
Fahami maklumat tertulis pada sidewall tayar

Penting
sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika
kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci
(35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci,
kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan
bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.
2. Air filter kon
-
trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang
cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami
kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki.
Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kereta akan terasa
ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon
filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari
memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan
jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp
apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat
0.5%-1.0%.

Arahkan Filter itu ke matahari, tengok dalam air filter tu, ada cahaya tembus atau tidak. kalau tembus, menunjukkan kertas dia tipis sampai tembus cahaya . kalau tidak tembus, ok punya. k&n dan apexi tidak tembus cahaya.... Kalau guna airfilter tak ada brand , cuba bayangkan kalau habuk yang halus masuk, trottle body atau carburator..

3. Silicon Plug wire
-Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk (kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.

Apa yang panas dan apa yang sejuk?
Sebagai contoh NGK BP7 lebih sejuk dari NGK BP5..Nombor Kod NGK BP7 dan NGK BP5 menunjuk perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji plug...lebih
tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia
amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.


fungsi nye tetap same, menghasilkan percikan api, dan percikan api yg dihasilkan tetap 1 walaupun kepala nye 4.. . . . tp advantage nye spark plug tahan lama, keberangkalian spark plug miss percikan api pun kurang. . . . iaitu lebih cekap. . . .
4. Stud bar @ Stabilizing bar
-sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.

-Kalau nak tukar muffler banyak makan modal , banyak yang kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah ...Cuma saiz piping tu yg lagi beza... antara straight pipe & straight flow ni sesuai utk enjin-enjin v-tec ngan mivec je, kalau kat enjin biase tak elok, membazir.. flow ngn straight flow kn ad kelebihan n kelemahan dia... terpulang pada pengguna gak... biasa kedai akan terangkan performance memang rekemen s-flow utk auto, straight flow utk manual tapi agak bising . tapi pakai s-flow mmg senyap skit...

KEBAIKAN
- -sangat senyap
- -point kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah oleh itu sesuai untuk penggunaan harian
KEBURUKAN
- -menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing dalam muffler
- -menghasilkan back pressure kepade engine lalu mennganggu aliran angin
- -kurang kuasa di rpm tinggi
Straight muffler
Kebaikan
- -aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing
- -point kuasa berada di rpm tinggi oleh itu sesuai untuk digunakan di track
- -engine yang lebih responsif dan lebih pick-up
Keburukan
- -Bising berbanding S-Flow
- -menaikkan fuel consumption
- -kurang kuasa di rpm rendah

Cuma kadang kala ramai membuat sangat berlebihan xtreme, modified ekzos
muffler Straight piping terus bawah tangki dan ade pulak yang buat
dari satu ekzos then pecahkn kepada dua piping ekzos memang kompom tak
leh. Tidak dibenarkan samasekali…mendatangkan bunyi amat bising lebih dari 90db juga salah tidak dibenarkan
6. Tinted Cermin
-Ini
kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata
mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma
mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya
dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati,
produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan
tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan
cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had
dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini
tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang
membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya.
Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap
yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu
lain dan ini menjadi satu kesalahan

Penguasakuasaan
peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan ini dikuatkuasakan
oleh JPJ melalui Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai
Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Peraturan-Peraturan 1991 [P.U. (A) 39/19911,
di bawah Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan peraturan
ini, tahap ketelusan yang dibenarkan pada kenderaan adalah setakat 70%
ketelusan cahaya pada cermin hadapan dan 50% pada cermin belakang.
adalah dinasihatkan supaya tidak memasang cermin gelap berbentuk fully tinted film pada kenderaan mereka


informasi yang menarik..TQ..
BalasPadamgood article..respect!!
BalasPadamTerima kasih info nye..
BalasPadamTq 4 u info
BalasPadamSALAM TUAN..KLU XPKAI BULET TENGAH EKZOS ADA KESAN APE2 X UNTUK ENJIN ATAU SEBALIKNYA
BalasPadamwtf
BalasPadamassalam,.izinkan saya copy untuk tujuan pembelajaran..trima kasih
BalasPadamSangat berguna
BalasPadamInfo y sgt baik
BalasPadamThanks infor
BalasPadamkalau sisi n blkang tinted 75,
BalasPadamdepan 65 lepas tak
Xlepas dgn abg JPJ
Padam