Ahad, 16 Disember 2012

RAFIZI DIMAKI AZMIN ALI


"Budak bodoh", mungkin itu yang ada dalam hari Azmin Ali, timbalan presiden PKR sekarang terhadap pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.Akibat dari pendedahan Rafizi yang kononnya anak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dikatakan menggunakan kenderaan mewah jenis Hammer yang dikatakan milik ahli perniagaan Michael Chia.
Hubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.
Rafizi yang baru baru ini didakwa dengan akta Bafia kerana mendedahkan akaun syarikat milik NFC Corp mungkin terlupa dengan pemilikan sebuah kereta sport jenis Ferrari yang dimilik oleh Azmin Ali (seperti dalam gambar).
Dari mana pula Azmin Ali dapat duit untuk memiliki kereta mewah berprestasi tinggi yang berharga lebih dari setengah juta ringgit dan tidak mungkin Azmin hanya memiliki sebuah kenderaan mewah sahaja.
Adakah itu hasil dari simpanan Azmin sejak dari kecil?
Rafizi mungkin sengaja membawa isu anak Datuk Seri Nazri Aziz untuk memberi gambaran serta pendedahan kenderaan yang dimiliki oleh Azmin kerana kita semua tahu, Azmin kini disebut sebut sebagai calon Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memenangi negeri Selangor pada PRU13 nanti.
Ibarat kata pepatah pukul anak sindir menantu, itu adalah strategi yang dilakukan oleh Rafizi.
Secara jelasnya, Rafizi memang berniat untuk membuka pekung Azmin tapi dengan membiarkan orang lain yang melakukannya, cara mudah untuk membuka kisah ini, Rafizi mengadakan cerita bahawa anak Datuk Seri Nazri menggunakan kereta mewah dan sudah pastilah nanti akan ada orang yang membuka cerita dan bukti bahawa Azmin juga memiliki kenderaan mewah ini.
Tahniah Rafizi kerana berjaya membuka mata rakyat dan memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui siapa Azmin yang sebenarnya. Serampang dua mata yang digunakan oleh Rafizi amat berkesan sekali, memang patut beliau di letakkkan sebagai pengarah strategi PKR kerana strategi beliau untuk menjatuhkan Azmin akan berjaya tak lama lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan