Isnin, 17 Januari 2011

Kini Islam Diperkotakatikan oleh PR selangor

DAP SUBANG KATA ENAKMEN SYARIAH ZALIM !! Isu pekerja di Selangor kelihatan semakin menemui jalan kusut setelah beberapa pemimpin DAP Subang pula bertindak menyokong tindakan Ronnie Liu mengenai isu pekerja Islam di premis dan kelab malam yang menyediakan ...arak. Mereka mendakwa tindakan menggunakan Enakmen Syariah yang ditetapkan menunjukkan Undang2 Syariah zalim untuk dipraktikkan di Selangor. Ianya terbukti apabila beberapa pekerja Islam di Kelab2 Malam dikatakan berang dengan penguatkuasaan Enakmen tersebut yang akan menyekat mata pencarian mereka. Benar atau propaganda menghapuskan Enakmen Syariah di Selangor? DAP kelihatan cuba mempertahankan tindakan Ronnie Liu ini dan mahu menjulang beliau sebagai wira yang sanggup membela nasib pekerja2 di premis yang menjual minuman arak. Beberapa pemimpin DAP Subang mendakwa tindakan Ronnie ini membuktikan bahawa DAP pembela nasib rakyat secara keseluruhan termasuk yang beragama Islam. Mereka juga mencabar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim agar menghentikan terus perlaksanaan Enakmen Syariah yang ternyata tidak releven dilaksanakan. DAP mendakwa Kerajaan Negeri tidak sewajarnya menghalang mana2 pihak untuk mencari punca rezeki masing2 terutamanya dengan keadaan Ekonomi yag kurang stabil pada ketika ini.. PAS akan terus tutup mata disebalik tunduk desakan DAP setelah sokongan diberi dan sebagai ugutan dalam penubuhan negara islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan