Rabu, 28 November 2012

Tuhan, Takdir dan Syaitan

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan ya
ng dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

Selasa, 27 November 2012

PERISTIWA MEMALI ?



PERISTIWA MEMALI YANG PERLU KITA KETAHUI KEADAAN SEBENARNYA.2. Sept. 1984 Sejarah Hitam Dan Permulaan Sejarah Pas Perosak Akidah Dan Perpecahan Umat Islam !Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) Bukan Mati Syahid !Kepempinan Pas Nik Aziz Dan Hadi Awang !Telah Membunuhnya Terlebih Dahulu Akal Dan hatinya Telah Dimatikan !Demi Perjuangkan Parti Ajaran Sesat (PAS) Mamali: Semuanya Salah Pemimpin PASSATU temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.Pada tahun 1978 – lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 – kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani – Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.Saya meninggalkan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.Peristiwa Memali Berpunca Dari PasBaru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yg memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yg diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai ‘rosak’ setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yg diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yg hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yg ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yg ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas2 ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang2 Pas sepanjang masa. Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu. Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yg menang, ramai lagi pemimpin yg menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang. Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah2 agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang2 kampung yg keluar beramai2.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia diBaling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak2 Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli2 Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang2 kampung yg bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yg di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yg baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yg sama juga penduduk2 kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.Langkah pertama yg diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba2 keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya disekitar kawasan yg dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yg dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak2 yg berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin2 Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.Diringkaskan cerita, setelah seharian ‘peperangan’ antara polis dan penduduk kampung yg ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yg diajar oleh Pas. Al Fatihah… Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yg dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka2 yg ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yg mati semasa dalam tahanan dan ada yg masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.Jika pemimpin2 Pas pada masa itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yg hanya mementingkan politik dari nyawa ahli2 mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu ‘pelaburan’ berharga yg Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut2nya dikebumikan, ada dikalangan orang2 Pas yg pergi mencurahkan cecair berbau wangi diatas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yg wangi keluar dari kubur mereka yg terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yg berlaku dalam setiap perhimpunan haram yg dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan2 haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak2 pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram diMasjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka didalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk kemasjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang2 mereka yg terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yg orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yg lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yg diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang2 Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia2 selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik diluar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.
PERISTIWA MEMALI YANG PERLU KITA KETAHUI KEADAAN SEBENARNYA.2. Sept. 1984 Sejarah Hitam Dan Permulaan Sejarah Pas Perosak Akidah Dan Perpecahan Umat Islam !Usta
z Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) Bukan Mati Syahid !Kepempinan Pas Nik Aziz Dan Hadi Awang !Telah Membunuhnya Terlebih Dahulu Akal Dan hatinya Telah Dimatikan !Demi Perjuangkan Parti Ajaran Sesat (PAS) Mamali: Semuanya Salah Pemimpin PAS .Dalam satu temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.Pada tahun 1978 – lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 – kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani – Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.Saya meninggalkan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.Peristiwa Memali Berpunca Dari PasBaru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yg memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yg diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai ‘rosak’ setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yg diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yg hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yg ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yg ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas2 ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang2 Pas sepanjang masa. Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu. Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yg menang, ramai lagi pemimpin yg menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang. Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah2 agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang2 kampung yg keluar beramai2.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia diBaling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak2 Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli2 Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang2 kampung yg bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yg di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yg baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yg sama juga penduduk2 kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.Langkah pertama yg diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba2 keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya disekitar kawasan yg dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yg dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak2 yg berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin2 Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.Diringkaskan cerita, setelah seharian ‘peperangan’ antara polis dan penduduk kampung yg ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yg diajar oleh Pas. Al Fatihah… Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yg dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka2 yg ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yg mati semasa dalam tahanan dan ada yg masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.Jika pemimpin2 Pas pada masa itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yg hanya mementingkan politik dari nyawa ahli2 mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu ‘pelaburan’ berharga yg Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut2nya dikebumikan, ada dikalangan orang2 Pas yg pergi mencurahkan cecair berbau wangi diatas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yg wangi keluar dari kubur mereka yg terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yg berlaku dalam setiap perhimpunan haram yg dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan2 haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak2 pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram diMasjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka didalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk kemasjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang2 mereka yg terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yg orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yg lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yg diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang2 Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia2 selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik diluar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan. tahukah anda  apa yang PAS lakukan terhadap  BALU2 dan kubur2 mangsa memali tersebut cuba persoalkan atau acukan soalan tersebut ya.. ahli PAS tegar

Isnin, 26 November 2012

SIAPAKAH BANI JAWI



Bani Jawi
Rahasia Terbesar (Tersembunyi) Bani Jawi (Melayu/Nusantara)

-Siapakah Bani Jawi?
-Apa Misi rahsia Bani Jawi?

Siapakah bani Jawi/Jawa/Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai ilmuwan memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini?

Bani jawi = adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari nusantara/asia tenggara. Jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua kaum keturunan melayu di asia tenggara

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan....

Bangsa Paling Rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan...

'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet mencari bangsa misteri ini, tetapi dia juga
ketinggalan jejak mereka...

...... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?

Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?

Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?

Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?

Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?.

Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

... Rahasia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu. APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?....

.. Bangsa paling rahasia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia....

... Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.....

.....Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.
Bani Jawi
Rahasia Terbesar (Tersembunyi) Bani Jawi (Melayu/Nusantara)

-Siapakah Bani Jawi?
-Apa Misi rahsia Bani Jawi?

Siapakah bani Jawi/Jawa/Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai ilmuwan memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini?

Bani jawi = adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari nusantara/asia tenggara. Jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua kaum keturunan melayu di asia tenggara

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan....

Bangsa Paling Rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan...

'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet mencari bangsa misteri ini, tetapi dia juga
ketinggalan jejak mereka...

...... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?

Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?

Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?

Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?

Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?.

Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

... Rahasia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu. APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?....

.. Bangsa paling rahasia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia....

... Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.....

.....Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.

Jumaat, 23 November 2012

PAS PENIPU


Setiap kali bila ada nya pilihanraya umum mahupun PRK kita tak terlepas dari tomahan parti PAS dan yg terbaru PAS mengatakan UMNO murtad.. kerana tidak melaksanakan hukum hudud.. dan apabila kita tanya balik PAS...
kenapa tidak menjalankan hudud di negeri yang diperintah pembangkang..PAS..memberikan alasan dan fatwa mula dikeluarkan sedangkan mereka katakan takutkan Allah tapi tingkah laku serta jawapannya lebih pada tunduk dengan desakan manusia.. PAS juga mengatakan perlembagaan persekutuan menghalang pelaksanaannya.. dan jawapan mudah ialah mengkafirkan UMNO. 

Namun, PAS cuba selindungi  serta tidak pernah bicarakan, ceramah2 mahupun dalam kuliah kuliah pada pengikut pengikut...apa yang berlaku dalam satu wacana yang melibatkan orang yang bertanggungjawap merangka
 Enekmen Jenayah dan Syariah Kelantan 1993 bersama Timbalan Menteri Besar PAS.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad ,


 "Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.





"Perkara 74,75,76 ada menyatakan hak negeri melaksanakan hukum agama syariah.





PERSOALANNYA...APAKAH PAS MURTAD..KERANA TIDAK BERANI MENGGAZETKAN ENEKMEN JENAYAH DAN SYARIAH KELANTAN 1993 YANG DILULUSKAN DI DUN KELANTAN DAN TELAH DITANDATANGANI OLEH DYMM SULTAN KELANTAN.....





dan sedarlah jika kita campur semua ahli parlimen yang berbangsa Melayu Islam dalam parlimen hanya ada 131/222 ahli parlimen dan dalam apa jua keputusan mestilah mendapat 2/3 sokongan parlimen lihat carta dibawah siapa sebenarnya menjadi ketua pada ketua bagi kerajaan mahupun pembangkang..





                                     kerusi Menang     ISLAM          Jumlah Islam    BKN Islam     TOTAL

              UMNO                       78               78

BN          PBB                          14                10
.             LAIN2 (12 parti)        45                 0                        88                 49            137



              PAS                         23                23
PR          DAP                         29                 0


              Keadilan                  24                 16


.             PSM                        01                 0                         39                 38               77



BEBAS     bebas                     08                 04                        04                 04               04

                                                                                          131                 92              222

siapa yg bersungguh meramaikan org islam dalam kekuasaan negara dan siapa sebenarnya hanya berkata kata sahaja REALITINYA


Rabu, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah


kita akan memasuki tahun baru Islam, yaitu tahun 1434 Hijah. Meskipun banyak dari sebagian kita umat Islam yang memandang ‘biasa-biasa saja’ tahun baru Islam ini namun sesungguhnya saat pergantian tahun baru Islamlah saat yang paling tepat untuk memulai sebuah resolusi baru.
‘Resolusi baru’, seperti itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebagian saudara-saudara kita saat mereka merayakan pergantian tahun baru Masehi. Namun sebenarnya yang tepat untuk memulai resolusi baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam. 
Melihat sekilas jauh ke belakang tentang asal usul dimulainya perhitungan tahun/kalendar Islam (hijrah). Ketika itu khalifah Umar bin Khattab ra. setelah berunding dengan beberapa penasihatnya akhirnya memutuskan untuk menggunakan tahun dimana Rasulullah Saw. berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai awal permulaan perhitungan kalendar Islam. Momentum hijrah Rasulullah Saw. dianggap mewakili ‘era baru’, karena bukan halnya saat itu Rasulullah berhasil meloloskan diri dari kota Mekkah yang sudah tidak kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan Islam sehingga beliau berhasil membangun  mental dan kerohanian bagi umat Islam yang terasa sampai sekarang ini.
Para shalihin mengajarkan kita untuk berdoa ketika menjelang pergantian tahun. Dan dibawah ini adalah doa akhir tahun dan awal tahun yang lafadznya cukup terkenal karena banyak terdapat di buku-buku doa. Manakala disini juga buku amalan kita diangkat dan ditukarkan yg buku yg baru.
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Akhir Tahun Hijrah

doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa’adtani ‘alaihits-tsawaaba fas’alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha’ rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu’min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa ‘alaa fadhlikal-’azhimi wujuudikal-mu’awwali, wa haadza ‘aamun jadidun qad aqbala ilaina nas’alukal ‘ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.