Rabu, 19 Oktober 2011

Akta Murtad: Nik Aziz Terus Meroyan dan Meraban

Seperti biasa, apabila terdesak dan tertekan, Nik Aziz akan segera berpaling dan menyerang UMNO-BN. UMNO-BN akan dipersalahkan atas apa-apa sahaja, termasuklah menantu kesayangannya, Ariffahmi ambik rasuah dan melakukan penyelewengan di Kelantan dengan menggunakan PMBK. Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab dan tidak mahu bertanggungjawab, sepertimana dia tidak mahu bertanggungjawab terhadap tahap kebersihan fizikal Kelantan yang sudah hampir setaraf dengan mutu tandas awam di seluruh Indonesia.
Nik Aziz dalam satu kenyataan menyalahkan UMNO kerana kononnya UMNO yang menghalang perlaksanaan Akta Murtad. Katanya lagi, kerana kesombongan UMNO, maka akta tersebut tidak dapat diwujudkan.
Tidak menghairankan mengapa Nik Aziz sanggup mengeluarkan kata-kata itu, sungguhpun secara jelas, Nik Aziz berbohong dan menipu. Sudah menjadi darah daging kepada so-called ulamak PAS ini untuk menipu dan berbohong kerana pegangan hidupnya adalah berbohong demi kuasa dan berdusta demi mengekalkan jawatan!
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengusulkan undang-undang anti murtad pada 1988 dan sekali lagi membuat usul pada tahun 1999 di Parlimen. Bagaimanapun, usul tersebut tidak mendapat sambutan, malah ditentang keras oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bukan beragama Islam, baik dari kalangan Barisan Nasional, apatah lagi DAP.
Punca sebenar akta tersebut tidak diluluskan telah diketahui. Malangnya, para pemimpin PAS tidak berani langsung untuk menyatakan perkara sebenar. Nik Aziz selaku Mursyidul Am juga cuba memesongkan sejarah, sepertimana para pengikut PAS cuba memesongkan kewujudan parti tersebut dengan menyatakan PAS terhasil daripada muzakarah ulama walaupun sebenarnya PAS dizahirkan kerana perebutan kuasa dalam UMNO.
Menyalahkan UMNO adalah cerita paling mudah dan taktik paling murah yang boleh dilakukan oleh Mursyidul Am PAS itu. Mursyidul Am yang hidupnya penuh dengan dendam kesumat, bermula dengan dendam kerana tidak mendapat jawatan yang diidamkan dalam perkhidmatan kerajaan selain Penyelia KEMAS, sehinggalah dendam kerana kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh BERJASA bukannya PAS ketika PAS berada dalam Barisan Nasional, dan dendam terbesarnya apabila PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional kerana gelagat pemimpin PAS yang lebih sibuk mencari pengaruh dan kedudukan untuk parti tersebut berbanding bekerja sebagai komponen kabinet, terus bermaharajalela sekalipun kubur dan liang lahad semakin dekat dengan Nik Aziz.
Taktik Nik Aziz menyalahkan UMNO untuk Akta Hudud sebenarnya tidak sukar ditelah. Isu hudud ciptaannya, telah menjadi senjata makan tuan apabila DAP secara terang-terangan menyatakan tentangan serta amaran keras kepada PAS sekiranya undang-undang tersebut hendak dilaksanakan, menyebabkan Nik Aziz perlu mencari isu-isu lain yang lebih menampakkan ‘kecerdikannya’.
Namun Nik Aziz sekali lagi menjerumuskan dirinya ke kancah kebodohan apabila mendedahkan usahanya memutarbelitkan fakta, terutama sekali apabila perkara tersebut akan dikaitkan dengan penolakannya terhadap usaha kerjasama antara UMNO dan PAS seperti yang ingin diusahakan oleh Abdul Hadi Awang dalam konsep KERAJAAN PERPADUAN.
Secara tidak langsung, kegagalan usul Akta Murtad sekiranya dibuat sekali lagi, patut diletakkan pada kepala jemala Nik Aziz yang tidak mahu melihat kewujudan kerusi majoriti Islam di Parlimen. Jadi, sebelum dia dipersalahkan kerana kegagalan mewujudkan kerusi majoriti Islam di Parlimen, terpaksalah dia menyalahkan UMNO terlebih dahulu.
Bacaan politik Nik Aziz selalunya lebih memihak kepada penentang-penentang umat Islam serta agama Islam. Apa-apa sahaja yang menguntungkan kaum berkenaan, Nik Aziz biasanya akan cepat bersetuju sebaliknya jikalau sesuatu isu itu menguntungkan umat Islam, Nik Aziz cepat-cepat akan menentangnya dengan pelbagai dalil dan nas, termasuklah memalsukan hadis dengan membuang sekerat, mengambil sekerat, sebagaimana yang dilakukannya ketika menerangkan tentang pengharaman ASSOBIYYAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan