Khamis, 27 Januari 2011

Ketua Pengarah BTN yg baru

 Biro Tata Negara (BTN) akan mempunyai seorang Ketua Pengarah yang baru menggantikan Dato Saghul Hamid yang mula bersara pada Mac 2011 ini.Perlantikan Raja Arif Raja Ali  menepati ramalan yang mana selama ini perlantikan untuk ke jawatan ini bukan daripada kalangan pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam politik.

Nama Raja Arif ini telah tersebar luas sebelum ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang cukup erat dan tersendiri dengan Dato Ahmad Maslan,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Dato Sahlan Nasution,Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Raja Arif kini bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Setiausaha Sulit Kanan  kepada Dato Tengku Mahmood Paduka Raja satu ketika dulu malah baru-baru ini berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO membahaskan usul agama.
 
Beliau juga AJK Bahagian Kuala Nerus serta Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan juga Timbalan Ketua Penerangan Bahagian. Beliau dilantik atas pengalaman selama ini kerana pernah memengang jawatan tertinggi dalam BTN , bagaikan sirih pulang ke gangang kembali bekas Pengarah BTN Selangor dan Terengganu.
 
Biro Tata Negara mengalu-galukan kedatangan pengarah baru dalam membawa wancana baru serta merefomasikan BTN kearah lebih matang sebagai salah satu tulang belakang kerajaan.
 
BTN juga mengharapkan kesemua terlibat dari dalam mahupun yang diluar bersangka baik terhadap perlantikan ini kerana "kita sudah tiada masa" dan jangan jadi pak kadok. ayamnya menang kampung tergadai. lebihkan dari perjuangan alif, ba, ta baik didalam minda mahupun jiwa.

Taktik-taktik dalam menjatuhkan mertabat serta bersangka buruk akan mengakibatkan kita lebih mundur dan akan menjadi cemuhan demi cemuhan yang pasti tiada kesudahan. Sifat syukur dan berterima kasih adalah lebih baik dalam segala hal bagi mengurangkan kontrolvasi dan PHD dalam melayu itu sendiri.
Ayuh masanya mendongak kelangit bukan lagi angkuh menunduk kebumi bukannya menyembah. saat detik selalu mengeringi kita dan jangan kita lupa padanya.

Diharapkan Pengarah Baru dapat menjalankan tugas dengan amanah intergiti yang tinggi memastikan kesinambungan kecermelangan diteruskan dalam memperkasakan perlembagaan , memenarakan bangsa bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berharapan  bagi menempuh wawasan 2020.
 
Sebagai akhir kata marilah kita raikan ucapan perpisahan dan juatan terima kasih serta sekalung budi kepada Dato Saghul Hamid dan kita ucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas KP BTN,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan