Sabtu, 17 Mac 2012

PERLUKAH KITA SOMBONG..

Kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter sudah sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong. Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong. Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. Jadi, apa sebab kita mahu sombong lagi atas dunia ni?