Isnin, 27 Februari 2012

11 jenis manusia didoa Malaikat



Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa untuk makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. 

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’” (Sahih Muslim no. 469)

2. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

3. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

4. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

5. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

6. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

7. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

8. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

9. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

10. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

11. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersama nya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.  Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Rabu, 8 Februari 2012

bila anak2 sekolah dah ade HP

 
Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan.

Barulah si ayah sedar yang anaknya lupa membawa henfon ke sekolah.
Ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg tak bernama.

Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.
" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu-tungu sayang datang tau.
Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu.
Sangat besttt !
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby...
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa XXXXX... ' '
Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..


'Cuba kau tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni! '


Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya...


Dan  hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus menerpa anaknya.



Ayah : kau nak ke mana malam ni?

Anak : kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat


Ayah : apa maksud sms ni?  ayah membentak.

 
Anak : lar... Ni kan sim kad ayah... Henfon ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri
  tukarkan simcard ayah dalam henfon ni sebab nak tunggu sms penting ' ~ jawab si anak selamber ~
Si ayah terus lari apabila dikejar oleh si Ibu.