Jumaat, 14 September 2012

Cara Atasi masalah aircond, bateri dan enjin

_______________________________
Masalah Aircond Tak Sejuk
_______________________________
Apa yang perlu dibuat.. First...Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih-buih itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..

Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircond kat tapak tangan..
  • Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.kalau Kompressor korang dah rosak, ada licking perlu diganti. Selalunya piping aircond ni sangat -sangat sensitif .. bocor sikit aje pon dah .... tak sedap..
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.
_______________________________
Kereta Sekejap Hidup dan Sekejap Mati
_______________________________
a) Masalah distributor
  • Korang kena check distributor pada enjin, kadang-kadang api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi tak hidup gak sebab motor dalam distributeo tak dapat hasilkan elektrik ke plug.. Kalau korang nak tukar, korang kena beli satu set distributor sebijik .. Boleh cari di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak

kemungkinan bocor pam, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan.. kadang tu fuel filter dah lama tak tukar tu kemungkinan jugak tersumbat..yang ni pun kena tukar gak..
c) Masalah Suis Ignition
  • Suis ignition starter boleh jadi jugak. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air atau memang dah nak rosak. So kena diganti juga..
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk-sengguk di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kena buang semua yang tidak digunakan ye.
e) Masalah Computer Box
  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh pokai poket korang..nak kena mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik- sebijik. Aku sarankan korang tukar sebiji-sebiji lagi puas hati. Kalau korang nak hanta repair pun..harga lebih kurang sama mahalnya.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak. asyik mati tengah jalan aje..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.
_______________________________
Masalah Bateri Kereta Selalu Kong..
_______________________________
Penjagaan Bateri Sel Basah
perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik, seeloknya seminggu sekali cheking balik air bateri (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam)
Periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang..
Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lagi bagus...jika warna hitam di tengah-tengah...dan putih di bahagian tepi indicator tuh maksud dia charging...so kene charge la.... merah or putih sahaja...bateri sudah kong ..tu kena ganti baru..
  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
  • Check air bateri, kadang-kadang air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi dan plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas
Masalah Alternator
· Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun stil sama. mesti altenetor rosak tak boleh cas bateri..Korang kena tukar baru atau recond. Kalau cari kat kedai potong pon boleh.
Suis
  • Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di padam. Kadang-kadang jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila korang tak sedar yang korang tak tutup suis, secara tak disedari kereta korang akan makan bateri dengan cepat .
Aksesori
· Penggunaan seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel-chanel, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat kong. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balancekan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pergi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macam mana.
Peningnya bila kereta banyak rosak..

Masalah itu tak kan hilang selagi kita tak bijak untuk menanganinya..jadi terpulang ..Yang pastinya kena buat satu- satu dulu..

9 ulasan:

  1. kereta saya wira 1.3 manual masalah gear box ada pomen kata kena tukar, gear box,ada pula yang kata bearing dia,Bila bawa masuk gear 3,4 dan 5 akan keluar bunyi bising,boleh bawa dan tak ada masalah cuma bunyi bising saja,dn gear pun tak tendang balik.Tolong beritahu saya apa masalahnya.

    BalasPadam
  2. kereta wira saya 1.3 tahun 2001 pagi2 senang hidup cuma bila jalan engin dah panas lepas tu pasang aircon keta selalu mati terutama masa membrek dan bahaya sekali waktu selekoh engin mati streng mesti jadi berat dan brek x makan..sebab apa yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin tali miter kereta anda putus cuba di periksa,,

      Padam
  3. Kereta saya Wira 1,5 injexen VDO mengalami masalah, lampu kuning dalam ruang miter selalu menyala dan inginnya tak mau mati walaupun anak kuncinya sudah di cabut, telah bermacam 2 barang yang sudah saya ganti , oleh kerana itu bagi siapa yang simpati saya muhon bantuan petunjuknya,,

    BalasPadam
  4. kereta sy wira auto .mengalami masalah , bila tngah drive enjin macam meraung minta gear padahal auto . nak kene tekan pedal minyak slow-2 baru hilang meraung tu and boleh jalan semula . perkara ni berulang banyak kali . kereta boleh jalan mcam biasa . ayah sy cakap maybe gearbox rosak , and member sy ckap throttle body . ermm taktahu laa.

    BalasPadam
  5. masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

    BalasPadam
  6. Kereta waja sy, bila suis berada di standby nak hidup, bebunyi di dashboard penumpang sebelah depan. Bila enjin hidup pown sama. Baru kelmarin check. Bateri kong.

    BalasPadam
  7. As'salam pagi tuan. Sy amin dr sabah. Masalah kereta start banyak kali tidak hidup2 jugak tuan. Minyak ada tapi start banyak kali pown tidak hidup juga. Myvi 1.3. Bole terangkan punca dan masalahnya. Terima kasih tuan

    BalasPadam