Dalam tahun 1945, dianggarkan penduduk Malaya terdiri daripada Cina 47.6%, Melayu, 34.3% dan India beserta dll 18.0%. Anggaran sejumlah 1,699,594 penduduk orang Cina, 1,210,718 orang Melayu dan 651,948 orang India dll, telah dibuat oleh pihak Jepun dan angka-angka ini direkodkan dalam sebuah memo bertajuk ‘Marai dokuritsu mondai’.
Kiraan penduduk keturunan Cina termasuk bilangan penduduk Cina Singapura manakala jumlah penduduk keturunan Melayu tidak termasuk penduduk negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang pentadbiran negeri-negeri tersebut telah dipindah ke bawah bidang kuasa Siam (Thailand) dua tahun awal pada 1943.
Petikan daripada buku ‘Red Star Over Malaya’ — Edisi ketiga (2003), Singapore University Press, m/s 177
“Areas vacated by the Japanese would be entered immediately by a column of uniformed guerrillas marching down the main street under triumphal arches erected by supporters to welcome them. The MPAJA units were always greeted by the Chinese population with enthusiasm. There was clearly Chinese admiration for their endurance in facing the rigours of jungle life and resisting the Japanese.”
Disebabkan Cina sejumlah 47.6 peratus penduduk berbanding Melayu hanya 34.3 peratus, maka semasa interregnum, iaitu tempoh selepas Jepun menyerah kalah dan sebelum British balik ke Malaya dalam September 1945, kumpulan-kumpulan Bintang Tiga telah bermaharajalela di seluruh negara.
Di antara 15-31 Ogos 1945, komunis melancarkan 28 serangan ke atas tentera dan 40 serangan ke atas polis di negeri Perak, mengikut laporan oleh ibupejabat GS1 29 tentera Jepun. Perak ialah kawasan pengaruh Chin Peng.
Banyak orang tempatan mati di tangan Chin Peng dan pengikut-pengikut komunisnya.
Chin Peng memegang kepada ajaran Mao Ze Dong. Kebanyakan komunis tidak tahu berbahasa Melayu dan orientasi mereka adalah tertumpu kepada tanah asal.
Matlamat Chin Peng ialah “translating Maoist strategy into Malaya” sementara hasrat komunis ialah untuk menegakkan sebuah republik di Malaya.
Ini bermakna raja-raja Melayu akan dilupuskan kuasa sekiranya Bintang Tiga mengambil alih pemerintahan Malaya yang pada masa itu (pra-Malayan Union) adalah terdiri daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, juga Negeri-negeri Selat.
Foto: Tulisan Cina pada pintu gerbang berbunyi “The People’s Autonomous Council Welcomes the MPAJA. Whole Heaven is Rejoicing”
''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu, aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbuhan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbuhan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with ISLAM.
Kisah ni takda kena mengena dengan politik, Cuma admin nak share dengan semua pembaca... seorang pemimpin yang admin kagum. Tinggalkan politik sementara dan cuba baca jasa beliau dan isteri Tun Siti Hasmah pernah sumbangkan...
"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tahukah anda Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. ( Mungkin khabar angin ) Tapi beliau tak nak cerita pada sesiapa pun.
Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"
Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.
3. Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7. Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
10. Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia...