Rabu, 16 November 2011

Kelebihan Bulan Muharram


 

"Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

Tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam.

Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditanda sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Tetapi peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram.

Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan haram ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (Sahih Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan