Isnin, 28 Mac 2011

Jenahak masak masam manis ulalalaa....

Cara-cara

  1. Goreng ikan hingga separa kering,
  2. kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan. jangan sampai hitam nanti pahit..
  3. Dah tu masukkan cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya( sebub perasa adabi lagi mari)
  4. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
  5. Biar sehingga masak, padam api dapur
  6. Dah siap apa lagi tuang atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. 
  7. Apa lagi serang....

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan jenahak (tak yah mancing kak sea lion order jer kat kak N)
  • 1/2 batang timun dibuang biji
  • 4 keping nenas dipotong panjang
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 5 sudu makan cili kering / cili boh
  • 6 sudu makan sos tomato yeos masam sikit
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 bji bawang besar
  • 1 tangkai daun sop
Modal bahan2 tak masuk ikan lebih kurang dalam rm 5 hinggit.. ikan sekarang rm 25 sekilo.. kat kak n ader harga special..

Isnin, 21 Mac 2011

Daripada RM67 Juta Kini Defisit RM7.41 Juta

Laporan audit dalaman Yayasan Selangor yang dikeluarkan beberapa hari lepas menunjukkan yayasan berkenaan kini mengalami defisit sebanyak RM 7.41 juta.
Satu perkara yang mengejutkan. Sewaktu berlaku pertukaran kerajaan dari BN kepada PKR pada tahun 2008 YS mempunyai wang sebanyak RM 67 juta.
Dalam tempoh tidak sampai 3 tahun pentadbiran YS diambil alih oleh PKR wang RM 67 juta lesap dan YS berhutang pula RM 7.41 juta. Itulah kehebatan pentadbiran seorang tokoh koporat yang dijulang oleh PKR sebagai orang yang hebat.
Isu YS sebenarnya amat rapat dengan Selangor Daily. Kami adalah pemain utama yang mendedahkan penyelewengan dan kepincangan dalam YS pada bulan November tahun lepas.
Apa yang kami dedahkan dulu kini satu persatu dimasukkan ke dalam laporan audit berkenaan.
Antara pendedahan yang kami lakukan,
Kami di Selangor Daily belum lagi mendapat laporan penuh audit berkenaan daripada agen-agen kami di YS kerana kata mereka ‘line tak clear’ . Laporan berkenaan akan sampai kepada kami sedikit masa lagi.
Bagaimanapun laporan-laporan yang disiarkan oleh beberapa media serta portal menunjukkan ada persamaan dengan apa yang pernah kami dedahkan dulu. Anda boleh melihatnya di sini ,  di sini dan di sini.
Itulah buktinya kami di Selangor Daily tidak membuat pendedahan membuta tuli tanpa fakta dan bukti yang kukuh.
Laporan audit telah dikeluarkan, sahih dan nyata telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam YS. Timbalan Pengurus Besar telah dipecat, bagaimana pula dengan pengurus besar ? Adakah beliau perlu terus berada di sana kerana beliau kroni MB Selangor ?

HARI INI PEMBUBARAN DUN SERAWAK?

Hari ini DUN Sarawak akan dibubarkan! Begitulah apa yang telah diumumkan bersama oleh PM dan KM Sarawak minggu lepas! Dato Sri Taib juga telah mengatakan bahawa beliau akan berundur. Namun beliau tetap bertanding demi memastikan segala peralihan kuasa berjalan lancar.

Jauh disudut hati aku, sedih juga dengan pengunduran Beliau sebab aku tau dia banyak berjasa di Sarawak. Yang cerita pasal keburukan Taib Mahmud dan keluarga ini hanyalah pembangkang dan agen asing yang didalangi oleh pembangkang itu sendiri.

Tanyalah rakyat Sarawak tentang Taib Mahmud ni, maka anda boleh nilaikan sendiri. Jangan tanya orang DAP! bagi depa hanya Kit Sial dan Guan Eng bodoh je yang betul punya. Betul tak?

Jadi sekarang ini Sarawak akan menjadi tumpuan kepada semua, baik dari pihak BN mahupun pembangkang. Sekarang ni kita sudah boleh tengok, kaum yang menyokong si peliwat tegar ni semakin kuat serangan mereka terhadap Taib Mahmud dan keluarga beliau.

Kita kat sini sudah lama telah dibohongi oleh media-media asing mengenai Taib Mahmud dan apa yang dibuatnya di Sarawak. Mereka kata rakyat Sarawak menderita kemiskinan padahal hakikatnya tidaklah sebegitu, rasanya ramai lagi yang merempat di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dibawah jajahan pembangkang sekarang ini.

Korang kena pergi sendiri ke Sarawak untuk melihat keadaan disana . Kalau setakat duduk sini dan cerita bodoh tahap babi dari pembangkang ini, maka korang akan diperbodohkan kaw-kaw punya oleh para pelapor bebal dari pakatan Haram ni.

Kalau korang tak mampu nak ke sana, Insya'allah jika diizinkan oleh Allah maka diharapkan kekawan aku akan membawakan kebenaran dari Sarawak untuk korang semua. Kita ni bukan jenis pembangkang, dah tau pemimpin mereka peliwat pun masih nak puja dia tu ha! Isy, geli aku mungkin sama dengan kot..

Jumaat, 18 Mac 2011

DISEBABKAN HIDUP INI BUKANLAH SEINDAH SEBUAH DRAMA

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

ingat allah mendapat pahala,
igt kepada pasangan  bukan muhrim, mendatang kemurkaan allah

peringatan utk ana, anta &nsemua,

NEGARA MATAHARI TERBIT

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Khamis, 10 Mac 2011

BISIKAN-BISIKAN SYAITAN

BISIKAN-BISIKAN SYAITAN...

Bisik-bisik syaitan berlaku pada seti...ap hati manusia ,syaitan selalu membisik-bisikkan dalam hati kecil bagi memasukkan keraguan dan cita-cita buruk dengan ingatan-ingatan jahat,sehingga syaitan-syaitan itu akan membisikkan ditelinga mu dan mengusik-usik hati kecil mu,resah gelisah semangat mu,rosak fikiran mu.

Syaitan membisik-bisik dengan pertanyaan,"SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ENGKAU,ENGKAU AKAN MENJAWAB "ALLAH" DIA AKAN MEMBISIK LAGI,SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ALLAH?

."Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam berpesan dan mengingatkan ,sekiranya ada risikkan dan bisikkan seumpama itu hendaklah engkau kata:

"A-UUZU,BIL-LAHI,MINAS SYAITAN -NIR RAJIM

(berlindunglah aku ALLAH daripada syaitan terusir)
."TIADA MENGETAHUI ZAT TUHAN MELAINKAN TUHAN.

MB yakin BN sukar tawan selangor

Kelmarin pakatan haram selangor merayakan sambutan ulang tahun ke3 pemerintahan mereka dan semalam dalam akhbar sinar harian edisi selangor, muka depan akhbar itu paparkan muka khalid dengan ayat berlagaknya berbunyi "mb yakin bn sukar tawan kembali selangor pada pru 13, jangan berangan" mak oii berlagaknya...

Aku tak kisah la kalau khalid berlagak macam tu, memang pakatan haram di terima oleh rakyat selangor, tengok je la sambutan 3 tahun pemerintahan pakatan, yang datang tu dekat 50 ribu beb... patut la berlagak si khalid gagap ni...
Tapi itu angan-angan khalid je la, cerita sebenarnya ialah, sambutan 3 tahun pemerintahan pakatan haram tak dapat sambutan, dengan kata lain tak ada orang nak datang, jemputan dijangkan 10 ribu yang datang hanya 5 ratus, berpuluh gerai perniagaan di sediakan tapi yang menyewa hanya berberapa belas je, di sebelah malam pulak, khalid terpaksa menunggu sehingga jam 10 malam untuk mulakan majlis, itu sebapnya tak ada liputan dalam mana-mana blog dan portal pembangkang, pasal apa? pasal mereka malu, stadium melawati kosong beb... jadi untuk menutup malu, khalid arahkan supaya wartawan senyapkan cerita ini.

Aku ada berberapa gambar sembutan ulang tahun ke3 pemerintahan pakatan, sambutan yang tak dapat sambutan.