Rabu, 19 Oktober 2011

Kes Liwat Anwar: Karpal Tutup Kes Suruh Anwar Bertaubat Dalam Penjara?


Sudah tentu sekarang Anwar Ibrahim sedang mengeletar segala urat sendinya. Perbicaraan kes liwat yang melibatkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan semakin sampai ke penghujungnya. Dalam ertikata lain, kes tersebut akan berakhir dan keputusan hakim akan diperdengarkan tidak lama lagi.
Hari ini, barisan peguambela Anwar dengan rasminya menutup pembelaan mereka dengan menyatakan bahawa tiada lagi saksi pembelaan yang akan dipanggil bagi membantu menipu mahkamah bagi melepaskan Anwar dari kesalahan yang dilakukannya. Yang tinggal kini hanyalah empat orang saksi yang bakal dipanggil oleh pihak pendakwaraya bagi menafikan keterangan Dr. Hoogland yang menyatakan Anwar “mati pucuk” dan “tak boleh bengkok badan”!
Pada saya, untuk menafikan pembohongan Dr. Hoogland adalah perkara mudah bagi barisan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Barisan pendakwaraya yang bertaraf A itu sudah tentu berpengalaman untuk mematahkan satu persatu pembohongan warga asing yang di”import” untuk menyelamatkan Anwar dari dosa yang dilakukan terhadap Saiful Bukhari.
Sebelum ini, Datuk Mohd Yusof begitu konsisten mematahkan hujah dan keterangan barisan peguambela Anwar serta keterangan-keterangan saksi pembelaan. Sebagai contoh, kreadibiliti Dr. McDonald yang juga warga asing dari Australia begitu mudah dipertikaikan memandangkan “doktor” itu tidak pernah mempunyai sebarang pendidikan formal mengenai DNA. Apatah lagi “saksi misteri” yang “langsung tak misteri” dengan pembohongan yang bercanggah dan terlalu subjektif mengenai Saiful Bukhari.
Paling mengejutkan ialah pengguguran bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dari dipanggil sebagai saksi pembelaan kes tersebut. Sedangkan dalam pengetahuan saya, Tan Sri Musa sudah menyatakan komitmennya dan bersedia dipanggil mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut. Malah rakannya, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof juga dibatalkan sapinanya oleh para peguambela Anwar.
Persoalannya, mengapa perlu batalkan sapina Tan Sri Musa dan Datuk Rodwan? Bukankah mereka ketika itu masih lagi bertugas dan sebagai Ketua Polis, sudah tentu mereka punya banyak keterangan yang mampu membantu keadilan berhubung kes itu. Sebagai entiti yang mewakili kepentingan rakyat, keterangan dari pihak berkuasa seperti Ketua Polis Negara sangat perlu untuk membuktikan kebenaran memandangkan kebanyakkan kes berprofil tinggi dilaporkan terus kepadanya.
Barisan peguambela Anwar memberikan alasan bahawa tiada gunanya memanggil Tan Sri Musa dan Datuk Rodwan memandangkan Perdana Menteri dan isterinya menolak untuk menjadi saksi pembelaan. Mungkin tujuan mereka ialah untuk mengaitkan hasil siasatan polis itu sebagai satu “arahan” dari Najib dan isteri?
Tolonglah! Najib ada banyak lagi perkara penting dan soal negara yang perlu difikirkan. Pada pandangan saya, Najib tak sikit pun ingin menyemakkan fikirannya memikirkan tentang kes Anwar yang sememangnya jelas salah Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak mahu berubah walau pernah di dakwa sebelum ini dengan kes yang sama.
Pada saya, barisan peguambela Anwar membatalkan sapina Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Rodwan kerana takut lebih banyak tembelang Anwar pecah serta diketahui umum. Mereka takut berhadapan dengan kedua-dua bekas pegawai polis tersebut, terutamanya Tan Sri Musa yang dulunya merupakan pegawai penyiasat kes liwat I Anwar yang bermula pada tahun 1996.
Sesungguhnya masa Anwar sudah sampai ke penghujungnya. Bagai “sirih pulang ke gagang”, begitulah perihalnya Anwar Ibrahim yang akan kembali ke “kandang”nya yang terletak di “Bamboo River”.
Saya ragu-ragu sebenarnya dengan keputusan barisan peguambela Anwar yang menutup kes ini dengan tidak memanggil “saksi-saksi pembelaan lain sebagai alibi” untuk Anwar. Sebelum ini, Anwar berdegar-degar memberitahu bahawa dia punya banyak saksi yang boleh menjadi “alibi”. Mana saksi-saksi tersebut? Sudah tidak ada “alibi”, kah?
Mungkinkah ini permainan Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan Anwar yang mahu melihat Ketua Umum PKR itu disumbat kembali ke dalam penjara? Ini taktik politik terbaru DAP? Atau sememangnya Karpal sudah lama menyampah dengan Anwar. Iyalah, takkan tak ingat dengan kenyataan Karpal sebelum ini?
“It’s enough for Anwar to create trouble in this country, Anwar Ibrahim harus bertaubat!”. Tidak mustahil Karpal suruh Anwar bertaubat dalam penjara, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan