Jumaat, 17 Ogos 2012

SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA

 
SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA!!!


Assalammualaikum,
Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.

Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama karpal singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Asalammualaikum.

Khamis, 16 Ogos 2012

Apa Yang Perlu kita Tahu semasa Tukar Aksesori kereta

1.Sport rim-setiap pemilik kereta menyimpan cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai. sebagai contoh: Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuatAdekah anda tahu ape maksud tulisan kat tayar korang ?
Fahami maklumat tertulis pada sidewall tayar
Sport rim 14 inci atau 15 inci?
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.
2. Air filter kon
- trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kereta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.
Tip2 cara terpantas test pilih quality Air filter:
Arahkan Filter itu ke matahari, tengok dalam air filter tu, ada cahaya tembus atau tidak. kalau tembus, menunjukkan kertas dia tipis sampai tembus cahaya . kalau tidak tembus, ok punya. k&n dan apexi tidak tembus cahaya.... Kalau guna airfilter tak ada brand , cuba bayangkan kalau habuk yang halus masuk, trottle body atau carburator..

Lagi satu Kalau nak pasang airfilter kalau boleh hadap radiator, angin dari luar kena lalu dari radiator baru masuk airfilter. Kalau pakai piping plak halakan jauh di tepi sudut tepi enjin dengan air filter di tutup dengan holder..
3. Silicon Plug wire
-Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk (kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.
Apa yang panas dan apa yang sejuk?
Sebagai contoh NGK BP7 lebih sejuk dari NGK BP5..Nombor Kod NGK BP7 dan NGK BP5 menunjuk perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji plug...lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.

Aspek membezakannya ialah julat haba ditandakan dengan angka seperti 5,6,7 dan 8. Ia berbeza dari antara jenama.Julat haba 7 bagi NGK tidak sama dengan julat haba 7 bagi Denso atau Champion. Untuk jenama Eropah atau Amerika lebih tinggi nombornya bermakna palam pencucuh lebih panas tetapi sebaliknya jenama Jepun lebih tinggi nombor bermakna lebih sejuk!

Tak kira la spark plug tu ada berapa kepala pun, 1, 2, 3 atau 4 ke. . . . .
fungsi nye tetap same, menghasilkan percikan api, dan percikan api yg dihasilkan tetap 1 walaupun kepala nye 4.. . . . tp advantage nye spark plug tahan lama, keberangkalian spark plug
miss percikan api pun kurang. . . . iaitu lebih cekap. . . .
4. Stud bar @ Stabilizing bar
-sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.

4. Muffler Ekzos
-Kalau nak tukar muffler banyak makan modal , banyak yang kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah ...Cuma saiz piping tu yg lagi beza... antara straight pipe & straight flow ni sesuai utk enjin-enjin v-tec ngan mivec je, kalau kat enjin biase tak elok, membazir.. flow ngn straight flow kn ad kelebihan n kelemahan dia... terpulang pada pengguna gak... biasa kedai akan terangkan performance memang rekemen s-flow utk auto, straight flow utk manual tapi agak bising . tapi pakai s-flow mmg senyap skit...

S-flow muffler
KEBAIKAN
  1. -sangat senyap
  2. -point kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah oleh itu sesuai untuk penggunaan harian
KEBURUKAN
  1. -menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing dalam muffler
  2. -menghasilkan back pressure kepade engine lalu mennganggu aliran angin
  3. -kurang kuasa di rpm tinggi
Straight muffler
Kebaikan
  1. -aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing
  2. -point kuasa berada di rpm tinggi oleh itu sesuai untuk digunakan di track
  3. -engine yang lebih responsif dan lebih pick-up
Keburukan
  1. -Bising berbanding S-Flow
  2. -menaikkan fuel consumption
  3. -kurang kuasa di rpm rendah
Cuma kadang kala ramai membuat sangat berlebihan xtreme, modified ekzos muffler Straight piping terus bawah tangki dan ade pulak yang buat dari satu ekzos then pecahkn kepada dua piping ekzos memang kompom tak leh. Tidak dibenarkan samasekali…mendatangkan bunyi amat bising lebih dari 90db juga salah tidak dibenarkan
6. Tinted Cermin
-Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan

Penguasakuasaan peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan ini dikuatkuasakan oleh JPJ melalui Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Peraturan-Peraturan 1991 [P.U. (A) 39/19911, di bawah Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan peraturan ini, tahap ketelusan yang dibenarkan pada kenderaan adalah setakat 70% ketelusan cahaya pada cermin hadapan dan 50% pada cermin belakang. adalah dinasihatkan supaya tidak memasang cermin gelap berbentuk fully tinted film pada kenderaan mereka
Pengguna juga digalak menyemak dan mendapatkan kepastian JPJ atau menrujuk tahap ketelusan cahaya pada kenderaan mereka di PUSPAKOM.
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tips-tips nak buat periksa kereta

Kat sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke destinasi dengan selamat.
1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar
2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin
Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min
3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
4)Pemeriksaan Minyak Power Stering
Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar
6)Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih
Windshield Washer Fluid lagi bagus
7)Periksa Getah wiper
Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
8)Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…
9)Pemeriksaan Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis..Ukur tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa.. Pastikan Bunga tayar tidak botak.. tengok yang bahagian dalam sebab selalunya tak perasan.. lihat gak kat dinding tayar kalau ade benjol tu pun tak elok..
10)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos
adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.
11)Periksa bawah Lantai tempat parking kereta
Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.
12)Pemeriksaan Battery Basah
Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...
13)Pemeriksaan Battery kering
Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..
14)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta
Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.
Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.
Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.
Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.
Temperature gauge-Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda. .
Radiator tersumbat
Hos atau sambungan karat dan bocor
Tutup radiator rosak
Air kurang dan tiada air dalam reservoir (tangki simpanan)

Indicator ABS-cuba perhatikan indicator ABS ni...selepas 3 4saat...dia akan padam..menandakan sistem abs berfungsi...kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning.....
15)Periksa ada tak bawa barang penting dalam kereta Barang seperti Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air atau minyak bila keadaan terdesak.. Pastikan ade Jack tayar beserta spanar bukak tayar. ade lampu picit semasa keadaan kecemasan seperti kereta rosak pada waktu malam untuk suluh bahagian enjin.. Kena ada gak jumper Bateri dan spanar tool box kena standby ade cukup lengkap.. senang bila mana nak gunakannya... juga peti kecemasan (first aid tool kena ade dalam simpanan..)

16) Ingatan pada korang?
Tolong buat kunci Spare simpan dalam dompet atau wallet... manalah tau tetiba kunci hilang atau tertinggal dalam kereta dengan pintu tertutup tak boleh buka... hah ni lah kunci pendua yang boleh kita gunakan... dah banyak dah kejadian dimana pintu kereta sukar dibuka sampai panggil tukang kunci minta tolong buka pintu kereta... itu pun kalau boleh bukak kalau tak bleh camner..
Atas kesempatan ini kami mengucapkan
            Salam Hari Raya Aidulfitri
        Jika semua harta adalah racun maka Zakat adalah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa maka Taubatlah ubatnya
        Jika  seluruh hari adalah nista maka Jumaat adalah penawarnya
jika seluruh bulan adalah noda maka Ramahdan pemutihnya
        Jika seluruh masa merasa keciwa maka Aidulfitri adalah bahgiannya..

Tip2 memandu kereta dalam hujan...

Bila jarak penglihatan kita hanya sekadar 50 meter kebawah.. (hujan atau kabus tebal) seelok2nya memperlahankan kenderaan... memandu dengan berhati-hati ikuti beberapa tip-tip panduan seperti dibawah ni
1. Jangan memandu kalau anda tidak cekap memandu dalam keadaan hujan. Bahaya untuk diri sendiri dan orang lain.Tangguhkan perjalanan kalau boleh. Kalau terpaksa jugak, pastikan anda dan kenderaan anda bersedia untuk menempuh cuaca hujan tu. PastikanPengelap (wiper), aircon, deforger, hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu brake kenderaan mestilah berfungsi dengan baik. Lampu brek utama dan ketiga adalah amat penting ketika hujan.hendaklah berfungsi dengan baik. Ini bagi membolehkan pengguna di belakang kenderaan anda dapat mengenalpasti sesuatu keadaan ketika pemanduan anda.
2. Nyalakan lampu kabus. Jika perlu nyalakan lampu utama. Jangan mengada-ngada nak nyalakan LAMPU KECEMASAN. Nanti orang ingat kereta tu tengah sedap berhenti kat tepi jalan.
Pasang Lampu Hujan
Bila time hujan, menyebabkan penglihatan agak terhad...tak boleh nampak dalam jarak yang jauh....jadi WAJIB lah pasang lampu, bukan semata-mata untuk pemandu tu sendiri nampak jalan...tapi nak bagi pemandu lain nampak kereta kamu!! Sebenarnya kereta yang pasang lampu tu nampak blurrr je dari jauh...lepas tu bila eksiden salahkan orang lain...So kalau taknak terjadinya eksiden PASANGlah LAMPU ketika hujan!!! tak rugi apa pun kan pasang lampu tu...tak luak pun bateri kereta korang tu oke!! tau tak bahaya kalau kite tak pasang lampu bile hujan?lagi-lagi kalau kereta kite kaler sama macam kaler jalan tu..contohnya kereta colour silver la..
Lampu kecemasan (hazard light)
Ia digunakan ketika kenderaan berhenti untuk kecemasan. , bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan.Pada aku sangat bahaya sebab kalu kereta tu nak membelok kiri, kanan atau nak tukar lorong...orang lain tak tau...sebab dah dua-dua signal dipasang kan..kalau nak nyalakan hazard light semasa hujan lebat berhenti dulu kat tepi jalan lepas tu buka hazard light.. hazard light mungkin masih diperlukan.. untuk memberitahu pemandu dibelakang.. bahawa.. menjarakkan kenderaan mereka dari belakang kita..sebab kereta kat depan ada masalah (sebagai tanda isyarat kat kenderaan belakang yang kereta kita nak berhenti ) macam eksident atau air limpah jalan...
3. Jangan memandu terlalu perlahan atau laju. Rileklah dengan 'throttle' tu. Kurangkan penggunaan brek sebab jalan licin dan brek selalunya tak membantu sangat. Gunakan gear rendah lagi bagus.
4. Ingat kata-kata hikmat aku ni.. "MENGEKORI KENDERAAN LAIN ADALAH AMAT BERBAHAYA..! Hadkan jarak antara kenderaan di hadapan. Ikut lampu belakang kenderaan di hadapan kalau penglihatan terhad. Jangan ikut terlalu dekat sebab nanti tak sempat nak brek, tercium pulak belakang kenderaan kat depan tu.
5. Lagi bagus kalau pakai cermin mata khas untuk memandu dan bukan 'sunglass'. Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa berkabus atau hujan kerana warna merah dan oren lebih jelas kelihatan. Tak percaya, pegi kedai pastu cuba pakai cermin mata warna amber.kalau hujan waktu siang hari, pemakaian cermin mata berwarna amber dapat membantu penglihatan anda ketika memandu di hujan lebat. Banyak kali dah cuba,banyak membantu dalam meningkatkan kualiti penglihatan anda melalui pemakaian cermin mata amber.tapi kalau waktu malam jangan lerrr pakai yerrr..kompem tak jelas nampak.
Tip2 Penunggang Motorsikal dalam hujan.....Kekadang walaupun hujan, masa tak membenarkan kita berhenti. Kalau terpaksa jalan jugak, yang susahnya pemandangan jadi masalah. Jalan tak berapa nampak, line putih hampir hilang kerana tertutup air hujan. Jadi sebagai peringatan ambil langkah-langkah tersebut..

1. Jangan suka membrake kan motorsikal anda dalam keadaan mengejut..kalau boleh elakkan selalu guna brek belakang.kerana bila brake boleh mengakibatkat motorsikal membuang kebelakang......pakai brek depan je......2. Pasang lampu bagi motor yang bukan auto pasang...kalau tak pemandu lain seperti kereta dan lori tak nampak kamu nanti...3. Pakai jaket tebal skit kalau takde baju hujan.....elakkan tubuh terlampau sejuk....nanti response tubuh jadi slow kalau ada apa2 berlaku....4. Jangan le bawak lelaju sangat....tayar kurang mencengkam kalau jalan basah....walaupun brek power dengan brek disk besar gedabak depan belakang....pun tak guna juga......Tolong jarakkan motorsikal anda dari belakang kenderaan lain..perhatikan Lampu belakang kereta atau kenderaan lain jadikan guide. Jadi kita tidak lah ikut brake motor secara mengejut...especially kalau jalan tu kita tak biasa. kalau ada lopak air, kereta depan tu langgar dulu, kita dah boleh ready. Kalau kita yang depan, termasuk lopak air dulu, jadi boleh buat langkah berjaga-jaga !
5. Pakai helmet yang ada visor.....warna jernih......untuk mengelakkan mata kita terganggu dek hujan, angin dan suasana yang kurang jelas......
Visor helmet full face pulak senang jadi berkuap, lagi problem.So langkah defensive pertama, off course lah tak leh laju-laju macam biasa. Kedua, cari benda ( biasanya kertas ) aku selit kat visor helmet tu biar dia tak tertutup habis. Angin boleh masuk sikit, jadi wap hilang. Kalau tak, visor berkuap, kalau penunggang motor tu spek mata pun berkuap sekali. Bukan lagi rabun tapi kabus tak nampak akibat wap
6. Kalau brenti bawah jambatan kat highway tu.....seelok-eloknya duduk kat luar highway.....biarkan je motor tu parking tepi jalan.....dah banyak kes motor kena langgar dek lori masa berteduh bawah jambatan.banyak nyawa melayang.dah tau masa hujan, jalan basah, lori banyak......BAHAYA......
Selalu dok perati ramai rider yg tumpang berteduh bwh flyover.... adalah dinasihatkan bleh berteduh tapi jangan la bertenggek atas motor ... kadang tu sampai masuk lane kereta.. ini adalah merbahaya kerana kadang-kadang lori yang besar besar bukan nampak sangat yang tepi tepi jalan tu tambah hujan lagi.. so klu nak bertedung park moto then dudok jauh dari jalan... silap hari bulan akibat nak bertedung kena lenyek ngan lori.. sebab ade kes dah dulu akibat berteduh dari hujan..
Adengan yang tak mau dilihat...
Keselamatan jalanraya bergantung pada anda. Jangan buat kerja gilerr.. Pastikan anda sentiasa melindungi nyawa anda dan orang lain di samping menyelamatkan duit poket anda dan orang lain.

Tip basuh seat & carpet kereta


Pertanyaan yang diajukan
papamama: salam.Bro minta tolong bleh? saya pakai wira sedan. masih setia menggunakan seat standard, Kusyen kete dah berpeta-peta macam2 benda dah tumpah kat kusyen tu.Saya ada anak kecik and kitaorg selalu jalan jauh. Ada la satu hari, anak saya tido pastu bila bangun, pampers dia penuh sampai air kencing tu meleleh sampai kena seat kereta.mcm tule klu ada anak kecik. so.macamana nak cuci seat tu jadi bersih macam asal, takde la nampak copok2..klu nak anta tempat cuci mahal..
Kalau aku rajin nak basuh sekali Carpet kete.Dah bau hapak rasanya.ingat nak wat sendiri je boring2 dok umah. apa cara yg betul & terbaik untuk bersihkan kusyen & carpet tu.Bahan apa nak guna & Teknik apa nak pakai sehingga boleh kembali seperti asal atau hampir seperti asal? Kalau kedai cuci kereta dorang caj berapa untuk cuci kusyen kereta?Perlu pakai mesin khas ke?
Jawapan kami..
Thanks bertanya dengan panjang lebar.. Macamner nak jawab ni..Pasal aku ni bukan tukang cuci seat dan tak bukak kedai cuci seat pun . Cuma ade sedikit info tak taulah kalau ianya berguna atau tak..
Kalau Cuci Seat Hantar CarWash..Kalau nak hantar ke kedai yang bersihkan seat selalu memang harga mahal .Tapi kena tanya dia..cuci pakai apa... takat pakai vacuum... pastu pakai cleaner je lap... baik tak payah... buat sendiri pon boleh.
Kalau kedai tu pakai steam extractor.... baru layan... memang confirm bersih.... bila dia extract dari seat tu...benda ni sedut kotoran yang melekat pada seat. air dalam cleaner tu makin lama makin kurang... pasal dia cuci seat tu.... haa,yang tu ok.. biasanya normal carwash takkan bukak seat tu.. dia basuh ngn chemical.. dia basahkan kain dengan chemical tu pastu kalau kotoran tu degil sental pakai berus.. lepas dah tu, dia akan tembak angin dan vacuum kusyen tu kasik kering..
Biasa klu hanta Carwash yang bebetul ada cucian seat kereta ni pakai steam extractor..yang ni memang macam bersih macam baru...sebab die bersihkan dan steam betul-betul pastu jemur kasi kering kaw-kaw punyer..Lama jugak nak tunggu siap, Dua tiga hari lah baru siap.Kalau pakai steam extractor ni aku tanye Carwash tempat aku selalu dia ambik upah Rm120-rm150 cam tu la..depan & blakang... tempat lain tak tau ler..
Kalau kereta lama, bau hapak mungkin datang dari kekotoran pada kusyen dan carpet dalam kereta tu. Cubalah "steam clean"bau kurang menyenangkan akan hilang.

Jenis2 Cleaner Seat kereta..
Erm,Kalau pasal nak cuci kete sendiri..Sekarang ni ada macam macam product stain remover untuk bersihkan Seat atau carpet tu... tapi saya tak tau nak recommend brand apa... pasal tak pernah try... setakat ni brand yang saya percaya Meguiars atau Autoglym.. but kalau tak ader cari ajer macam kat bawah ni..
Brand yang selalu jual kat pasaraya macam Meguiars, AutoGlym, Waxco dan Simple green
Dulu ada AMWAY ada kluarkan Magic Foam tapi sekarang ni AMWAY tak jual lagi benda tapi ada yang lain boleh cuci nama ia SA8. yang ni pun ok gak.
Kalau dah tak ade sangat susah nak cari ... guna aje Vanish Oxi, Jhonson Diversey atau Stain Devils ... boleh jugak kan... dari tak ader..
Tip2 membersihkan Seat kusyen kereta sendiri ..Buka kerusi dari tempatnya dan basahkan kusyen .Lumurkan sabun atau Spray all purpose cleaner pada bahagian yang ingin di bersihkan secukup rasa .Biarkan selama beberapa minit (20 Minit) Berus kan kesemua bahagian sehingga tanggal segala kekotorannya Tonyoh sikit sama ada dengan berus pastikan berus ni lembut je, kasar nanti rosak seat. Jirus air sehingga bersih
Lap kan dengan kain.. sepuas hati.Rendam kain dalam baldi dan perah betul betul.Ulangi langkah langkah di atas. Akhiri langkah dengan lap sit dengan kain yang betul betul kering
Jemurkan kusyen tersebut sehingga kering di bawah matahari terik selama 2 hari .Selepas kering pasangkan semula. (Tanda-tanda kering pastikan tiada air di bhg bawah seat (spongenye kering)
Jenis2 Carpet Foam
Yang ni Dry foam untuk cucian carpet... cuma carpet aje kan tak kisah lah korang nak gunakan jenis apakan... Nak guna sabun basuh baju pun boleh..Tip2 membersihkan Carpet kereta sendiri ..Kalau korang rajin nak basuh carpet sekali ni .. dah alang-alang bukak seat kereta.. basuh ler Carpet sekali...
Tanggalkan carpet dari tempatnya . Tepuk tepuk ngan kayu untuk buang pasir yang melekat.. Basahkan carpet dengan . Lumurkan Carpet foam tak kisah apa jenis pun . biar seketika foam tu meresap ..
Berus kan kesemua bahagian sehingga tanggal segala kekotorannya. Berus SABUT atau berus plastik. Jirus air sehingga bersih .kalau nak cepat kering lap pakai kain buruk.. Pastu
Jemurkan carpet tersebut sehingga kering bila sudah kering pasangkan semula.Kalau tak bebetul kering nanti bau hapak pulak...

Bila Baby terkencing atas kusyen kereta..
Perlu di ingat sekiranya kita ada baby kecil.. pastu tetiba pampers dia penuh sampai air kencing tu meleleh sampai kena seat kereta..itu dah di kira terkena najis mutawassitah.. perlu dibersihkan.. Sekiranya kusyen kereta yang terkena najis itu bersifat kulit atau plastik, mungkin perkara itu mudah untuk dibersihkan. Namun sekiranya kusyen yang dimaksudkan ini, kusyen yang menyerap air kencing itu, ia mungkin agak sukar untuk menghilangkan najis itu,
Jika ada alat vacum bolehlah menyedut air najis itu bagi menghilangkannya, Tetapi sekiranya tidak ada, maka dicadangkan mengambil beberapa helai kain kering yang menyerap dan lapkan pada permukaan itu. Selepas menggunakan satu kain, tukar kain yang lain dan lakukannya lagi sehingga air najis itu dapat dihilangkan sedaya mungkin. Kemudian, ambil air sekadar secawan, dan curahkan pada tempat terkena air kencing itu dan lapkannya lagi.
Dengan ini, ia dapat menghindari daripada merosakkan kusyen berkenaan. Lakukanlah sedaya yang termampu kerana Allah SWT tidak membebankan hamba-Nya melainkan sekadar apa yang termampu olehnya.