Jumaat, 9 September 2011

Nabi pun dianggap pengkhianat

Bab nak menghalalkan sesuatu yang haram kita serah kat khawarij PAS, Dek kerena nak mempertahankan Mat Sabu dengan komunis presiden khawarij dah mula bukak langkah taichi menghalalkan cara.

Nabi pun dianggap pengkhianat
MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah


Apa kena mengena rasullulah berperang dengan kafir dengan perjuangan komunis?Adakah komunis memperjuangkan agama Islam? Adakah komunis mempertahankan bangsa dan tanahair?

Adakah komunis berperang menentang melayu kafir jahilliah? Inilah taraf presiden khawarij,kita dah nampak bagaimana timbalan khawarij bermulut longkang berotakkan kepala lutut.Sekarang presidennya pula lebih komunis daripada komunis pula.

Murtad pun dah halal,sekarang komunis pun dah jadi perjuangan fisabillilah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan