Bila jarak penglihatan kita hanya sekadar 50 meter kebawah.. (hujan atau kabus tebal) seelok2nya memperlahankan kenderaan... memandu dengan berhati-hati ikuti beberapa tip-tip panduan seperti dibawah ni
1. Jangan memandu kalau anda tidak cekap memandu dalam keadaan hujan. Bahaya untuk diri sendiri dan orang lain.Tangguhkan
perjalanan kalau boleh. Kalau terpaksa jugak, pastikan anda dan
kenderaan anda bersedia untuk menempuh cuaca hujan tu.
PastikanPengelap (wiper), aircon, deforger, hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu brake kenderaan mestilah berfungsi dengan baik. Lampu
brek utama dan ketiga adalah amat penting ketika hujan.hendaklah
berfungsi dengan baik. Ini bagi membolehkan pengguna di belakang
kenderaan anda dapat mengenalpasti sesuatu keadaan ketika pemanduan
anda.

2.
Nyalakan lampu kabus. Jika perlu nyalakan lampu utama. Jangan
mengada-ngada nak nyalakan LAMPU KECEMASAN. Nanti orang ingat kereta tu
tengah sedap berhenti kat tepi jalan.

Pasang Lampu Hujan
Bila time hujan, menyebabkan penglihatan agak terhad...tak boleh nampak dalam jarak yang jauh....jadi WAJIB lah pasang lampu, bukan semata-mata untuk pemandu tu sendiri nampak jalan...tapi nak bagi pemandu lain nampak kereta kamu!! Sebenarnya kereta yang pasang lampu tu nampak blurrr je dari jauh...lepas tu bila eksiden salahkan orang lain...So kalau taknak terjadinya eksiden PASANGlah LAMPU ketika hujan!!! tak
rugi apa pun kan pasang lampu tu...tak luak pun bateri kereta korang tu
oke!! tau tak bahaya kalau kite tak pasang lampu bile hujan?lagi-lagi
kalau kereta kite kaler sama macam kaler jalan tu..contohnya kereta
colour silver la..
Ia digunakan ketika kenderaan berhenti untuk kecemasan. , bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan.Pada
aku sangat bahaya sebab kalu kereta tu nak membelok kiri, kanan atau
nak tukar lorong...orang lain tak tau...sebab dah dua-dua signal
dipasang kan..kalau nak nyalakan hazard light semasa hujan lebat berhenti dulu kat tepi jalan lepas tu buka hazard light.. hazard
light mungkin masih diperlukan.. untuk memberitahu pemandu dibelakang..
bahawa.. menjarakkan kenderaan mereka dari belakang kita..sebab kereta
kat depan ada masalah (sebagai tanda isyarat kat kenderaan belakang yang
kereta kita nak berhenti ) macam eksident atau air limpah jalan...
3. Jangan memandu terlalu perlahan atau laju. Rileklah dengan 'throttle' tu. Kurangkan penggunaan brek sebab jalan licin dan brek selalunya tak membantu sangat. Gunakan gear rendah lagi bagus.

4. Ingat kata-kata hikmat aku ni.. "MENGEKORI KENDERAAN LAIN ADALAH AMAT BERBAHAYA..! Hadkan
jarak antara kenderaan di hadapan. Ikut lampu belakang kenderaan di
hadapan kalau penglihatan terhad. Jangan ikut terlalu dekat sebab nanti
tak sempat nak brek, tercium pulak belakang kenderaan kat depan tu.
5.
Lagi bagus kalau pakai cermin mata khas untuk memandu dan bukan
'sunglass'. Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa
berkabus atau hujan kerana warna merah dan oren lebih jelas kelihatan.
Tak percaya, pegi kedai pastu cuba pakai cermin mata warna amber.
kalau
hujan waktu siang hari, pemakaian cermin mata berwarna amber dapat
membantu penglihatan anda ketika memandu di hujan lebat. Banyak kali
dah cuba,banyak membantu dalam meningkatkan kualiti penglihatan anda melalui pemakaian cermin mata amber.tapi kalau waktu malam jangan lerrr pakai yerrr..kompem tak jelas nampak.


Tip2 Penunggang Motorsikal dalam hujan.....Kekadang
walaupun hujan, masa tak membenarkan kita berhenti. Kalau terpaksa
jalan jugak, yang susahnya pemandangan jadi masalah. Jalan tak berapa
nampak, line putih hampir hilang kerana tertutup air hujan. Jadi sebagai peringatan ambil langkah-langkah tersebut..
1. Jangan suka membrake kan motorsikal anda dalam keadaan mengejut..kalau boleh elakkan selalu guna brek belakang.kerana bila brake boleh mengakibatkat motorsikal membuang kebelakang......pakai brek depan je......
2. Pasang lampu bagi motor yang bukan auto pasang...kalau tak pemandu lain seperti kereta dan lori tak nampak kamu nanti...
3.
Pakai jaket tebal skit kalau takde baju hujan.....elakkan tubuh
terlampau sejuk....nanti response tubuh jadi slow kalau ada apa2
berlaku....
4.
Jangan le bawak lelaju sangat....tayar kurang mencengkam kalau jalan
basah....walaupun brek power dengan brek disk besar gedabak depan
belakang....pun tak guna juga......
Tolong jarakkan motorsikal anda dari belakang kenderaan lain..perhatikan Lampu
belakang kereta atau kenderaan lain jadikan guide. Jadi kita tidak lah
ikut brake motor secara mengejut...especially kalau jalan tu kita tak
biasa. kalau ada lopak air, kereta depan tu langgar dulu, kita dah
boleh ready. Kalau kita yang depan, termasuk lopak air dulu, jadi
boleh buat langkah berjaga-jaga !
1. Jangan suka membrake kan motorsikal anda dalam keadaan mengejut..kalau boleh elakkan selalu guna brek belakang.kerana bila brake boleh mengakibatkat motorsikal membuang kebelakang......pakai brek depan je......




5.
Pakai helmet yang ada visor.....warna jernih......untuk mengelakkan
mata kita terganggu dek hujan, angin dan suasana yang kurang jelas......

Visor
helmet full face pulak senang jadi berkuap, lagi problem.So langkah
defensive pertama, off course lah tak leh laju-laju macam biasa. Kedua,
cari benda ( biasanya kertas ) aku selit kat visor helmet tu biar dia
tak tertutup habis. Angin boleh masuk sikit, jadi wap hilang. Kalau tak, visor berkuap, kalau penunggang motor tu spek mata pun berkuap sekali. Bukan lagi rabun tapi kabus tak nampak akibat wap
6.
Kalau brenti bawah jambatan kat highway tu.....seelok-eloknya duduk kat
luar highway.....biarkan je motor tu parking tepi jalan.....dah banyak
kes motor kena langgar dek lori masa berteduh bawah jambatan.banyak
nyawa melayang.dah tau masa hujan, jalan basah, lori
banyak......BAHAYA......

Selalu
dok perati ramai rider yg tumpang berteduh bwh flyover.... adalah
dinasihatkan bleh berteduh tapi jangan la bertenggek atas motor ...
kadang tu sampai masuk lane kereta.. ini adalah merbahaya kerana
kadang-kadang lori yang besar besar bukan nampak
sangat yang tepi tepi jalan tu tambah hujan lagi.. so klu nak bertedung
park moto then dudok jauh dari jalan... silap hari bulan akibat nak
bertedung kena lenyek ngan lori.. sebab ade kes dah dulu akibat berteduh
dari hujan..
Adengan yang tak mau dilihat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan