Kat
sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan
sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk
perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan nanti salah
plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat
secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai
ke destinasi dengan selamat.
1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel

Periksa
indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh
atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh
dengan lancar
2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin

Cabut
dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat
kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada
level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min
3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake

Periksa
level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max.
tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke
body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
4)Pemeriksaan Minyak Power Stering

Periksa level minyak power steering pada tabung harus
diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak
power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant) 
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka
tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan
jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas).
Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar
6)Pemeriksaan fungsi Wiper

* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus
7)Periksa Getah wiper

Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
8)Pemeriksaan Aircon sistem
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi

Drive
belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara
lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC.
Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu
tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas
berjalan lancar…
9)Pemeriksaan Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil
duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat
jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna
bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas kelihatan,
bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan
bunga tayar sudah nipis..Ukur
tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Yang pasti
kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa.. Pastikan
Bunga tayar tidak botak.. tengok yang bahagian dalam sebab selalunya tak
perasan.. lihat gak kat dinding tayar kalau ade benjol tu pun tak
elok..
10)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos
adakah
asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku,
anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan
nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna
kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk
(campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini
terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih
apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang
bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap
dan laluan injap rosak.
11)Periksa bawah Lantai tempat parking kereta 
Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai
ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau
ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai
kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
Periksaan Sistem lampu
12)Pemeriksaan Battery Basah

Bateri
Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan
airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan
kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan
yangbaik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu
malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah
periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang
dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti
karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...
13)Pemeriksaan Battery kering

Sel
kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk
mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak
ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau
maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih
di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la....
merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..
14)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta
Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.

Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.

Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.

Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.

Temperature gauge-Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda. .
Radiator tersumbatHos atau sambungan karat dan bocor
Tutup radiator rosak
Air kurang dan tiada air dalam reservoir (tangki simpanan)
Indicator ABS-cuba perhatikan indicator ABS ni...selepas 3 4saat...dia akan padam..menandakan sistem abs berfungsi...kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning.....
15)Periksa ada tak bawa barang penting dalam kereta

16) Ingatan pada korang?
Tolong buat kunci Spare simpan dalam dompet atau wallet... manalah tau tetiba kunci hilang atau tertinggal dalam kereta dengan pintu tertutup tak boleh buka... hah ni lah kunci pendua yang boleh kita gunakan... dah banyak dah kejadian dimana pintu kereta sukar dibuka sampai panggil tukang kunci minta tolong buka pintu kereta... itu pun kalau boleh bukak kalau tak bleh camner..

Salam Hari Raya Aidulfitri
Jika semua harta adalah racun maka Zakat adalah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa maka Taubatlah ubatnya
Jika seluruh hari adalah nista maka Jumaat adalah penawarnya
jika seluruh bulan adalah noda maka Ramahdan pemutihnya
Jika seluruh masa merasa keciwa maka Aidulfitri adalah bahgiannya..
sensor enjin terletak dekat mana?
BalasPadamsya nk tnya,klu exzos kuar asap htam knpe?bru2 ni kreta bru lpas tkar clash..lpas tkar 2 3 ari asap htam trus kluar,
BalasPadamkat mn kedai bolh repair meter yg masalah sistem cek engin wayaring bolh bg no tel bangkel
BalasPadamAssalamualakum,Terima Kasih kerana sudi mengonsikan tip2 berguna tentang penjagaan kereka siap dengan photo lagi.Dapat juga ilmu sikit2 tentang kereta.orang pompuan hanya tau pandu je,jaganya ZERO.terima kasih sekali lagi.
BalasPadamjika abs tiba-tiba menyala kemudian terpadam dan menyala semula apa kemungkinan kerosakan yang berlaku..ada effect apa2 tak..dan sekiranya rosak melibatkan kos yang tinggi tak untuk dibaiki..
BalasPadamnak tanya sya pakai keta Savvy AMT ..... ada tanda yg bentuk trumpet tu boleh tak nak tahu apa makna amaran tuh ... tolong lah kalau ada sapa-sapa tahu ???
BalasPadamsalam, nak tanya apa effect kalau air coolent melimpah, sebab masa isi tu terisi lebih dari maksimum..tq
BalasPadamtq ats perkongsian..sbnrnya skrngni kereta viva sy tengah menyala "check engine light"..sblmni dh pernah dan dah pernah check kat bengkel tp skrg jadi balik la..xtau nk wat cmn lg...
BalasPadamtq ats perkongsian..sbnrnya skrngni kereta viva sy tengah menyala "check engine light"..sblmni dh pernah dan dah pernah check kat bengkel tp skrg jadi balik la..xtau nk wat cmn lg...
BalasPadamKetika top up minyak enjin..minyak enjin melimpah dekat head dan plug..bila enjin dihidupkan..ianya beasap.ada itu masalah besar?
BalasPadamNk dekat raya.. sekarang lah waktu nya check kereta..jangan sampai tersadai kt tepi jalan.. hahaha..
BalasPadamBRAZILIAN ART AND CULTURE. The art of Newton Avelino.
BalasPadamWWWW.AARTEDENEWTONAVELINO.COM