
papamama: salam.Bro minta tolong bleh? saya pakai wira sedan. masih setia menggunakan seat standard, Kusyen kete dah berpeta-peta macam2 benda dah tumpah kat kusyen tu.Saya
ada anak kecik and kitaorg selalu jalan jauh. Ada la satu hari, anak
saya tido pastu bila bangun, pampers dia penuh sampai air kencing tu
meleleh sampai kena seat kereta.mcm
tule klu ada anak kecik. so.macamana nak cuci seat tu jadi bersih macam
asal, takde la nampak copok2..klu nak anta tempat cuci mahal..
Kalau aku rajin nak basuh sekali Carpet kete.Dah bau hapak rasanya.ingat
nak wat sendiri je boring2 dok umah. apa cara yg betul & terbaik
untuk bersihkan kusyen & carpet tu.Bahan apa nak guna & Teknik
apa nak pakai sehingga boleh kembali seperti asal atau hampir seperti
asal? Kalau kedai cuci kereta dorang caj berapa untuk cuci kusyen
kereta?Perlu pakai mesin khas ke?
Jawapan kami..
Thanks
bertanya dengan panjang lebar.. Macamner nak jawab ni..Pasal aku ni
bukan tukang cuci seat dan tak bukak kedai cuci seat pun . Cuma ade
sedikit info tak taulah kalau ianya berguna atau tak..
Kalau Cuci Seat Hantar CarWash..Kalau nak hantar ke kedai yang bersihkan seat selalu memang harga mahal .Tapi kena tanya dia..cuci pakai apa... takat pakai vacuum... pastu pakai cleaner je lap... baik tak payah... buat sendiri pon boleh.
Kalau
kedai tu pakai steam extractor.... baru layan... memang confirm
bersih.... bila dia extract dari seat tu...benda ni sedut kotoran yang
melekat pada seat. air dalam cleaner tu makin lama makin kurang...
pasal dia cuci seat tu.... haa,yang tu ok.. biasanya normal carwash
takkan bukak seat tu.. dia basuh
ngn chemical.. dia basahkan kain dengan chemical tu pastu kalau
kotoran tu degil sental pakai berus.. lepas dah tu, dia akan tembak
angin dan vacuum kusyen tu kasik kering..

Jenis2 Cleaner Seat kereta..
Erm,Kalau pasal nak cuci kete sendiri..Sekarang ni ada macam macam product stain remover untuk bersihkan Seat atau carpet tu... tapi saya tak tau nak recommend brand apa... pasal tak pernah try... setakat ni brand yang saya percaya Meguiars atau Autoglym.. but kalau tak ader cari ajer macam kat bawah ni.. Brand yang selalu jual kat pasaraya macam Meguiars, AutoGlym, Waxco dan Simple green

Dulu
ada AMWAY ada kluarkan Magic Foam tapi sekarang ni AMWAY tak jual lagi
benda tapi ada yang lain boleh cuci nama ia SA8. yang ni pun ok gak.

Tip2 membersihkan Seat kusyen kereta sendiri ..Buka kerusi dari tempatnya dan basahkan kusyen .Lumurkan sabun atau Spray all purpose cleaner pada bahagian yang ingin di bersihkan secukup rasa .Biarkan selama beberapa minit (20 Minit)



Jenis2 Carpet Foam
Yang ni Dry foam untuk cucian carpet... cuma carpet aje kan tak kisah lah korang nak gunakan jenis apakan... Nak guna sabun basuh baju pun boleh..


Tanggalkan carpet dari tempatnya . Tepuk tepuk ngan kayu untuk buang pasir yang melekat.. Basahkan carpet dengan . Lumurkan Carpet foam tak kisah apa jenis pun . biar seketika foam tu meresap ..

Berus kan kesemua bahagian sehingga tanggal segala kekotorannya. Berus SABUT atau berus plastik. Jirus air sehingga bersih .kalau nak cepat kering lap pakai kain buruk.. Pastu
Jemurkan carpet tersebut sehingga kering bila sudah kering pasangkan semula.Kalau tak bebetul kering nanti bau hapak pulak...
Bila Baby terkencing atas kusyen kereta..
Bila Baby terkencing atas kusyen kereta..


Dengan ini, ia dapat menghindari daripada merosakkan kusyen berkenaan. Lakukanlah sedaya yang termampu kerana Allah SWT tidak membebankan hamba-Nya melainkan sekadar apa yang termampu olehnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan