Jumaat, 10 Mei 2013

DUA PULUH SEN

Jangan main2 dengan 20 sen...

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...

Khamis, 9 Mei 2013

DAP dah mula perdangankan MELAYU

Mari Lihat Video Munafik DAP Yang Kononnya Memperjuangkan Islam - @imfawziaariff Juga Panggil @PDRMsia Anjing!!!

Bagaimana mudahnya pelakon DAP berlakon dengan baik untuk menipu orang-orang Melayu Islam. Lihat pelakon di atas. Namanya Fawzia Ariff. Fawzia ini adalah anak kepada Allahyarham Munshi Ariff yang dikatakan terlibat di dalam kes Bank Bumiputera Malaysia Berhad suatu ketika dulu. Nama ibunya Dato Zubaidah Ariff. Keluarga mereka dikatakan mendapat kekayaan ketika berada di dalam UMNO.

Semasa berlakon dalam promo DAP di atas, beliau bertudung litup sehingga menutup dagu. Teramat alimnya. Nak lihat rupa sebenar agen DAP ini, lihatlah dua gambar di bawah. Rambut berwarna-warni. Jangan tertipu dengan mainan agen DAP ini. Gambar kedua dari bawah adalah sewaktu PRU13 yang lepas dan bukannya gambar lama. Beliau bergambar bersama Nurul Izzah sewaktu kempen di Bangsar. Rupa sudah seperti nyonya tua.

Nampak tak bagaimana DAP menipu Melayu. Nampak tak? Ingin mengenal lebih lanjut agen DAP ini, ikuti laman sosial Twitter beliau di @imfawziaariff. Dalam Twitter beliau juga, beliau memanggil Polis sebagai ANJING!!! Lihat "printscreen" di bawah.

http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/mari-lihat-video-pelakon-munafik-dap.html

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/mari-lihat-video-pelakon-munafik-dap.html#wkb1JeC6emuMOVI3.99

Isnin, 6 Mei 2013

tun m perkata tentang melayu

MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan

Rabu, 17 April 2013

Senarai Lengkap Calon BN PRU 13

Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN negeri melibatkan jumlah keseluruhan calon seramai 78 orang yang mana 22 daripadanya adalah calon untuk bertanding kerusi Parlimen manakala 56 orang lagi adalah calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Daripada senarai tersebut, BN Selangor turut mempertaruhkan muka-muka baharu untuk bersaing dalam PRU13 selain mengetengahkan calon termuda parti itu berumur 33 tahun, Mohd. Faisul Sufar untuk bertanding kerusi DUN Chempaka.
Pada masa yang sama, BN Selangor turut mengumumkan pencalonan ‘rakan BN’, Datuk Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam orang termasuklah menampilkan semula bekas Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon untuk bertanding kerusi parlimen itu

Selasa, 9 April 2013

BERITA HANGAT - DATO' OMAR ABU BAKAR

Sejak malam tadi agak kecoh di media sebelah sana apabila memainkan isu ini apabila ada seorang yang tiba-tiba muncul dakwa beliau Pegawai Khas Tun Dr Mahathir Mohamad.

LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8e5WZ_l5RmA#!

Malah, ada video dalam ceramah (mungkin nak jadi calon) dakwa beliau siap bersumpah (hanya sumpah.. tiada nama Allah) bahawa beliau disuruh "bekas bossnya" untuk menfitnah Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim pada 1998.

Sepanjang saya berurusan dengan beberapa pegawai Tun Dr Mahathir dan pejabatnya, belum pernah saya nampak muka Dato Omar Abu Bakar ni. Mungkin dah lama.

Jadi saya bertanya dengan seorang dengan pegawai Tun Dr Mahathir, beliau kata tak kenal, malah dia tanya hampir semua yang "old timer" bekerja dengan Tun Dr Mahathir orang tak kenal Dato Omar ni. Hanya seorang je kenal. 

dan orang tu kata Dato Omar ni pegawai Tun pada tahun 1980-an dulu iaitu ketika Tun Dr Mahathir jadi Menteri Pertahanan Malaysia!!! Lama gila tu...

Sedangkan kes liwat tu berlaku beberapa dekad selepas tu. Jadi bagaimana Tun Dr Mahathir boleh minta saudara ni fitnah Anwar? Lawak betul lah. Yang peliknya, hampir semua pegawai dan orang pejabat Tun tak kenal siapa dia ni.

Kepada Dato Omar, toksah lah nak sesuatu sampai sanggup Fitnah macam tu. Siap bersumpah bagai. Awak tu dah tua.
Sejak malam tadi agak kecoh di media sebelah sana apabila memainkan isu ini apabila ada seorang yang tiba-tiba muncul dakwa beliau Pegawai Khas Tun Dr MahathirMohamad.

LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8e5WZ_l5RmA#!

Malah, ada video dalam ceramah (mungkin nak jadi calon) dakwa beliau siap bersumpah (hanya sumpah.. tiada nama Allah) bahawa beliau disuruh "bekas bossnya" untuk menfitnah Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim pada 1998.

Sepanjang saya berurusan dengan beberapa pegawai Tun Dr Mahathir dan pejabatnya, belum pernah saya nampak muka Dato Omar Abu Bakar ni. Mungkin dah lama.

Jadi saya bertanya dengan seorang dengan pegawai Tun Dr Mahathir, beliau kata tak kenal, malah dia tanya hampir semua yang "old timer" bekerja dengan Tun Dr Mahathir orang tak kenal Dato Omar ni. Hanya seorang je kenal.

dan orang tu kata Dato Omar ni pegawai Tun pada tahun 1980-an dulu iaitu ketika Tun Dr Mahathir jadi Menteri Pertahanan Malaysia!!! Lama gila tu...

Sedangkan kes liwat tu berlaku beberapa dekad selepas tu. Jadi bagaimana Tun Dr Mahathir boleh minta saudara ni fitnah Anwar? Lawak betul lah. Yang peliknya, hampir semua pegawai dan orang pejabat Tun tak kenal siapa dia ni.

Kepada Dato Omar, toksah lah nak sesuatu sampai sanggup Fitnah macam tu. Siap bersumpah bagai. Awak tu dah tua.

WHEN ULAMAK's SPOKE

Ulama ini benarkan kebenaran....bukan PAS yg fitnahkan kebenaran...
Ini bukan saya kata, tetapi keputusan yg dibuat oleh mereka selepas 3 hari bersidang.  

Kalau dah ULama2 Pondok dah berbincang mendapati HARAM undi PAS n PKR ini (DAP dah tentulah) atas beberapa pertimbangan terutamanya yg melibatkan akhidah dan kemaslahatan Ummah. siapalah Saya untuk menolaknya.

JOM KAWAN2 KITA KALIH KEDAH.  PAKAT2 KITA UNDI BN DALAM PRU13 INI

Isnin, 8 April 2013

hilang sudah kasih sayang.. PAS

.
PRU-13: Nik Aziz takbur dan taksub - Abdullah Saamah

GURUN 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri tidak akan diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.

"Nik Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab dia (Nik Aziz) setuju dengan pluralisma agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,'' katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Haverd di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz antaranya solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru Nik Aziz menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Menurut Abdullah Saamah fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran Al-Quran dan Sunnah serta wajib untuk semua umat Islam menolak semua fatwa yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Katanya, semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.

"Apa yang saya nampak sekarang ialah, Nik Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini ialah sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya. - UTUSAN ONLINE