Rabu, 9 Januari 2013

kalimah allah

Tambah kapsyen


 Isu Kalimah Allah secara ringkas. 

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-82 , pada 5 – 7 Mei 2008; 

“Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”

Penjelasan mengikut Perlembagaan;
Perlembagaan Persekutuan Malaysia; Perkara 3
menyatakan bahawa; “Agama Islam adalah agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan”.

Ini bermakna mengikut undang-undang di Malaysia, agama lain selain Islam tidak boleh sama sekali menyamai atau melebihi apa-apa perkara berkaitan dengan konteks agama,

Penjelasan mengikut Rukun Negara;
Rukun Negara yang Pertama; Kepercayaan kepada Tuhan

Bermakna adalah terpulang kepada mana-mana individu untuk menganut agama masing-masing tetapi tidak tertakluk kepada kepada orang Melayu berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia didalam Perkara 160 (2) iaitu “seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan menurut adat Melayu”, yang bermaksud orang Melayu mestilah tertakluk kepada Rukun Iman.

Dan jika mahu mengikut kepada tuntutan DAP ini, bagi umat Islam amatlah bersetuju jika Rukun Negara yang pertama ini ditukar kepada Kepercayaan kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan