Jumaat, 6 Januari 2012

azam tahun baru...

Assalamualaikum. [sharing is caring]

Nak tahu FB kita selamat dari dosa berpanjangan atau tak? Jom kita spot-check FB kita sekejap..

1-Pastikan post2 dan komen2 kita tak de yang mencarut,mengumpat orang, menghina agama,perkara yang menaikkan nafsu,memerli orang dengan niat untuk orang tu sakit hati yang tiada faedahnya untuk Islam dan seumpamanya. Secara langsung atau tidak.

2-Pastikan tak de gambar yang dedah aurat,tak kira dia muslim atau non-muslim lelaki atau perempuan.Gambar kartun if nampak serupa sangat dengan manusia betul pun,haram dedahkan aurat mereka.Aurat yang wajib ditutup:

::Lelaki: Dari pusat hingga lutut,tapi ada juga pendapat mengatakan badan juga kena tutup.(Us Don | Karnival Di Sekolah al-Amin)

::Perempuan: Seluruh badannya,kecuali bahagian tapak tangan dan muka sahaja.Ambik perhatian kat sini,sebab ana perhatikan,ramai sangat yang dedah lengan even dia pakai tudung.Aksi manja dan pakaian yang ketat juga sila perhatikan,delete gambar-gambar seperti ini.

Semua ni kita jaga,bukan saja di FB,jika di FB pun kena jaga,apatah lagi di alam realiti.Tegurlah ana,jika ternampak perkara-perkara yang tak patut ana kongsikan.Sama-sama kita berubah untuk jadi lebih baik insyaAllah.

Bertindaklah,sebelum terlambat..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan