Isnin, 9 Januari 2012

PUNCA SEBENAR MENGAPA SELANGOR GUGURKAN DR HASAN ALI SEBAGAI CALON...

Sekali lagi parti Komunis DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya dalam menjaga kepentingannya di Selangor. Walaupun sikap ini ditunjuk secara terang-terang, malangnya masih ada pemimpin PAS yang secara membabi buta bekerjasama dengan parti rasis ini sehinggakan sanggup mengadai asas perjuangannya partinya sendiri hanya kerana kemaruk kuasa yang dijanjikan oleh DAP.

Jika ada pemimpin PAS yang vokal dan mempunyai prinsip dalam mempertahankan maruah dan kepentingan orang Islam di Selangor pastinya akan menjadi musuh ketat pada mereka. Semua pemimpin Islam dari PAS dan PKR terpaksa tunduk dan mengikut kehendak DAP jika mahu kuasa yang dimiliki oleh mereka selamat. Jika melawan, nasib mereka akan menjadi sama seperti Dr Hasan Ali.

PAS Selangor terpaksa tunduk dan patuh dengan arahan DAP untuk menyingkirkan Dr Hasan Ali daripada menjadi calon di Selangor kerana sikapnya yang suka melawan dalam mempertahankan institusi Islam di Selangor. Tugas yang telah diamanahkan kepadanya sebagai Exco Agama telah dilakukan sebaik mungkin tanpa sebarang kompromi dan tidak tunduk pada desakan politik.

Ini telah membuatkan DAP marah dan salah satu untuk membuang Dr Hasan Ali daripada memengang semula jawatan Exco Kerajaan Negeri ialah beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU13 yang akan datang. 

Mengikut perkhabaran DAP telah mengeluarkan arahan kepada PAS Selangor untuk menyingkirkan Dr Hasan Ali dengan alasan Dr Hasan Ali telah termakan umpan UMNO. Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah - baca dibawah. Perkara ini telah membuatkan DAP bengang..

EP ingin mengucapkan syabas kepada Dr Hasan Ali kerana masih mengekalkan prinsip perjuangannya dalam menjaga kepentingan dan maruah agama Islam dan bangsa Melayu terutamanya di Selangor...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan