Isnin, 8 April 2013

hilang sudah kasih sayang.. PAS

.
PRU-13: Nik Aziz takbur dan taksub - Abdullah Saamah

GURUN 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri tidak akan diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.

"Nik Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab dia (Nik Aziz) setuju dengan pluralisma agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,'' katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Haverd di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz antaranya solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru Nik Aziz menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Menurut Abdullah Saamah fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran Al-Quran dan Sunnah serta wajib untuk semua umat Islam menolak semua fatwa yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Katanya, semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.

"Apa yang saya nampak sekarang ialah, Nik Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini ialah sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan