Rabu, 25 September 2013

Komunis atau MPAJA















Reign of terror

Dalam tahun 1945, dianggarkan penduduk Malaya terdiri daripada Cina 47.6%, Melayu, 34.3% dan India beserta dll 18.0%. Anggaran sejumlah 1,699,594 penduduk orang Cina, 1,210,718 orang Melayu dan 651,948 orang India dll, telah dibuat oleh pihak Jepun dan angka-angka ini direkodkan dalam sebuah memo bertajuk ‘Marai dokuritsu mondai’.

Kiraan penduduk keturunan Cina termasuk bilangan penduduk Cina Singapura manakala jumlah penduduk keturunan Melayu tidak termasuk penduduk negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang pentadbiran negeri-negeri tersebut telah dipindah ke bawah bidang kuasa Siam (Thailand) dua tahun awal pada 1943.

Petikan daripada buku ‘Red Star Over Malaya’ — Edisi ketiga (2003), Singapore University Press, m/s 177

“Areas vacated by the Japanese would be entered immediately by a column of uniformed guerrillas marching down the main street under triumphal arches erected by supporters to welcome them. The MPAJA units were always greeted by the Chinese population with enthusiasm. There was clearly Chinese admiration for their endurance in facing the rigours of jungle life and resisting the Japanese.”

Disebabkan Cina sejumlah 47.6 peratus penduduk berbanding Melayu hanya 34.3 peratus, maka semasa interregnum, iaitu tempoh selepas Jepun menyerah kalah dan sebelum British balik ke Malaya dalam September 1945, kumpulan-kumpulan Bintang Tiga telah bermaharajalela di seluruh negara.

Di antara 15-31 Ogos 1945, komunis melancarkan 28 serangan ke atas tentera dan 40 serangan ke atas polis di negeri Perak, mengikut laporan oleh ibupejabat GS1 29 tentera Jepun. Perak ialah kawasan pengaruh Chin Peng.

Banyak orang tempatan mati di tangan Chin Peng dan pengikut-pengikut komunisnya.

Chin Peng memegang kepada ajaran Mao Ze Dong. Kebanyakan komunis tidak tahu berbahasa Melayu dan orientasi mereka adalah tertumpu kepada tanah asal.

Matlamat Chin Peng ialah “translating Maoist strategy into Malaya” sementara hasrat komunis ialah untuk menegakkan sebuah republik di Malaya.

Ini bermakna raja-raja Melayu akan dilupuskan kuasa sekiranya Bintang Tiga mengambil alih pemerintahan Malaya yang pada masa itu (pra-Malayan Union) adalah terdiri daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, juga Negeri-negeri Selat.

Foto: Tulisan Cina pada pintu gerbang berbunyi “The People’s Autonomous Council Welcomes the MPAJA. Whole Heaven is Rejoicing”