Isnin, 3 Januari 2011

janji DAP pru 12 (ingatkah anda)

MUNGKIN SIBUK NAK BELA RAKYAT LUPA JANJI LAMA

Rakyat Pulau Pinang mahu kerajaan negeri yang dikuasai DAP supaya menghapuskan s...egera bayaran tol di Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Sungai Nyior di sini seperti yang dijanjikan oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12..tapi hari ini PKR pula berjanji manis utk hapuskan tol jjika menang PRU13 nanti. Hehe janji lama pun belum tertunai lagi...

BUTTERWORTH 27 Mac – Rakyat Pulau Pinang mahu kerajaan negeri yang dikuasai DAP supaya menghapuskan segera bayaran tol di Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Sungai Nyior di sini seperti yang dijanjikan oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Rata-rata penduduk yang ditemui nyata tertunggu-tunggu dan menaruh harapan tinggi agar janji kerajaan negeri untuk memansuhkan kutipan tol di kedua-dua laluan berbayar itu dapat ditunaikan secepat mungkin.

Kata mereka, DAP perlu bertanggungjawab dan membuktikan keikhlasan bagi membalas kepercayaan serta sokongan majoriti rakyat yang memilih parti itu untuk menerajui kerajaan negeri pada pilihan raya baru-baru ini.

Kakitangan swasta, Mohd. Yaakob Mat, 49, berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya menghampakan harapan tinggi penduduk Pulau Pinang untuk melihat segala janji-janji yang ditabur dalam pilihan raya dapat ditunaikan.

‘‘Saya percaya rakyat Pulau Pinang mahukan pentadbiran yang mengambil tahu keresahan rakyat lebih-lebih lagi dalam soal perbelanjaan mereka. Dalam hal ini (pemansuhan bayaran tol), DAP sudah berjanji, jadi kenalah tunaikan.

‘‘Lagipun, saya rasa DAP juga sedar bahawa rakyat tidak akan lupa janji-janji yang ditaburkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Antara janji DAP sewaktu berkempen ialah menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) serta bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.

Plaza Tol Sungai Nyior menimbulkan rungutan di kalangan pengguna sejak dibuka pada 21 Februari tahun lalu dan berlarutan sehingga mendapat campur tangan daripada kerajaan negeri, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya.

Kadar tol di laluan itu yang juga sebahagian pakej projek Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang bernilai RM400 juta ialah 50 sen hingga RM3.90 mengikut kelas kenderaan.

Seorang peniaga, Ang Khor Chuan, 70, pula berpendapat, satu-satunya cara untuk kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mendapat kepercayaan berterusan rakyat negeri ini ialah dengan menunaikan segala janji-janji yang ditabur sebelum ini.

‘‘Kalau tidak, orang (rakyat) akan kata pemimpin kerajaan (negeri) berbohong dan ini tidak baiklah, nanti orang hilang kepercayaan,” katanya yang juga menetap di Bagan Ajam, di sini.

Pandangan itu disokong kakitangan swasta, M. Pavathi, 34, yang berpendapat, walaupun keputusan menghapuskan kadar tol adalah kuasa Kerajaan Pusat, tetapi DAP perlu mencari jalan untuk melaksanakan segala janji-janjinya.

Bagi Rahimah Hudo, 53, dia masih teringat bagaimana seorang pemimpin DAP dalam ceramah politik baru-baru ini, bersungguh-sungguh sangat mahu menghapuskan bayaran tol jika diberi peluang menang dalam pilihan raya.

‘‘Jadi, kita harap mereka bersungguh-sungguh juga untuk laksanakan janji. Ramai juga kawan-kawan dari kampung yang tanya sama ada laluan Jambatan Pulau Pinang sudah boleh dilalui secara percuma atau tidak,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

Penduduk Air Itam, Pulau Pinang, Ang Soon Khuat, 60, pula berkata, dia hairan mengapa pemimpin DAP ‘berdiam diri’ dalam soal pemansuhan kadar tol di Jambatan Pulau Pinang sedangkan perkara itu adalah antara intipati utama kempen pilihan mereka sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan