Sabtu, 8 September 2012

kuasa pilihan ditangan anda..


Tahu kah kita apa yg telah dijanjikan oleh para-para pemimpin 2008 yang lalu...
maka sebelum tarikh keramat 3hb mac 2008 di pelusuk negara kecuali serawak.. bergegar-gegarlah pentas-pentas, belakang2 lori dan depan dan  belakang rumah malah dikedai-kedai kopi media masa mahupun elektronik dan media maya hangat diperkatakan tentang menisfetor atau janji-janji yang menakjubkan ini.

Maka di beritakan hari demi hari minit demi minit dan setiap ronga saat yang ada tentang kepastian janji-janji tersebut yang memungkinkan semuanya akan dilaksanakan malam ada yang selepas 24jam ianya berkuasa sehingga lah kita termakan dengan janji-janji dari menisfetor tersebut ditambah dengan keadaan selesa dan mensabotaj calon parti menjadi agenda yang tidak dipilih bagi sesuatu jawatan da utama bagi ketua-ketua kawasan dari sebuah parti dominan , seterusnya tanpa memikirkan dengan waras..  kita tempatkan mereka dengan kuasa yang kita ada pada hari mengundi

Sebenarnya pilihan dan kuasa itu berada mutlak ditangan kita (bagi mereka yang mendaftar mengundi la). sekarang sudah mula ura-ura kedengaran tentang  pilihanraya umum yg baru (KE -13) dan sudah tentu kita akan dijanjikan dengan janji-janji yang baru.. yang rasanya lebih menarik dan lebih memeranjatkan.. maka adakah mereka terlupa atau melupakan terus janji-janji lama ( bak Kata MB selangor Menesfistor pilihanraya bukan satu janji).. atau adakah kita selesa hanya dengan janji-janji baru yang umpama memberi bulan dan bintang.. ataupun kita lebih selesa bersifat tengok tanpa sesekali menoleh kebelakang atau mungkin nak beri peluang atau disebab jawatan yang kita sandang..

Setelah sekali mencuba dan diberi peluang maka gunakan lah dengan sebaik-baiknya mungkin apa yang diperkatakan serta yang mereka memperedagangP dulu
tetapi sudah diberi peluang bukan lebih baik atau menyamai malah lebih mengelirukan dan alasan demi alasan dilemparkan termasuklah menyalahkan pemerintah yang terdahulu.. Malah lebih banyak salahlaku dalam pentabiran dalam sedar tidak sedar kita hari ini. Mungkin ini baru term pertama mana sama dengan yg dah 50 tahun tapi ditingalkan bukan negeri2 tersebut dalam keadaan daif miskin mahupun papa kedana sebagaimana MAK SALEH tingalkan dulu

Maka bila berjanji pasti ada golongan  serta orang yang disasarkan yang benar-benar memerlukan janji2 tersebut dan selalunya perlulah dikaji seledik apa yang patut dijanjikan untuk kita bukan untuk jadi popular atau meminta simpati, bagi aku ianya tak jejas apa2 pun.. apa pun janji mesti tunaikan kalau tak mampu kita kata kita tak mampu dan minta maaf atau menarik diri rasa itu ada lah lebih baik..

Sebab negara ini bukan untuk kita saja, ianya telah dipinjamkan kita dari generasi akan datang
maka pulanglah dengan baik malah lebih baik sebagaimana ianya dipulangkan kepada kita oleh atuk dan moyang kita... maka sayangilah negara ini kerna tiadalah tempat lain untuk dicurahkan bakti serta keringat selain negara inilah - negaramu negaraku jua -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan