mahkamah bagi melepaskan Anwar dari kesalahan yang dilakukannya. Yang tinggal kini hanyalah empat orang saksi yang bakal dipanggil oleh pihak pendakwaraya bagi menafikan keterangan Dr. Hoogland yang menyatakan Anwar “mati pucuk” dan “tak boleh bengkok badan”!
Pada saya, untuk menafikan pembohongan Dr. Hoogland adalah perkara mudah bagi barisan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Barisan pendakwaraya yang bertaraf A itu sudah tentu berpengalaman untuk mematahkan satu persatu pembohongan warga asing yang di”import” untuk menyelamatkan Anwar dari dosa yang dilakukan terhadap Saiful Bukhari.
Sebelum ini, Datuk Mohd Yusof begitu konsisten mematahkan hujah dan keterangan barisan peguambela Anwar serta keterangan-keterangan saksi pembelaan. Sebagai contoh, kreadibiliti Dr. McDonald yang juga warga asing dari Australia begitu mudah dipertikaikan memandangkan “doktor” itu tidak pernah mempunyai sebarang pendidikan formal mengenai DNA. Apatah lagi “saksi misteri” yang “langsung tak misteri” dengan pembohongan yang bercanggah dan terlalu subjektif mengenai Saiful Bukhari.
Paling mengejutkan ialah pengguguran bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dari dipanggil sebagai saksi pembelaan kes tersebut. Sedangkan dalam pengetahuan saya, Tan Sri Musa sudah menyatakan komitmennya dan bersedia dipanggil mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut. Malah rakannya, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof juga dibatalkan sapinanya oleh para peguambela Anwar.
Persoalannya, mengapa perlu batalkan sapina Tan Sri Musa dan Datuk Rodwan? Bukankah mereka ketika itu masih lagi bertugas dan sebagai Ketua Polis, sudah tentu mereka punya banyak keterangan yang mampu membantu keadilan berhubung kes itu. Sebagai entiti yang mewakili kepentingan rakyat, keterangan dari pihak berkuasa seperti Ketua Polis Negara sangat perlu untuk membuktikan kebenaran memandangkan kebanyakkan kes berprofil tinggi dilaporkan terus kepadanya.
Barisan peguambela Anwar memberikan alasan bahawa tiada gunanya memanggil Tan Sri Musa dan Datuk Rodwan memandangkan Perdana Menteri dan isterinya menolak untuk menjadi saksi pembelaan. Mungkin tujuan mereka ialah untuk mengaitkan hasil siasatan polis itu sebagai satu “arahan” dari Najib dan isteri?
Tolonglah! Najib ada banyak lagi perkara penting dan soal negara yang perlu difikirkan. Pada pandangan saya, Najib tak sikit pun ingin menyemakkan fikirannya memikirkan tentang kes Anwar yang sememangnya jelas salah Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak mahu berubah walau pernah di dakwa sebelum ini dengan kes yang sama.
Pada saya, barisan peguambela Anwar membatalkan sapina Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Rodwan kerana takut lebih banyak tembelang Anwar pecah serta diketahui umum. Mereka takut berhadapan dengan kedua-dua bekas pegawai polis tersebut, terutamanya Tan Sri Musa yang dulunya merupakan pegawai penyiasat kes liwat I Anwar yang bermula pada tahun 1996.
Sesungguhnya masa Anwar sudah sampai ke penghujungnya. Bagai “sirih pulang ke gagang”, begitulah perihalnya Anwar Ibrahim yang akan kembali ke “kandang”nya yang terletak di “Bamboo River”.
Saya ragu-ragu sebenarnya dengan keputusan barisan peguambela Anwar yang menutup kes ini dengan tidak memanggil “saksi-saksi pembelaan lain sebagai alibi” untuk Anwar. Sebelum ini, Anwar berdegar-degar memberitahu bahawa dia punya banyak saksi yang boleh menjadi “alibi”. Mana saksi-saksi tersebut? Sudah tidak ada “alibi”, kah?
Mungkinkah ini permainan Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan Anwar yang mahu melihat Ketua Umum PKR itu disumbat kembali ke dalam penjara? Ini taktik politik terbaru DAP? Atau sememangnya Karpal sudah lama menyampah dengan Anwar. Iyalah, takkan tak ingat dengan kenyataan Karpal sebelum ini?
“It’s enough for Anwar to create trouble in this country, Anwar Ibrahim harus bertaubat!”. Tidak mustahil Karpal suruh Anwar bertaubat dalam penjara, kan?

Akta Murtad: Nik Aziz Terus Meroyan dan Meraban

Seperti biasa, apabila terdesak dan tertekan, Nik Aziz akan segera berpaling dan menyerang UMNO-BN. UMNO-BN akan dipersalahkan atas apa-apa sahaja, termasuklah menantu kesayangannya, Ariffahmi ambik rasuah dan melakukan penyelewengan di Kelantan dengan menggunakan PMBK. Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab dan tidak mahu bertanggungjawab, sepertimana dia tidak mahu bertanggungjawab terhadap tahap kebersihan fizikal Kelantan yang sudah hampir setaraf dengan mutu tandas awam di seluruh Indonesia.
Nik Aziz dalam satu kenyataan menyalahkan UMNO kerana kononnya UMNO yang menghalang perlaksanaan Akta Murtad. Katanya lagi, kerana kesombongan UMNO, maka akta tersebut tidak dapat diwujudkan.
Tidak menghairankan mengapa Nik Aziz sanggup mengeluarkan kata-kata itu, sungguhpun secara jelas, Nik Aziz berbohong dan menipu. Sudah menjadi darah daging kepada so-called ulamak PAS ini untuk menipu dan berbohong kerana pegangan hidupnya adalah berbohong demi kuasa dan berdusta demi mengekalkan jawatan!
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengusulkan undang-undang anti murtad pada 1988 dan sekali lagi membuat usul pada tahun 1999 di Parlimen. Bagaimanapun, usul tersebut tidak mendapat sambutan, malah ditentang keras oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bukan beragama Islam, baik dari kalangan Barisan Nasional, apatah lagi DAP.
Punca sebenar akta tersebut tidak diluluskan telah diketahui. Malangnya, para pemimpin PAS tidak berani langsung untuk menyatakan perkara sebenar. Nik Aziz selaku Mursyidul Am juga cuba memesongkan sejarah, sepertimana para pengikut PAS cuba memesongkan kewujudan parti tersebut dengan menyatakan PAS terhasil daripada muzakarah ulama walaupun sebenarnya PAS dizahirkan kerana perebutan kuasa dalam UMNO.
Menyalahkan UMNO adalah cerita paling mudah dan taktik paling murah yang boleh dilakukan oleh Mursyidul Am PAS itu. Mursyidul Am yang hidupnya penuh dengan dendam kesumat, bermula dengan dendam kerana tidak mendapat jawatan yang diidamkan dalam perkhidmatan kerajaan selain Penyelia KEMAS, sehinggalah dendam kerana kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh BERJASA bukannya PAS ketika PAS berada dalam Barisan Nasional, dan dendam terbesarnya apabila PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional kerana gelagat pemimpin PAS yang lebih sibuk mencari pengaruh dan kedudukan untuk parti tersebut berbanding bekerja sebagai komponen kabinet, terus bermaharajalela sekalipun kubur dan liang lahad semakin dekat dengan Nik Aziz.
Taktik Nik Aziz menyalahkan UMNO untuk Akta Hudud sebenarnya tidak sukar ditelah. Isu hudud ciptaannya, telah menjadi senjata makan tuan apabila DAP secara terang-terangan menyatakan tentangan serta amaran keras kepada PAS sekiranya undang-undang tersebut hendak dilaksanakan, menyebabkan Nik Aziz perlu mencari isu-isu lain yang lebih menampakkan ‘kecerdikannya’.
Namun Nik Aziz sekali lagi menjerumuskan dirinya ke kancah kebodohan apabila mendedahkan usahanya memutarbelitkan fakta, terutama sekali apabila perkara tersebut akan dikaitkan dengan penolakannya terhadap usaha kerjasama antara UMNO dan PAS seperti yang ingin diusahakan oleh Abdul Hadi Awang dalam konsep KERAJAAN PERPADUAN.
Secara tidak langsung, kegagalan usul Akta Murtad sekiranya dibuat sekali lagi, patut diletakkan pada kepala jemala Nik Aziz yang tidak mahu melihat kewujudan kerusi majoriti Islam di Parlimen. Jadi, sebelum dia dipersalahkan kerana kegagalan mewujudkan kerusi majoriti Islam di Parlimen, terpaksalah dia menyalahkan UMNO terlebih dahulu.
Bacaan politik Nik Aziz selalunya lebih memihak kepada penentang-penentang umat Islam serta agama Islam. Apa-apa sahaja yang menguntungkan kaum berkenaan, Nik Aziz biasanya akan cepat bersetuju sebaliknya jikalau sesuatu isu itu menguntungkan umat Islam, Nik Aziz cepat-cepat akan menentangnya dengan pelbagai dalil dan nas, termasuklah memalsukan hadis dengan membuang sekerat, mengambil sekerat, sebagaimana yang dilakukannya ketika menerangkan tentang pengharaman ASSOBIYYAH.

Akhirnya diperlihatkan

akhirnya KANTOI di palimen

www.youtube.com
Keadaan dalam Dewan sedikit kecoh berikutan pertikaman lidah antara Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhujah mengenai BAJET 2012
Time Kit Siang carut, maki hamun, fitnah anak bini orang dia buat-buat lupa!!!

www.youtube.com
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Atok dah masuk campur... merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak supaya kes ramas buah dada ini di hentikan!!

Wow!!! Sape tak kenal Atok Kit Siang ni? Dia lah Raja pengkritik, mulut celupar paling tertua di Malaysia ni... Tapi tak tahan pedas rupanya apabila terkena batang hidungnya sendiri!!

Ini macam la latuk.... Latok tak payah pikir maruah keluarga latok, maruah cucu latok saja.. Maruah budak yang kena raba tu apa cerita? mau lepas macam tu saja ka??? Haiya.... Bak kata David Teo "Uwang tidak boleh beli segalenyae...."

Kenape tidak suruh saja Cik Bard hentikan fitnah yang di lemparkan kepada isteri PM?

Ahad, 16 Oktober 2011

Meludah Kelangit...


Huh!!! Memalukan. Nama je pemimpin Islam. Tapi, bila tiba bab kuasa, dia la yang paling tamak sekali. Sampai ke tua, masih lagi dia tak sedar diri.
dulu dia berdoa satu stadium harap Tun M mati dan letak jawatan sebab dah nyayok dan sayangkan kerusi malah dituduh gila kuasa 
Sekarang janji Anwar bawasanya pada Pru 13 memihak pada Pakatan Sonsang bagaimanapun Anwar diatas Kes menjuburinya yang dikatakan 'KONPIRASI KERAJAAN'  maka undang2 akan menjatuhkan hukuman, kena la masuk penjara  5-6 tahun maka dijanjikan harapan serta yang selayaknya untuk jadi PM adalah Nik Aziz. Janji yang sama juga diberi pada Pak Hadi.

  Tambah memalukan, Si Wali Terompah ni masih tidak mahu melepaskan jawatan dia sebagai Menteri Besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kata dia, dia tetap akan bertanding dalam PRU walaupun tak de orang yang suruh dia bertanding. Kan nampak sangat dia tak sedar diri.
Dan dia jugak bukan sekadar memalukan diri sendiri. Tetapi turut memalukan parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu secara keseluruhan.

Dia tak malu ke dengan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Gerakan yang sanggup mengorbankan diri dia sendiri demi perjuangan parti?

Tak de la macam dia ni. Walaupun dah semakin ramai orang yang nak dia berenti, dia masih jugak nak tunjuk sombong. Macam dia sorang je yang layak jadi Menteri Besar.

Apa, dalam kalangan ahli PAS Kelantan ni, dah tak de orang lain ke yang layak menggantikan dia sebagai Menteri Besar? 

Tandus sangat dah ke pemimpin PAS ni, sampai jawatan tu pun terpaksa disandang oleh Si Wali Terompah ni sampai mati? 

Kalau dah tak de sangat pemimpin yang boleh menggantikan dia, baik bubar je la Parti Angguk Saja ni. Buat malu ke rakyat je. Nak memperjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

koh tsu koonKatanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi.

Rabu, 12 Oktober 2011

1000 yg meniti sirat hanya 1 org yg lepas



Gambar Pengukir Kata
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Oleh : Nor Ahmad Aziz

Isnin, 10 Oktober 2011

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.

subhanallah ~ bob