Khamis, 27 Januari 2011

Ketua Pengarah BTN yg baru

 Biro Tata Negara (BTN) akan mempunyai seorang Ketua Pengarah yang baru menggantikan Dato Saghul Hamid yang mula bersara pada Mac 2011 ini.Perlantikan Raja Arif Raja Ali  menepati ramalan yang mana selama ini perlantikan untuk ke jawatan ini bukan daripada kalangan pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam politik.

Nama Raja Arif ini telah tersebar luas sebelum ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang cukup erat dan tersendiri dengan Dato Ahmad Maslan,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Dato Sahlan Nasution,Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Raja Arif kini bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Setiausaha Sulit Kanan  kepada Dato Tengku Mahmood Paduka Raja satu ketika dulu malah baru-baru ini berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO membahaskan usul agama.
 
Beliau juga AJK Bahagian Kuala Nerus serta Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan juga Timbalan Ketua Penerangan Bahagian. Beliau dilantik atas pengalaman selama ini kerana pernah memengang jawatan tertinggi dalam BTN , bagaikan sirih pulang ke gangang kembali bekas Pengarah BTN Selangor dan Terengganu.
 
Biro Tata Negara mengalu-galukan kedatangan pengarah baru dalam membawa wancana baru serta merefomasikan BTN kearah lebih matang sebagai salah satu tulang belakang kerajaan.
 
BTN juga mengharapkan kesemua terlibat dari dalam mahupun yang diluar bersangka baik terhadap perlantikan ini kerana "kita sudah tiada masa" dan jangan jadi pak kadok. ayamnya menang kampung tergadai. lebihkan dari perjuangan alif, ba, ta baik didalam minda mahupun jiwa.

Taktik-taktik dalam menjatuhkan mertabat serta bersangka buruk akan mengakibatkan kita lebih mundur dan akan menjadi cemuhan demi cemuhan yang pasti tiada kesudahan. Sifat syukur dan berterima kasih adalah lebih baik dalam segala hal bagi mengurangkan kontrolvasi dan PHD dalam melayu itu sendiri.
Ayuh masanya mendongak kelangit bukan lagi angkuh menunduk kebumi bukannya menyembah. saat detik selalu mengeringi kita dan jangan kita lupa padanya.

Diharapkan Pengarah Baru dapat menjalankan tugas dengan amanah intergiti yang tinggi memastikan kesinambungan kecermelangan diteruskan dalam memperkasakan perlembagaan , memenarakan bangsa bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berharapan  bagi menempuh wawasan 2020.
 
Sebagai akhir kata marilah kita raikan ucapan perpisahan dan juatan terima kasih serta sekalung budi kepada Dato Saghul Hamid dan kita ucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas KP BTN,

Isnin, 24 Januari 2011

Kegilaan Ulamak Pas dan sifat Rasulullah


PAS sudah gila kuasa sampai sanggup buat billboard doakan kehancuran sesama Islam.
Rasulullah S.A.W pernah dihina, diaibkan sewaktu berdakwah di Taif. 
Rasulullah S.A.W juga dicederakan oleh penduduk kota Taif.
Maka datang malaikat Jibrail a.s mahu menawarkan bantuan kepada Rasulullah
nak bantuan apa ?
malaikat jibrail a.s dengan kerasnya mahu menghempapkan dua gunung ke atas kepala-kepala penduduk taif kerana berlaku biadap terhadap kekasih ALLAH swt.
tapi Rasulullah s.a.w tidak mahu perkara itu berlaku. sebaliknya rasulullah saw mendoakan agar satu hari anak dan cucu cicit penduduk taif dapat memeluk islam.
inilah AKHLAK SEBENAR ISLAM. yg patut di contohi bukan nya sifat umar alrasidin ala guan eng
akhirnya kerna pemimpin PAS terlalu memuja DAP maka nilai2 DAP yg pernah halau melayu kg baru dulu telah menular dalam PAS dan akhlak nabi2 dan ulamak2 telah dibuang jauh2 dari sanubari 
ditakdirkan mereka lebih sukar dakap syaitan maka dia mula menyesatkan seperti
 macam billboard pas sesat seperti gambar di atas.
wahai umat islam malaysia...fikirkanlah perbandingan 2 contoh akhlak di atas.

Isnin, 17 Januari 2011

Kini Islam Diperkotakatikan oleh PR selangor

DAP SUBANG KATA ENAKMEN SYARIAH ZALIM !! Isu pekerja di Selangor kelihatan semakin menemui jalan kusut setelah beberapa pemimpin DAP Subang pula bertindak menyokong tindakan Ronnie Liu mengenai isu pekerja Islam di premis dan kelab malam yang menyediakan ...arak. Mereka mendakwa tindakan menggunakan Enakmen Syariah yang ditetapkan menunjukkan Undang2 Syariah zalim untuk dipraktikkan di Selangor. Ianya terbukti apabila beberapa pekerja Islam di Kelab2 Malam dikatakan berang dengan penguatkuasaan Enakmen tersebut yang akan menyekat mata pencarian mereka. Benar atau propaganda menghapuskan Enakmen Syariah di Selangor? DAP kelihatan cuba mempertahankan tindakan Ronnie Liu ini dan mahu menjulang beliau sebagai wira yang sanggup membela nasib pekerja2 di premis yang menjual minuman arak. Beberapa pemimpin DAP Subang mendakwa tindakan Ronnie ini membuktikan bahawa DAP pembela nasib rakyat secara keseluruhan termasuk yang beragama Islam. Mereka juga mencabar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim agar menghentikan terus perlaksanaan Enakmen Syariah yang ternyata tidak releven dilaksanakan. DAP mendakwa Kerajaan Negeri tidak sewajarnya menghalang mana2 pihak untuk mencari punca rezeki masing2 terutamanya dengan keadaan Ekonomi yag kurang stabil pada ketika ini.. PAS akan terus tutup mata disebalik tunduk desakan DAP setelah sokongan diberi dan sebagai ugutan dalam penubuhan negara islam.

Jumaat, 14 Januari 2011

13 Wasiat Rasullulah Kepada Ali


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Khamis, 13 Januari 2011

18 tuntutan hindraf

1.Menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalam
Perlembagaan.
2.Menuntut agar diberhentikan polisi perkauman,ekstremisme Islam serta
menarik balik hak keistimewaan orang Melayu dinegara ini semperna 50
tahun Kemerdakaan Negara.
3.Meluluskan draf undang-undang yang akan melindungi etnik India.
4.Memastikan kesemua 523 sekolah vernakular Tamil diseluruh negara mendapat bantuan penuh kerajaan (peruntukan sebanyak RM20 bilion setahun)
5.Memberikan peluang yang seluas-luasnya atau setidaktidaknya sama seperti yang diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pelajaraan, ekonomi dan pekerjaan (peruntukan sebanyak RM20 bilion setahun)
6.Memastikan etnik India memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada ekuiti negara.
7.Menuntut UMNO supaya tidak bertindak sebagaimandorkepada MIC yang hampir tidak mempunyai suara dan kuasa didalam kerajaan.
8.Memperuntukan 20 peratus jawatan Ketua Setiausaha dijabatan dan agensi Kerajaan diperuntukan kepada orang India untuk 15 tahun yang akan datang.
9.Menuntut UMNO supaya lebih telus dalam setiap perancangan polisi
pentadbiran, pembagunan dan ekonomi yang dicanang.
10.Menghentikan perobohan kuil-kuil Hindu dengan ganti rugi sebanyak
RM10 juta bagi setiap 15,000 kuil yang telah dirobohkan dalan tempoh 50
tahun yang lalu dan menuntut agar sebarang pertikaian diantara muslim dan
bukan muslim hanya dirujuk di Mahkamah Sivil.
11.Menghentikan tindakan berat sebelah polis terhadap etnik India,
memperuntukan bantuan guamam kepada setiap rakyat yang berpendapatan
RM3.000 kebawah.
12.Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat peristiwa Kampung Medan
yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai etnik India oleh orang
Melayu dan pihak Kerajaan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM1juta
diberi kepada setiap etnik India yang menjadi mangsa dalam peristiwa
tersebut.
13.70 peratus etnik India yang miskin diberikan pampasan dan tempat
tinggal yang selesa.
14.Skim rumah kos rendah adalah tidak boleh diterima samasekali serta
penempatan gaji minimum sebanyak RM1000 bagi setiap rakyat.
15.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pelangaraan
peruntkan perlembagaan UMNO.
16.Meluluskan undang-undang menghentikan penindasan etnik India di
samping memastikan pentadbiran negara yang lebih telus.
17.Meluluskan undang-undang menuntut kebebasan media dan tidak
mengenepikan isu-isu mengenai kaun India didalam media.
18.Peruntukan sebanyak 20 peratus kerusi pembangkang kepada etnik
India yang dilantik oleh komuniti etnik bagi membela dan mempertahankan
nasib kaum mereka.


Rabu, 5 Januari 2011

Di Mana Allah Dalam Hati Kita?


Di Mana Allah Dalam Hati KIta?

 

Sekali lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”
Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: “aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah?

Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut:

“Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya”

 Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2
, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting


DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???

9 Golongan Sembahyang


Golongan  1.
Tak sembahyang atau tak tahu sembahyang
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2
Sembahyang zahir sahaja, bacaan tak betul, taklid buta (ikutan). Tiada ilmu ttg sembahyang
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.

Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta  ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.

Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa  satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia
tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya  mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang.

Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang  itu.  Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. 

Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan  6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,  tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya,  sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi  begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan   sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan  8.
Golongan ini seperti juga  golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham,  dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya,
doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.  Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada
gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)

Golongan  9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah  sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah

menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut.  Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.Hatinyahanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin.
Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan  akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.  Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.