Isnin, 14 Januari 2013

PAS... O.. PAS

PAS kekal dengan pendiriannya bahawa kalimah ALLAH boleh diguna dan diterjemahkan ke dalam Bible. Apa yang dipersetujui pada 18 Disember 2009 oleh Majlis Presiden DAP, PKR dan PAS dan diperbaharui semula dalam perbincangan dan mesyuarat Majlis Presiden DAP, PKR dan PAS baru-baru ini. (kalau tak silap saya 09 Januari 2013.)

Fatwa Majlis Ulama' PAS pada 13 Januari 2013 bukanlah pendirian rasmi parti tersebut sebab PAS dah tak mengikut MAJLIS SYURA ULAMA nya lagi yang dianggap kolot serta tak mengikut peredaran zaman. Fatwa tersebut muncul setelah berlakunya polemik dan kemelut. Polemik dan kemelut yang dicetuskan oleh Lim Guan Eng yang memang bertujuan menutup isu dan skandal pemberian tanah kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Ahli PAS perlu bangkit serta mengeluarkan suatu pendirian rasmi selaras dengan Fatwa Majlis Syura PAS Pusat dan membatalkan apa-apa jua persetujuan yang telah ditandatangi dengan Majlis Presiden pakatan DAP, PKR dan PAS, samada pada 18 Disember 2009 atau 09 Januari 2013 atau apa-apa jua yang berhubung kait dengan persetujuan mereka untuk tidak melaksanakan perundangan Islam, membenarkan kalimah ALLAH digunapakai oleh non Muslim (samada di dalam Bible atau sebarang bentuk penulisan atau bersyarat/tidak) dan setiap perkara yang berhubung kait dengan apa yang mereka namakan sebagai Tahaluf Siyasi.

Tanpa pendirian rasmi DAN pembatalan persetujuan tersebut (secara hitam putih) bermakna PAS BERSETUJU sepenuhnya dengan DAP. Saya ulangi sekali lagi Fatwa Majlis Syura Ulama' PAS bukan pendirian rasmi parti PAS Pusat dan ia boleh diterima atau ditolak sebagaimana usul yang mahukan Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia (sekiranya pakatan berjaya memerintah).

Dan DAP serta PKR sedang menguji kesetiaan PAS di dalam pakatan. Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham pastinya sangat gembira kerana tumpuan PAS dan UMNO tidak kepada isu tanah.


PAS sanggup gugurkan ISLAM demi pakatan
Samada PAS kekal bersama pakatan atau kekal bersama Islam 

akhirnya kita dah kenal siapa tunggang siapa
dah kuda ini siapa yg punya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan