Khamis, 21 Julai 2011

PAS di malukan di malu-malukan lagi..

Selepas Kedah.., PAS termalu pula di Selangor..

PAS hilang Taring dalam PAKATAN..


Kalau sebelum ini PAS memalukan parti apabila tunduk dengan desakan DAP di Kedah, kini PAS termalu lagi dengan ketegasan PKR di Selangor yang tetap mahukan Konsert MTV diteruskan pada 24 hb Ogos nanti.
Konsert yang akan berlangsung di I-City Shah Alam tersebut tetap akan diteruskan meskipun mendapat bantahan hebat dari Pemuda PAS dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Khalid Samad.
Amat malang bagi PAS, Kerajaan Negeri Selangor hanya menghantar Setiausaha Politik Menteri Besar sahaja untuk menjawab segala bantahan PAS. Ini menunjukkan bahawa suara PAS langsung tak dipandang oleh kepimpinan PKR di negeri tersebut.
Faekah Husin pula menambahkan malu PAS dengan mempertikaikan bantahan dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu. Alasan bahawa penganjuran Konsert MTV tersebut terlalu hampir dengan bulan Ramadhan, disambut dengan sinis oleh Faekah.
Apa lagi yang boleh PAS kata melainkan hanya akur kepada kehendak PKR di Selangor. Lagipun, PAS bukanlah suara majoriti di negeri itu. Kalau di Kedah yang dikuasai penuh oleh PAS pun terpaksa mereka akur dengan DAP, inikan pula di negeri yang bukan dikuasai oleh mereka.

Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang PAS hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan. Apa yang berlaku terhadap PAS mengesahkan bahawa mereka itu hanya parti politik kelas bawahan didalam gerombolan Anwar Ibrahim tersebut.
Jika sebelum ini PAS begitu lantang mengkritik UMNO dan kerajaan kerana membenarkan konsert hiburan diadakan didalam negara, kini PAS nyata kelu apabila rakan sekutu mereka sendiri didalam Pakatan yang menganjurkannya. Lebih teruk lagi, PAS langsung tak mampu melakukan apa-apa didalam hal tersebut.
Inilah yang kita boleh katakan sebagai cakap tak serupa bikin. Bagaimana PAS hendak memastikan Islam menjadi keutamaan seperti yang selalu mereka war-warkan didalam ceramah jika hendak bersuara pun tak mampu didalam gerombolan Pakatan?
Dari hari ke hari, PAS ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Lihat saja di Kedah bagaimana mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor ini. Rakyat sedang melihat satu sandiwara dimana PAS menjadi badut yang sentiasa dipersenda semata-mata untuk dijadikan umpan menarik minat pengunjung. Memang memalukan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan