Selasa, 19 Julai 2011

Jom pekena nasi arab..

Posted: 19th July 2010 by didovil in Shah Alam
Tags: , , , , , , ,


save the best for last, aku nak habis kan 2010 ni dengan entry yang ramai orang request utk aku review kan. guess what? nasi arab! tempat yang aku bawak kali ni adalah tempat yang baru buka, but so far dapat komen2 yang sangat positif. not bad juga this place, actually kinda nice, tapi still takley lawan nasi arab yang lagi best aku makan kat ampang (which aku akan reviewkan tempat tu some other time)



Restauran Zam Zam @ Oasis 9


kedai ni actually baru buka, ada lah dalam few months je. kedai ni terletak kat shah alam. so secara tak langsung, dia da breakkan monopoli of makanan timur tengah a.k.a Arab by restaurant d’arab yang setahu aku, dekat shah alam saje dah bukak 3 kedai (awesome!). Kedai ni dimiliki sepenuhnya oleh pak arab.. unlike restaurant d’arab. Kat sini, pelanggan je kot yang aku nmpk melayu, lain sumer pak2 arab. dari cashier, sampai la ke tukang masak.


Sila pergi ke tempat yang bertanda ‘X’ merah tuh

kedai ni terletak kat shah alam section 9. Ada new building baru buat belakang McD section 9. Building tu nama dia Oasis 9. Well i guess tempat ni cam senang juga la nak sampai, so tak perlu nak gitaw direction in great details… rightt?

Kedai ni, konsep dia agak terbuka, dan sangat luas. Meja sangat banyak. Kedai ni ada 3 dining hall yang luas2, salah satunya bistro style yg aku duduk ni. Siap ada dewan yang bole muat 800-1000 orang untuk function. Tapi sejauh mana ramai org datang aku tak pasti. Tapi ari tu aku datang time weekend, lunch, few meja je occupied. Malam tak tau la pulak camne kan. Maybe tempat ni belum famous so sebab tu kurang orang datang kot. Tapi interior kedai dia, perghh.. membuatkan aku tertanya2, brapa agaknye harga sepinggan nasi dia. Coz dalam dia nampak mcm sangat mewah.. especially dengan kerusi meja dia. Memang lawa, design arab-style. Korang tengok sendiri ok dalam kedai dia camne.







Interior kedai ini, owh time aku dok amik2 gambar ni, pak2 arab sumer usya pelik je kat aku, apahal?!

Da puas tengok kedai, jom order makanan plak. Kedai ni, dia punya variety makanan dia banyak juga la, a lot more choices as compare to D’Arab restaurant yang aku sebut2 tadi. Sorry sebab aku tak amik sumer pages dalam menu dia tu, tapi if korang pernah pergi Tarbush ke, or any restaurant arab kat ampang tu, korang akan ada idea sikit. Dia ada macam2 selain nasi, ada roti arab-style, kebab, grill, macam2 sampai la ke pencuci mulut. Tapi since aku pergi ni lunch, and main sebab dia aku nak try nasi arab dia, nak compare dengan tempat lain, so, nasik ar ape lagi!





m.e.n.u

lepas tengok menu book dia, ada sikit perasaan lega la, ingat kan mahal cam restaurant Tarbush or kedai2 arab along Bukit Bintang road tuh. Harga dia ok la, stended harga restaurant arab biasa. Almost the same dengan D’arab je. Bagus la, sebab if dia letak mahal2, sape yang nak datang. Sini shah alam, kebanyakan middle-class family duduk sini, tak la macam KL or PJ.



Mandy Kambing – RM20



Kabsa Kambing – RM15

Wah, not bad ar. Nasi dia actually pretty nice. Kalau nak compare dengan D’Arab yang ada 3 cawangan kat shah alam ni, aku rate nasi ni lagi tinggi la. Dari segi beras dia pakai, aroma nasi dia, cara dia masak kambing tu (kambing tu tak bau okay, so sape yang suka complain pasal kambing, bole try sendiri, korang tak sedar pun tu kambing). Dengan harga dia yang almost macam D’arab (mahal sket je) aku rasa next time bila aku kat Shah Alam and aku nak makan nasi arab, tempat ni mesti jadi favourite place aku. And untuk pengetahuan korang nasi arab ni tak macam nasi briyani korang beli kat mamak tuh, portion dia bagi kat korang sangat banyak, sebab tu mahal. So nasihat ikhlas dari aku, untuk sape2 yang makan sikit tuh, yang nak jaga badan tuh, tak payah la gatal nak order satu pinggan utk sorang, surely tak habis punya. Nasi arab ni satu lagi untuk pengetahuan korang, ada 3 jenis. Kabsa, Mandy dan satu lagi Madghut (kalau ada lagi sila gtaw ok, biar aku tambah list tuh). Depends orang masing2, bagi aku Mandy favourite aku. Warna dia cam kuning2 oren. Rasa dia paling aku suka compare yang lain. Kabsa plak, hurm, bagi aku rasa rempah dia macam kuat sikit. Aku bagitau briefly ni, bukan hanya untuk kedai ni taw, jgn salah faham plak. Ni secara general, dekat mana2 kedai yang ada jual nasi arab.



Teh dengan mint (daun pudina) – RM4


Delster Peach – RM3.50

Air dia macam biasa la. Cuma ape yang aku nak komen, cawan untuk air teh dia tu lawa. Haha. Kalau order yang teko (banyak sikit, duhh) lagi best, sebab dia bawak teko and cawan kecik arab tuh. Comel giler.


Saje letak gambar lampu ni

So overall aku agak berpuas hati makan dekat sini, eventhough bill aku RM42.50. Roughly satu kepala rm20. Sebab makanan dia portion agak banyak dan yang penting sedap. Kedai ni dekat bill takde tax dengan service charge. Lupe pulak nak komen dari kebersihan, tapi dari ape aku dapat intai, chef2 dia kat dapur sumer pakai proper. Kedai dia pun agak bersih overall. Anything yang kotor, pinggan2 gelas yang orang da abes makan laju je kena kutip. So give this place a try ok, bila korang singgah Shah Alam. Happy New Year!



Saje nak tolong promote pakcik ni. Aku suka arts dia. Dia pakai pasir laut, so hasil dia embossed cam korang nmpk dalam atas sekali gambar tuh. Nice kan? Yang saiz macam gambar first tu, saiz 40-50 cm harga dalam rm250. kalu nak kena tunggu sminggu baru siap =D

____________________________

|| Rating ||

*Servis & layanan – 3/5

*Makanan & minuman – 4/5

*Harga – 3/5

*Atmosphere & Setting – 4/5

____________________________

Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam, Selangor.

Masa beroperasi: setiap hari 10am-2am

Tel : 016 216 0661 / 016 277 1154
Fax : 016 227 0939
Email : zamzam.arabicrestaurant@gmail.com
(Perhatian: Review ini ditulis berdasarkan pandangan personal kami, mengenai rasa makanan, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dan ia agak subjektif. Sebarang maklumat yang ditulis adalah berdasarkan pada tarikh review ini ditulis dan mungkin terdapat perubahan dimasa lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan