Jumaat, 9 September 2011

mat-sabu-kencing-waris-bukit-kepong.

1. Lagu Negaraku (1957) diambil dari lagu "Terang Bulan" (1940) - Fakta: Negaraku diambil dari lagu Perak "Allah lanjutkan usia Tuanku" (1887)
2. Mat Indera menyerang "Polis British" di Bukit Kepong - Fakta: Malaya British dh tamat pada 1946. Anggota polis ketika itu adalah dari "Polis Persekutuan Tanah Melayu", kerajaan sementara sebelum merdeka.
3. Nama Tok Janggut dipahat sbg "penderhaka" dlm sejarah - Fakta: Tok Janggut masih diiktiraf dlm buku teks

Haprak pakatan makin celaru,lagi banyak cubaan mengubah fakta makin besar rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka. Alhamdulilah barakah bulan ramadhan dan syawal Allah SWT telah membuka pekung sebenar siapakah khawarij PAS yang bertuankan DAP.

Dek kerana mahu membuktikan komunis adalah pejuang kemerdekaan Mat Sabu dan seluruh gerembolan terkial kial bagaikan tikus membaiki labu.
Dalam masa Ketua Pemuda Khawarij PAS Johor memburukkan Umno Johor kononnya rakyat begitu marah terhadap Umno beliau bagaikan ditampar apabila Mat Sabu dan gerembolan peguam haprak pakatan gagal sama sekali untuk berjumpa waris Bukit Kepong.

Tujuannya untuk putar belit lagi keadaan kononnya mangsa Bukit Kepong teranaiya dan tidak dapat pembelaan, waris Bukit Kepong dihina dan diperlekehkan oleh Mat Sabu dan haprak pakatan nah sekarang mereka cuba pula tunjuk baik kononnya mahu memberi pembelaan.

Tidakkan munafik namanya apabila bermuka muka semata mata mahu menutup kesalahan mengangkat komunis yang semua orang tahu begitu banyak mengorbankan nyawa rakyat berbilang kaum dinegara ini.


Pada 5/9/11 2.20PM Mat Sabu bersama 5 org AJK Khawarij PAS Johor telah cuba mengunjungi puan Jamilah anak arwah Konstabel Abu Bakar dirumahnya Kg Skudai Kanan Tampoi,

Nak tahu apa yang jadi? Nah gerembolan khawarij komunis ini langsung tidak dilayan malah dihalau balik oleh seluruh keluarga Jamilah dengan alasan tidak mahu diganggu.Ramai yang menjadi saksi insiden khawarij komunis dihalau oleh ahli keluarga Jamilah. Lebih 30 orang jiran terdekat dan rakan rakan media turut berada disana ketika kejadian tersebut berlaku.

Setelah khawarij komunis dihalau ,mereka merayu kepada anak perempuan Jamilah supaya datang ke Masjid berdekatan untuk berunding dan kononnya untuk memberi penerangan.

Bayangkan dalam masjid pun dia sanggup kencing,berbohong kepada waris Bukit Kepong.Ketika itulah Mat Sabu khawarij komunis menawarkan peguam untuk membantu keluarga mangsa Bukit Kepong untuk menuntut ganti rugi dari kerajaan British dan akan membela nasib mereka.

Bertambah busuk kencing Mat Sabu apabila beliau turut mendakwa pihak akhbar memutarbelitkan kenyataannya.Penjelasan dari kepala khawarij komunis langsung tidak diterima oleh keluarga Jamilah malah mereka dikhabarkan akan membuat laporan polis kerana sering diganggu oleh khawarij komunis PAS.

Khawarij Komunis Mat Sabu terlupa,video rakaman ceramah beliau sudah ditonton oleh semua orang di sana hinggakan gerembolan khawarij komunis PAS terpaksa balik dengan tangan kosong apabila gagal untuk menyakinkan keluarga Jamilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan