Khamis, 15 September 2011

penyangak dan pencuri dah semakin hebat


> > Just to share / ingatan kt korang seme....
> >

> > Semalam saya balik dari opis mcm biasa around 540 pm.saya
> > ikut jalan syed
> > putra sbb kat situ kurang jam & boleh cepat sampai
> > rumah ( 7 minit dah sampai vista).
> >
> > Nak dijadikan citer, masa tgh syok borak ngan opismet yg
> > kebetulan menumpang
> > saya ptg smlm, tiba2 ada sebuah motorbike ( 2 lelaki India
> > ) bg signal suh
> > saya berenti kononnya ade something wrong kt kete saya.

> Lepas pk dalam 1 minit, saya cari tmpat slamat dan berenti
> > kt tepi kiri jalan.
> >
> > Then 2 india tu terus meluru ke kereta saya . dan dan tuh
> > jugak die simbah tayar kiri belah depan ngan air.
> >
> > Then saya turunkan cermin kete sikit, tanye apehal..die
> > kata tayar kete saya berasap teruk... Die sambung lagi, katanye
> > tayar sy nak
> > meletup. Die beria suh saya kluar tengok keadaan tayar.

> >
> > Sa ya amik masa lagi 2 minit diskas ngan opismet kt sebelah
> > either nak kuar ke tak.
> >
> > So end up with, sy kuar sorang2 while opismet tunggu dlm
> > keter . in case pape happen die bleh call sape2 dari dlm kete.

> > So India ni punye la beria tunjuk disc plat saya rosak. Die
> > punya gasket pun
> > dah nak cabut katanye. Kalau saya jalan jugak, ade
> > kemungkinan tayar kete saya meletup.
> >
> > Die kata die keje shell (mmg pakai tshirt shell pun, tp
> > rasanye tshirt tu die curi je kot), so dia offer nak baiki. Dia kata
> > follow diorg ke bengkel diorg..dekat je katanye..
> >
> > Sa ya yg masih terkejut tak leh pk panjang, saya kata kejap
> > saya nak tanye membe.
> >
> > So saya masuk keter, lock pintu then call kawan2 saya tanye
> > pendapat.
> >
> > Kawan2 saya kata jalan jer, kat rumah nnt baru recheck
> > condition tayar tu.
> >
> > Nasib baik perjalanan dari opis ke rumah dekat jer, so saya
> > cakap la kt India tu kata saya nak gamble je bawak slow2 and recheck
> > kt service center nnt..

> > Dalam masa yg sama India tuh terus belek2 tayar keter saya
> > tuh, pastu bangun tunjuk kat opismet saya kata minyak break dah kuar
> > kat rim
> > ( sambil tunjuk tangan die ade minyak hitam)..

> > India tu tak puas hati gak, die kata kalau you jalan jugak
> > nnt tayar you pecah.
> >
> > Sa ya kata takpe. Then tiba2 die cakap angin tayar dah kuar
> > (x terpk lak saya kalau nak pecah x de masanye la angin nak kuar
> > sempoi2 bahasa).
> >
> > Since kawan sy kata balik rumah dulu, so saya pun slow2
> > bawak keter tu ke rumah. Smpai je kt parking umah , mmg sah tayar
> > kiri belah
> > depan tu flat.

> > Nak nangis pun ade rasanye. Sa ya check tayar tuh, saya
> > nampak penutup laluan angin tu longgar.
> >
> > Saya pikir satu jer, mesti India tuh dah punch benda2 tajam
> > kat tayar saya smpai pancit. Tp bila pum balik, kalau bocorkan camtuh
> > takes time gak utk angin kuar kan . Tp kes saya nih, jalan 2 minit
> > jer mcm dah
> > 80% angin tu kuar dari tayar.

> > Sa ya bukak tayar tu then round bangsar n brickfield cari
> > kedai tayar. Since seme kedai dah tutup, saya gamble je gi pump
> > angin kt
> > stesen BHP seblah menara tu. Masa saya bukak penutup angin kt tayar
> > tuh, saya
> > perasan ade particle kaler putih terselit kat tengah tu.
> >
> > Bila saya tarik je benda tuh, terus seme angin (yang
> > balance lagi 0.05% ) kuar.
> >
> > Ya.. Sa ya dah dapat idea camana India tu confident jer cakap
> > angin dr tayar saya dah kuar. Sebab die dah letakkan particle tu kt
> > tayar sy masa saya tgh pikir2 nak kuar keter ker tak atau pun masa
> > saya tgh talk
> > to kawan2 saya tanye idea diorg.

> > Luckily saya & opismet tak ikut India tu ke bengkel
> > diorg yg only God knows where. Kalau tak mmg dah takde kt opis hari
> > ni kot...na ' uzubillah. .
> >
> > Bila citer kat kawan saya, rupanye dah ade kes camni.
> > Guna modus operandi yg sama. Cumanye penjahat tu berjaya bawak
> > mangsa ke
> > ' bengkel ' nya then kat sana mangsa di rompak / raped.

> > So kawan2, hati2 bila ade org suh berenti. Even jalan yg
> > saya lalu tu sibuk. Tapi tak denye diorg nak sibuk2 tgk kenapa kita
> > berenti tepi jalan.

> > Tapi smlm, opismet saya perasan , lepas berenti dlm 5
> > minit ada sorang brother ni singgah dan tunggu saya sampai la saya
> > gerak balik.

> > Pastu sempat die pesan kat saya, katanye ' jalan jer
> > dik, ni tipu jer. Diorg nak cari duit ' .

> > Alhamdulillah Allah masih beri peluang kat saya

Kepada sahabat tolong pastikan ketika tuan puan tidur tiada selipar
getah atau stokin atau apa2 benda lembut didepan rumah anda..

Ini terjadi pada adik saya yg rumahnya hampir berjaya dipecah masuk.
Disebabkan adik saya terjaga pencuri tersebut semua melarikan diri.

Modus operandi- Stokin digunakan untuk membalut mangga besi supaya tak
berbunyi, Selipar getah diselit dikeliling di celah2 gril/pagar besi
untuk mengelakan dia dari berbunyi. Kertas suratkhabar juga digunakan
untuk mengelakkan sebarang bunyi ketika aktiviti mereka..

So make sure tiada benda2 yg telah saya sebut diatas bersepah dihadapan
rumah..Sekarang ni pencuri semakin educated! berhati-hati....

Jumaat, 9 September 2011

PAS Tidak Mahu Terima Memo Bekas Polis, Askar


Sekitar 100 Persatuan bekas anggota keselamatan, termasuk daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) itu berang apabila kehadiran mereka untuk menghantar memorandum secara aman itu mendapat layanan buruk apabila pintu ibu pejabat PAS di kunci.

Mereka berkumpul di depan bangunan ibupejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tidak lama sebelum Mat Sabu mengadakan sidang akhbar di situ.

Turut menyertai kumpulan itu ialah anggota Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa NGO lain, termasuk bekas askar yang pernah bertempur dalam perang ke atas tentera komunis sebelum ini.


Kakitangan di pejabat itu enggan terima memorandum berkenaan atas alasan tidak mendapat arahan dari pihak atasan.

Mereka kecewa dengan sikap PAS itu.


Presiden PBPM, Shafie Bakri ketika ditemui di situ berkata, mereka berasa kecewa kerana PAS bertindak demikian.

"Kita cuma orang biasa, persatuan biasa yang hendak hantar surat, bukannya peluru," katanya lagi.

Shafie bagaimanapun enggan meletakkan memorandum berkenaan di muka pintu ibu pejabat berkenaan dan bersumpah untuk kembali dengan lebih ramai anggota veteran bagi menunjukkan sentimen mereka.

Shafie juga berkata, Mat Sabu telah mengguris perasaan mereka apabila menyatakan bahawa Mat Indera dan tentera komunis merupakan pejuang kebebasan.

Beberapa orang anggota polis berkawal di situ dan kemudian meminta mereka bersurai.

Mereka menyanyi lagu patriotic Inilah Barisan Kita sebelum bersurai.

Siapa Mat Indera... Pejuang Atau Pengganas?

Nuffnang Ads

Mat Indera rancang serangan ke atas Bukit Kepong

SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.

Malah, isu itu terus menimbulkan kontroversi apabila sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor didakwa menyenaraikan Mat Indera antara 22 tokoh pejuang di Johor. Ikuti penjelasan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai status Mat Indera.

Pembabitan dalam kegiatan pengganas tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan negara.

MAT Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera ialah anak Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu lain juga yang berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera membabitkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian peletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak seperti Mat Indera, adalah data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan berkenaan menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang. -BH

Mat Sabu lambung,Karpal libas

Mat Sabu lambung,Karpal libas. Itulah permainan haprak pakatan.Anda boleh percayakah Karpal suruh Mat Sabu tarik balik kenyataan tu,Mana Kit Siang?Mana Guan Eng?Mana Teresa Kok? Mana pemimpin DAP lain yang vokal dalam semua ini? Diam? Kenapa?

Semua orang tahu Nik Aziz sendiri pernah kata sosialis adik kepada komunis di Kota Bharu pada PRU 2004,sekarang siapa yang jilat lendir sendiri?

Seluruh angkatan khawarij sedang terkial kial menghalalkan kenyataan komunis Mat Sabu.Anda boleh baca di blog dan portal berita mereka. Apa saja yang lintas depan mata semuanya dihalalkan asal dapat menyelamatkan maruah Mat Sabu dan Komunis.


Di kampung kampung semasa beraya menjadi tugas anda menceritakan betapa beroknya khawarij menghalalkan cara.

Jangan lupa khawarij PAS sendiri berasa terancam apabila proses kebebasan beragama terancam apabila GDMU memurtadkan orang dihalang oleh JAIS dan Hassan Ali.

Khawarij PAS bukan parti Islam, Islam bukan begitu akhlak dan pegangannya.Buat yang tak masuk PAS,jangan risau tak luak dan kurang Islam anda jika tak sertai parti khawarij tu.