Sabtu, 16 Mac 2013

Yuktes Vijay Peguam DSAI

Bongkar!! Peguam Anwar Dedahkan Salah Laku Liwat Berlaku!!

Kenyataan oleh bekas peguam yang terbabit di pihak Anwar Ibrahim dalam Liwat II, Yuktes Vijay yang mendedahkan kisah sebenar apa yang terjadi (di sebelah pihak pembelaan Anwar) semasa kes dibicarakan…

Para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim menarik diri daripada membela beliau. Oleh sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.

Apa yang pasti mereka telah tahu sesuatu yang menyebabkan mereka enggan nak mewakili Anwar.

Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.

Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.

Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.
Antaranya:

-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.

Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiayai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful

Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.
“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.

“Memang ada DNA Anwar dalam dubur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam dubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.

Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.

APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.

Di bawah adalah kenyataan asal Yuktes yang dikarang dalam bahasa Inggeris.klik link di bawah ini:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/03/11/the-real-story-of-anwar’s-sodomy-2-part-1/

Sumber: Mynewshub.

Sumber: Mynew

Ahad, 10 Mac 2013

konspirasi UMNO benar -Tian Chua

Editor Keadilan Daily HENTAM Tian Chua, Kenyataan Tian Chua benar seperti disiarkan kata Editor Keadilan Daily

FADZALLAH Pit (kiri) dan Aisha Geoffrey ditemani Eric Paulsen bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya berhubung kenyataan Tian Chua yang mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu yang disiarkan portal Keadilan Daily, di Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN
PETALING JAYA 10 Mac - Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.

Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca.

"Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini.

Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian.

Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan.

ALLAH KABULKAN DOANYA : ISTERI PEJUANG

Nilai Kasih seorang isteri...

"Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.
 
ALLAHYARHAM KOPERAL SALAM TOGIRAN... Anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna, Sabah. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

AHLI keluarga Koperal Salam Tongiran meratapi pemergian anggota polis itu yang terkorban dalam kejadian tembakan di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabtu lepas di Surau As-Salam, Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, hari ini. - BERNAMA

TAWAU 4 Mac - Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

"Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

"Saya tanya dia kenapa. Dia kata 'Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat'. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga," katanya.

- BERNAMA

TIADA MAAF BAGIMU UMNO...!!!

UMNO , jika mahu Tian Chua mohon maaf ...itu hal UMNO, tapi bagi kami orang melayu yang sayangkan Agama , bangsa dan tanahair..... tiada maaf bagimu Tian Chua. noktah...!!! 

KUALA LUMPUR 6 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua diberi tempoh seminggu untuk menarik balik tuduhannya yang mengaitkan UMNO dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sahabat Ulul Amri yang mengeluarkan amaran itu memberitahu, sekiranya Tian Chua tidak berbuat demikian dalam tempoh tersebut, satu perhimpunan aman akan dilakukan di hadapan ibu pejabat PKR bagi menyelar tindakan biadabnya itu.
Pengerusinya, Naseron Ismail berkata, kenyataan Tian Chua dalam laman Twitternya itu amat tidak bertanggungjawab ketika waris anggota dan pegawai polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Sabah masih bersedih.
Sahabat Ulul Amri adalah antara 28 pertubuhan dan individu yang membuat laporan polis membantah kenyataan biadab Tian Chua itu dan laporan tersebut dibuat pertubuhan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pukul 11 pagi ini.
Sehingga malam ini, sebanyak 464 laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan tindakan itu membuktikan rakyat marah dengan kenyataan pemimpin itu.
Di IBU NEGARA, Biro Pengaduan Awam MCA dan beberapa NGO membuat laporan polis berhubung kenyataan biadab Tian Chua itu di IPD Petaling Jaya pukul 10.30 pagi ini.
Di KEDAH, lima NGO membuat laporan polis terhadap pemimpin itu di IPD Kota Setar. NGO tersebut adalah Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Kota Setar, Gerakan Belia 4B Negeri, Gagasan Generasi Gemilang (Gagah) Kuala Kedah, Persatuan Bekas Tentera Kuala Kedah dan Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia.
Ketua CRSM Alor Setar, Tan Yok Hwa berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya kenyataan biadab Tian Chua dan pemimpin pakatan pembangkang yang lain kerana menyinggung perasaan anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang mempertahankan negara.
"Pihak berkuasa perlu menyiasat Tian Chua dan mengambil tindakan kepada orang yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap pasukan keselamatan negara," katanya.
Di PULAU PINANG, kira-kira 50 ahli daripada 14 NGO dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis mendesak kerajaan menjalankan siasatan terhadap Tian Chua.
Semua 14 NGO itu membuat laporan di IPD Seberang Perai Tengah kira-kira pukul 10 pagi manakala laporan polis Pemuda BN dibuat di IPD Timur Laut.
Di MELAKA, sebanyak 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda BN Tangga Batu berkumpul secara aman di hadapan Balai Polis Batang Tiga, Klebang bagi membantah tindakan biadab pemimpin itu.
Mereka turut membuat laporan polis membantah penggunaan kalimah Allah, bantahan pencerobohan Kiram dan bantahan pengepungan Kedutaan Malaysia di Manila serta pembakaran gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pemuda BN Tangga Batu, Mohamad Nizam Daud berkata, telah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan terhadap individu yang cuba mewujudkan suasana tidak aman di negara ini.
"Kami mahu Tian Chua dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada oleh kerajaan atas sikap biadapnya itu," katanya.
Di PAHANG, sebanyak 100 ahli dan pemimpin daripada tiga Pergerakan Wanita UMNO bahagian berhimpun di hadapan IPD Kuantan sambil menyelar kenyataan Tian Chua itu.
Ketiga-tiga pemimpin itu mengadakan perhimpunan aman selama setengah jam dengan membawa poster yang mengecam pemimpin parti pembangkang itu diambil tindakan tegas sebelum membuat laporan polis.
Di JOHOR, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyelar kenyataan Tian Chua yang mempolitikkan isu keselamatan negara dan menyifatkan ia sebagai tindakan biadap yang melampaui batas.
Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, kebiadaban Tian Chua itu tidak boleh dimaafkan tetapi perlu diheret ke muka pengadilan kerana ia boleh dikategorikan sebagai menghasut dan mencetus kebencian di kalangan rakyat.
Seramai 4,046 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Muar pula mendesak Tian Chua tidak terus berdiam diri atau cuba melarikan diri ke luar negara sebaliknya bertanggungjawab dengan kenyataannya itu.
Di SABAH, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Kinabalu dan Putatan membuat laporan polis meminta polis melakukan siasatan terhadap Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan menimbulkan kemarahan rakyat negara ini khusus di Sabah.
Di KELANTAN, enam NGO dan pertubuhan bekas tentera membuat laporan polis di Machang manakala 50 ahli Pergerakan Puteri UMNO Kubang Kerian berhimpun di hadapan Balai Polis Binjai membantah tindakan pemimpin PKR itu.
Ketua Puteri UMNO Bahagian, Azlinda Alias berkata, laporan dibuat bagi meminta pihak berwajib melakukan siasatan terhadap Tian Chua.

Khamis, 7 Mac 2013

makanan mengandungi babi

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Rabu, 6 Mac 2013

Tazkirah

MARI KITA RENUNGKAN

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)