Jumaat, 19 Ogos 2011

Umat Islam Perlu Sokong JAIS dan Baginda Sultan sebagai ketua Agama Selangor


Isu kontroversi serbuan oleh JAIS dan polis terhadap Gereja di Damansara Utama yang dikatakan Hasan Ali ada agenda memurtadkan umat Islam memang ada asasnya . Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib. Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu. Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian. Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
agenda sulit DAP yg masih tidak disedari sekutu2 mahupun penyokong2 mereka mahupun rakyat beragama islam amnya. Disebabkan kes ini hassan ali telah didesak oleh pucuk pimpinan menteri besar dan DAP atau lebih jelas EXCO kerajaan selangor supaya meletak jawatan .DAP telah juga mempengaruhi PAS pusat dalam segala keputusan hassan ali. PAS pusat terpaksa akur kerana hampir semua sumber kewangan PAS pusat sekarang ditaja oleh DAP . Akhirnya PKR atau lebih jelas DS anwar ibrahim berjaya sekali lagi mengalihkan kes liwatnya dengan cetusnya kes ini dan akan datang sebagai penyelamat bagi agama lain seperti kes kalimah ALLAH.dan akam menyalahkan kerajaan atau UMNO sendiri dalam segala-gala hal supaya memperlihatkan  kehilangan sokongan yang kini telah banyak beralih arah ke kerajaan barisan nasional bukanlah bicara politik yg nak diterapkan tetapi kesilapan kita mencorak pemerintah maka padahnya anak cucu kita yang tanggung dan bagi penyokong yg beragama islam terus-terus la menyokong mendesak agar akidah agama dan anak cucu kita terpelihara seperti petikan dalam PERKARA 3 dalam pelembagaan bila agama lain mengamalkan tidak lagi secara aman damai. teruskan menyokong dan fikirkan lah fikirkan lah
Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina dalam DUN Teresa Kok. Bila siap nanti gereja ini adalah yang terbesar di Asia. Cara DAP kembangkan agama Kristian.
     Majoriti ahli parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity dalam DAP semakin jelas bila agenda mereka untuk memperjuangkan isu kalimah Allah, pembinaan gereja dan mengenepikan golongan Cina yang beragama Buddha dalam DAP. DAP adalah gerakan Kristian terancang di Malaysia.