SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA
SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA!!!
Assalammualaikum,
Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan
Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga
keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.
Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua
ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun
surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa
gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno
bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi,
membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.
Saya juga
amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan
perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya
tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di
Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi
ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.
Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan
merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk
pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya
mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah
hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.
Banyak perkara
susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku
ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah
melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda
parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan
isteri serta beberapa kawan.
Namun tiada perkara yag boleh
menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku
sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan
kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya
mengambil tindakan untuk berubah.
Pertamanya bila saya melihat
nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang
disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.
Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat
pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya
mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr
Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.
Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia
berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan
memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik
kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu
nanti.
Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,
yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya
di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama
karpal singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela
insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan
jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan
hudud.
Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang
telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi
pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan
kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah?
Tak terjawab saya.
Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang
berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran
perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama
tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya
semakin bercelaru.
Terkini saya mengikuti rapat perkembangan
mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya
ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti
jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan
terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka
untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan
hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik
dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.
Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat
meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat
memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya
peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya
percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas
memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.
Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa
agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar
tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Asalammualaikum.
adakah anda keliru dgn keputusan majlis syura ulama? istiqamah dlm perjuangan bagi pendapat sy sgt pntg kerna perjuangan ini dipandu oleh ulama-ulama yang terbilang.
BalasPadammajlis syura tak bincang pun kes dia kata presiden pas.. punca??
BalasPadam