Selasa, 26 Julai 2011

6P -PATI ( PEMUTIHAN)

     Nama                    :- Nor Ahmad Aziz
     Kelulusan KDN       :- IM.KDN(S)IM 03/986/1(56)
     Egen No.              :- 6P/AMP/01/26/01
     No. phone                 :- 017 3058400
                                      
                                                      KOS PROGRAM 6P
Fasa 1 - Pendaftaran, biometric, photo capture dan sijil pendaftaran                       rm      350.00
              (PATI layak untuk memohon passport di kedutaan masing2)
Fasa 2 - Proses mendapat maklumat/ dokumen majikan, matchmaking majikan      rm      400.00      
              dan PATI oleh SP, wakil syarikat dan KDN.
              Proses pengampunan dan permohonan kelulusan kpd Imigresen.
3.        - Caj Imigresen untuk program pemutihan (Kompaun)                                 rm     300.00
              (Kemungkinan akan dibatalkan oleh Imigresen)
4.        - Fomema (Pemeriksaan Kesihatan)                                                           rm     190.00
                            BAYARAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN IMIGRESEN
5.        - Insuran Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing           rm    150.00
              (SKIPPA)
6.        - Foreign Worker Composition Scheme (FWCS) - insuran  kematian            rm    100.00
7.        - Special Visa (3 BULAN)bagi yang mendapat kelulusan bersyarat               rm    100.00
           - Sementara menungg passport siap)
8.        - Bond Guarantee / Insurance Guarantee                                                    rm      50.00
9.        - JP Visa                                                                                                  rm     500.00
10.      - PLKS                                                                                                      rm      60.00
                                                                                        JUMLAH                     rm  2,200.00

11.     - Bayaran Proses Imigresen (Levi Berdasarkan sektor)
                                                               LEVI                 Bayaran proses           JUMLAH BESAR
                                                               (RM)                    (RM)
          - Perkilangan /Pembinaan            1,200.00       +         50.00                             3,450.00
          - Pertanian                                     360.00       +        10.00                              2,570.00
          - Perladangan                                540.00        +       10.00                              2,750.00
          - Perkhidmatan                           1,800.00        +       50.00                              4,050.00
              (BAYARAN MENGIKUT FASA. PASTIKAN ANDA TELAH MENYEDIAKAN                      WANG SECUKUPNYA UNTUK PROSES-PROSES SELANJUTNYA)

BTN +Tak Kenal Maka Tak Cinta



Biro Tata Negara (BTN)
 "Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan yang pada asalnya mulai tahun 1974 ditubuhkan di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabatnya pada ketika itu ialah di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPM). Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ketika itu ialah di Jalan Kelantan, Kuala Lumpur. Pada Jun 1982, namanya telah ditukar kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan tiga buah pejabat cawangan telah wujudkan di zon utara, selatan dan timur. Seterusnya, pada tahun 1983, BTN berpindah ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1986, BTN cawangan negeri telah diwujudkan dan sehingga kini BTN mempunyai 14 cawangan negeri.

Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN berpindah di alamat berikut:

Aras 1,Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya. 

Selain daripada mempunyai Ibu Pejabat dan BTN Cawangan Negeri, BTN juga mempunyai beberapa buah kem yang digunakan sebagai tempat melaksanakan aktiviti Program Bina Negara. Kem Bina Negara yang pertama dibina ialah pada tahun 1987 iaitu Kem Bina Negara Langkawi dan diikuti dengan beberapa buah kem lain. Sehingga kini BTN mempunyai 16 buah Kem Bina Negara dan sebuah pusat latihan di seluruh negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk
semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang
melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Matlamat Program Bina Negara adalah seperti berikut :

Mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan negara.
Mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
Membina kemampuan rakyat menghadapi cabaran dan memperkasa keupayaan meningkatkan daya saing dalam segenap bidang kehidupan.
Membina keupayaan rakyat Malaysia menangani kelemahan, meningkatkan keyakinan menerokai pembaharuan dan sekali gus mampu mengenal pasti dan menggembleng kekuatan ke arah kemajuan.
Membina komitmen rakyat Malaysia terhadap tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab.
Membina semangat patriotisme dan ketaatan yang tinggi terhadap negara dan perjuangan bangsa.
Pembinaan bangsa yang maju melalui Program Bina Negara melibatkan :-

Perubahan sikap, pembangunan sahsiah dan penghayatan budaya hidup yang cemerlang berteraskan sistem nilai.
Kesedaran dan keinsafan rakyat tentang betapa perlunya perubahan sikap melalui penghayatan dan penyemaian nilai-nilai murni dan melalui pendedahan dan pemusatan diri menuju ke arah perubahan sahsiah sebagai asas mencapai kecemerlangan bangsa.
Penghayatan nilai berlandaskan kesedaran terhadap Tuhan, kehidupan bersama dan kesedaran terhadap kewajipan yang meresapi ke tahap kendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara."

Khamis, 21 Julai 2011

PAS di malukan di malu-malukan lagi..

Selepas Kedah.., PAS termalu pula di Selangor..

PAS hilang Taring dalam PAKATAN..


Kalau sebelum ini PAS memalukan parti apabila tunduk dengan desakan DAP di Kedah, kini PAS termalu lagi dengan ketegasan PKR di Selangor yang tetap mahukan Konsert MTV diteruskan pada 24 hb Ogos nanti.
Konsert yang akan berlangsung di I-City Shah Alam tersebut tetap akan diteruskan meskipun mendapat bantahan hebat dari Pemuda PAS dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Khalid Samad.
Amat malang bagi PAS, Kerajaan Negeri Selangor hanya menghantar Setiausaha Politik Menteri Besar sahaja untuk menjawab segala bantahan PAS. Ini menunjukkan bahawa suara PAS langsung tak dipandang oleh kepimpinan PKR di negeri tersebut.
Faekah Husin pula menambahkan malu PAS dengan mempertikaikan bantahan dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu. Alasan bahawa penganjuran Konsert MTV tersebut terlalu hampir dengan bulan Ramadhan, disambut dengan sinis oleh Faekah.
Apa lagi yang boleh PAS kata melainkan hanya akur kepada kehendak PKR di Selangor. Lagipun, PAS bukanlah suara majoriti di negeri itu. Kalau di Kedah yang dikuasai penuh oleh PAS pun terpaksa mereka akur dengan DAP, inikan pula di negeri yang bukan dikuasai oleh mereka.

Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang PAS hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan. Apa yang berlaku terhadap PAS mengesahkan bahawa mereka itu hanya parti politik kelas bawahan didalam gerombolan Anwar Ibrahim tersebut.
Jika sebelum ini PAS begitu lantang mengkritik UMNO dan kerajaan kerana membenarkan konsert hiburan diadakan didalam negara, kini PAS nyata kelu apabila rakan sekutu mereka sendiri didalam Pakatan yang menganjurkannya. Lebih teruk lagi, PAS langsung tak mampu melakukan apa-apa didalam hal tersebut.
Inilah yang kita boleh katakan sebagai cakap tak serupa bikin. Bagaimana PAS hendak memastikan Islam menjadi keutamaan seperti yang selalu mereka war-warkan didalam ceramah jika hendak bersuara pun tak mampu didalam gerombolan Pakatan?
Dari hari ke hari, PAS ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Lihat saja di Kedah bagaimana mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor ini. Rakyat sedang melihat satu sandiwara dimana PAS menjadi badut yang sentiasa dipersenda semata-mata untuk dijadikan umpan menarik minat pengunjung. Memang memalukan…

Selasa, 19 Julai 2011

Jom pekena nasi arab..

Posted: 19th July 2010 by didovil in Shah Alam
Tags: , , , , , , ,


save the best for last, aku nak habis kan 2010 ni dengan entry yang ramai orang request utk aku review kan. guess what? nasi arab! tempat yang aku bawak kali ni adalah tempat yang baru buka, but so far dapat komen2 yang sangat positif. not bad juga this place, actually kinda nice, tapi still takley lawan nasi arab yang lagi best aku makan kat ampang (which aku akan reviewkan tempat tu some other time)



Restauran Zam Zam @ Oasis 9


kedai ni actually baru buka, ada lah dalam few months je. kedai ni terletak kat shah alam. so secara tak langsung, dia da breakkan monopoli of makanan timur tengah a.k.a Arab by restaurant d’arab yang setahu aku, dekat shah alam saje dah bukak 3 kedai (awesome!). Kedai ni dimiliki sepenuhnya oleh pak arab.. unlike restaurant d’arab. Kat sini, pelanggan je kot yang aku nmpk melayu, lain sumer pak2 arab. dari cashier, sampai la ke tukang masak.


Sila pergi ke tempat yang bertanda ‘X’ merah tuh

kedai ni terletak kat shah alam section 9. Ada new building baru buat belakang McD section 9. Building tu nama dia Oasis 9. Well i guess tempat ni cam senang juga la nak sampai, so tak perlu nak gitaw direction in great details… rightt?

Kedai ni, konsep dia agak terbuka, dan sangat luas. Meja sangat banyak. Kedai ni ada 3 dining hall yang luas2, salah satunya bistro style yg aku duduk ni. Siap ada dewan yang bole muat 800-1000 orang untuk function. Tapi sejauh mana ramai org datang aku tak pasti. Tapi ari tu aku datang time weekend, lunch, few meja je occupied. Malam tak tau la pulak camne kan. Maybe tempat ni belum famous so sebab tu kurang orang datang kot. Tapi interior kedai dia, perghh.. membuatkan aku tertanya2, brapa agaknye harga sepinggan nasi dia. Coz dalam dia nampak mcm sangat mewah.. especially dengan kerusi meja dia. Memang lawa, design arab-style. Korang tengok sendiri ok dalam kedai dia camne.







Interior kedai ini, owh time aku dok amik2 gambar ni, pak2 arab sumer usya pelik je kat aku, apahal?!

Da puas tengok kedai, jom order makanan plak. Kedai ni, dia punya variety makanan dia banyak juga la, a lot more choices as compare to D’Arab restaurant yang aku sebut2 tadi. Sorry sebab aku tak amik sumer pages dalam menu dia tu, tapi if korang pernah pergi Tarbush ke, or any restaurant arab kat ampang tu, korang akan ada idea sikit. Dia ada macam2 selain nasi, ada roti arab-style, kebab, grill, macam2 sampai la ke pencuci mulut. Tapi since aku pergi ni lunch, and main sebab dia aku nak try nasi arab dia, nak compare dengan tempat lain, so, nasik ar ape lagi!





m.e.n.u

lepas tengok menu book dia, ada sikit perasaan lega la, ingat kan mahal cam restaurant Tarbush or kedai2 arab along Bukit Bintang road tuh. Harga dia ok la, stended harga restaurant arab biasa. Almost the same dengan D’arab je. Bagus la, sebab if dia letak mahal2, sape yang nak datang. Sini shah alam, kebanyakan middle-class family duduk sini, tak la macam KL or PJ.



Mandy Kambing – RM20



Kabsa Kambing – RM15

Wah, not bad ar. Nasi dia actually pretty nice. Kalau nak compare dengan D’Arab yang ada 3 cawangan kat shah alam ni, aku rate nasi ni lagi tinggi la. Dari segi beras dia pakai, aroma nasi dia, cara dia masak kambing tu (kambing tu tak bau okay, so sape yang suka complain pasal kambing, bole try sendiri, korang tak sedar pun tu kambing). Dengan harga dia yang almost macam D’arab (mahal sket je) aku rasa next time bila aku kat Shah Alam and aku nak makan nasi arab, tempat ni mesti jadi favourite place aku. And untuk pengetahuan korang nasi arab ni tak macam nasi briyani korang beli kat mamak tuh, portion dia bagi kat korang sangat banyak, sebab tu mahal. So nasihat ikhlas dari aku, untuk sape2 yang makan sikit tuh, yang nak jaga badan tuh, tak payah la gatal nak order satu pinggan utk sorang, surely tak habis punya. Nasi arab ni satu lagi untuk pengetahuan korang, ada 3 jenis. Kabsa, Mandy dan satu lagi Madghut (kalau ada lagi sila gtaw ok, biar aku tambah list tuh). Depends orang masing2, bagi aku Mandy favourite aku. Warna dia cam kuning2 oren. Rasa dia paling aku suka compare yang lain. Kabsa plak, hurm, bagi aku rasa rempah dia macam kuat sikit. Aku bagitau briefly ni, bukan hanya untuk kedai ni taw, jgn salah faham plak. Ni secara general, dekat mana2 kedai yang ada jual nasi arab.



Teh dengan mint (daun pudina) – RM4


Delster Peach – RM3.50

Air dia macam biasa la. Cuma ape yang aku nak komen, cawan untuk air teh dia tu lawa. Haha. Kalau order yang teko (banyak sikit, duhh) lagi best, sebab dia bawak teko and cawan kecik arab tuh. Comel giler.


Saje letak gambar lampu ni

So overall aku agak berpuas hati makan dekat sini, eventhough bill aku RM42.50. Roughly satu kepala rm20. Sebab makanan dia portion agak banyak dan yang penting sedap. Kedai ni dekat bill takde tax dengan service charge. Lupe pulak nak komen dari kebersihan, tapi dari ape aku dapat intai, chef2 dia kat dapur sumer pakai proper. Kedai dia pun agak bersih overall. Anything yang kotor, pinggan2 gelas yang orang da abes makan laju je kena kutip. So give this place a try ok, bila korang singgah Shah Alam. Happy New Year!



Saje nak tolong promote pakcik ni. Aku suka arts dia. Dia pakai pasir laut, so hasil dia embossed cam korang nmpk dalam atas sekali gambar tuh. Nice kan? Yang saiz macam gambar first tu, saiz 40-50 cm harga dalam rm250. kalu nak kena tunggu sminggu baru siap =D

____________________________

|| Rating ||

*Servis & layanan – 3/5

*Makanan & minuman – 4/5

*Harga – 3/5

*Atmosphere & Setting – 4/5

____________________________

Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam, Selangor.

Masa beroperasi: setiap hari 10am-2am

Tel : 016 216 0661 / 016 277 1154
Fax : 016 227 0939
Email : zamzam.arabicrestaurant@gmail.com
(Perhatian: Review ini ditulis berdasarkan pandangan personal kami, mengenai rasa makanan, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dan ia agak subjektif. Sebarang maklumat yang ditulis adalah berdasarkan pada tarikh review ini ditulis dan mungkin terdapat perubahan dimasa lain.

Isnin, 18 Julai 2011

BN- UMNO perlu buang sifat feudal

Barisan Nasional (BN) perlu membuang pemikiran feudal jika mahu terus mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Jelas ini dalam kepimpinan BN terlalu ramai “golongan pengampu” berbanding golongan yang boleh membantu parti perikatan untuk terus dilihat relevan dalam arena politik sekarang.
Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.
“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.
Program dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan dihadiri intelektual, lebih banyak menyentuh perhimpunan 9 Julai lalu anjuran Bersih 2.0 dan diprotes Pemuda Umno.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpinan Patriot membantah Bersih 2.0 Sabtu lalu.
BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak harus memilih pemimpin yang boleh membantu pentadbiran kerajaan seterusnya boleh menarik sokongan rakyat yang dah biasa menjadi wakil rakyat dan kalah masa PRU 12 itu udah-udah la, BN perlulah memperkenalkan muka-muka baru yang berwibawa.
Kalau kerajaan pandai tangani ini, ia akan beri kelebihan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, pemikiran feudal ini perlu dibuang.
Kalau perlu cari pemimpin yang boleh bantu kerajaan bukan kaki pengampu, ramai rakyat sekarang tidak tahu mahu mengundi siapa sebab mereka masih melihat keadaan dan kumpulan ‘third force’ ini jumlahnya lebih besar.
Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil, namun kesannya nanti ia akan meroboh institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.,” katanya.
Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Dalam pandangan yang dikemukakan juga menyamakan BN seperti “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”
Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.
“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.
“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.
Secara peribadi mengatakan saya berasa dukacita dengan langkah Putrajaya menangani perhimpunan itu yang menyaksikan seorang lelaki terbunuh didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan pihak keselamatan.
“Itu hak mereka untuk tidak berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.
Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,
Sementara itu penganalisis politik Anis Yusal Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 boleh dibincangkan dengan SPR.
Lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan itu adalah membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
“Saya tidak nampak tuntutan ini terlampau, ia boleh dibincangkan dan SPR perlu memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa ia tidak boleh dilakukan.
“Saya tidak faham mengapa perkara yang jelas sebegini boleh dianggap tidak munasabah, kalau benda asas seperti ini tidak boleh dibincangkan, bagaimana?” katanya.
Bekas pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Denison Jayasooria pula berkata Putrajaya perlu lebih matang dalam menangasi isu-isu yang sensitif.
“Selepas ini, banyak perkara yang perlu dilakukan (kerajaan), segala masalah yang berlaku perlu diselesaikan. Kerajaan juga perlu menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih bagus dan lebih terbuka,”

Khamis, 14 Julai 2011

dia tipu.. dia tipu-tipu lagi...

Presiden PAS Hadi Awang dikatakan di belasah teruk dengan Anwar akibat daripada kenyataan beliau yang bercanggah dan tidak sependapat dengan Anwar berkenaan layanan pihak polis semasa Rusuhan Perhimpunan HARAM BERSIH 2.0 yang lalu. Hadi Awang yang diberi peluang sekali memegang jawatan Presiden PAS mengucapkan Jutaan Terima Kasih atas layanan pihak polis terhadapnya ketika ditahan. Anwar dikatakan bertindak memaki hamun Hadi Awang yang masih tidak berubah kononnya terlalu mudah terperdaya dengan mainan dari pihak polis. Anwar yang kononnya tercedera parah ketika rusuhan BERSIH 2.0 mendakwa Hadi Awang sekali lagi menyakiti hatinya dengan membuat kenyataan bercanggah sedemikian rupa. Hadi Awang yang sedang dipujuk oleh beberapa kroni Anwar di dalam PAS agar menarik semula kenyataan tersebut bertegas dan tidak akan menipu kerana sememangnya beliau diberi layanan yang baik dari pihak polis. Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendesak PAS memboikot media2 tempatan yang ternyata tidak memihak kepada beliau dan mengambil kenyataan pemimpin2 bodoh dungu syaitan dah nak mampus seperti Hadi Awang.  dan akan Anwar jatuhkan dalam perhimpinan Agong akan datang bergitu lah Anwar yang mempunyai kuasa penuh dalam pertadbiran luar dalam dan tertinggi PAS itu sendiri... Sabar Anwar Sabar.. Jika kamu di pihak yang benar, tidak perlulah bertindak mengamalkan sifat syaitan yang cepat marah dan melatah

Jumaat, 8 Julai 2011

ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM

oleh sang ajuna tapa @ hang tuah
 1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Sabtu, 2 Julai 2011

Just to share


Just to share / ingatan kt korang seme....

 Semalam saya balik dari opis mcm biasa around 540 pm.saya
 ikut jalan syed
 putra sbb kat situ kurang jam & boleh cepat sampai
rumah ( 7 minit dah sampai vista).

Nak dijadikan citer, masa tgh syok borak ngan opismet yg
kebetulan menumpang
 saya ptg smlm, tiba2 ada sebuah motorbike ( 2 lelaki India) bg signal suh
 saya berenti kononnya ade sumthing wrong kt kete saya.
Lepas pk dalam 1 minit, saya cari tmpat slamat dan berenti kt tepi kiri jalan.

Then 2 india tu terus meluru ke kereta saya . dan dan tuh
jugak die simbah tayar kiri belah depan ngan air.

Then saya turunkan cermin kete sikit, tanye apehal..die
kata tayar kete saya berasap teruk... Die sambung lagi, katanye
tayar sy nak
meletup. Die beria suh saya kluar tengok keadaan tayar.> > Sa ya amik masa lagi 2 minit diskas ngan opismet kt sebelah
either nak kuar ke tak.

So end up with, sy kuar sorang2 while opismet tunggu dlm
keter . in case pape happen die bleh call sape2 dari dlm kete.

So India ni punye la beria tunjuk disc plat saya rosak. Die
punya gasket pun
dah nak cabut katanye. Kalau saya jalan jugak, ade
kemungkinan tayar kete saya meletup.

Die kata die keje shell (mmg pakai tshirt shell pun, tp
rasanye tshirt tu die curi je kot), so dia offer nak baiki. Dia kata
follow diorg ke bengkel diorg..dekat je katanye..

Sa ya yg masih terkejut tak leh pk panjang, saya kata kejap
saya nak tanye membe.

So saya masuk keter, lock pintu then call kawan2 saya tanye
pendapat.

Kawan2 saya kata jalan jer, kat rumah nnt baru recheck
condition tayar tu.

Nasib baik perjalanan dari opis ke rumah dekat jer, so saya
cakap la kt India tu kata saya nak gamble je bawak slow2 and recheck
kt service center nnt..

Dalam masa yg sama India tuh terus belek2 tayar keter saya
tuh, pastu bangun tunjuk kat opismet saya kata minyak break dah kuar
kat rim
( sambil tunjuk tangan die ade minyak hitam)..

India tu tak puas hati gak, die kata kalau you jalan jugak
nnt tayar you pecah.

Sa ya kata takpe. Then tiba2 die cakap angin tayar dah kuar
(x terpk lak saya kalau nak pecah x de masanye la angin nak kuar
sempoi2 bahasa).

Since kawan sy kata balik rumah dulu, so saya pun slow2
bawak keter tu ke rumah. Smpai je kt parking Vista , mmg sah tayar
kiri belah
depan tu flat.

Nak nangis pun ade rasanye. Sa ya check tayar tuh, saya
nampak penutup laluan angin tu longgar.

Sa ya pk satu jer, mesti India tuh dah punch benda2 tajam
kat tayar saya smpai pancit. Tp bila pk balik, kalau bocorkan camtuh
takes time gak utk angin kuar kan . Tp kes saya nih, jalan 2 minit
jer mcm dah
80% angin tu kuar dari tayar.

Sa ya bukak tayar tu then round bangsar n brickfield cari
kedai tayar. Since seme kedai dah tutup, saya gamble je gi pump
angin kt
stesen BHP seblah menara tu. Masa saya bukak penutup angin kt tayar
tuh, saya
perasan ade particle kaler putih terselit kat tengah tu.

Bila saya tarik je benda tuh, terus seme angin (yang
balance lagi 0.05% ) kuar.

Ya.. Sa ya dah dapat idea camana India tu confident jer cakap
angin dr tayar saya dah kuar. Sebab die dah letakkan particle tu kt
tayar sy masa saya tgh pikir2 nak kuar keter ker tak atau pun masa
saya tgh talk
to kawan2 saya tanye idea diorg.


Luckily saya & opismet tak ikut India tu ke bengkel
diorg yg only God knows where. Kalau tak mmg dah takde kt opis hari
ni kot...na ' uzubillah. .

Bila citer kat kawan saya, rupanye dah ade kes camni.
Guna modus operandi yg sama. Cumanye penjahat tu berjaya bawak
mangsa ke
'bengkel ' nya then kat sana mangsa di rompak / raped.

So kawan2, hati2 bila ade org suh berenti. Even jalan yg
saya lalu tu sibuk. Tapi tak denye diorg nak sibuk2 tgk kenapa kita
berenti tepi jalan.

Tapi smlm, opismet saya perasan , lepas berenti dlm 5
minit ada sorang brother ni singgah dan tunggu saya sampai la saya
gerak balik.
 
Pastu sempat die pesan kat saya, katanye ' jalan jer
dik, ni tipu jer. Diorg nak cari duit ' .

 Alhamdulillah Allah masih beri peluang kat saya

Kepada sahabat tolong pastikan ketika tuan puan tidur tiada selipar
getah atau stokin atau apa2 benda lembut didepan rumah anda..

Ini terjadi pada adik saya yg rumahnya hampir berjaya dipecah masuk.
Disebabkan adik saya terjaga pencuri tersebut semua melarikan diri.

Modus operandi- Stokin digunakan untuk membalut mangga besi supaya tak
berbunyi, Selipar getah diselit dikeliling di celah2 gril/pagar besi
untuk mengelakan dia dari berbunyi. Kertas suratkhabar juga digunakan
untuk mengelakkan sebarang bunyi ketika aktiviti mereka..

So make sure tiada benda2 yg telah saya sebut diatas bersepah dihadapan
rumah..Sekarang ni pencuri semakin educated! berhati-hati....