Selasa, 14 Jun 2011

PDRM dan TELOR AYAM

Polis atau mata-mata satu perkataan yang boleh membawa seribu erti.. dulu masa aku kecik2 orang tua aku selalu momokan aku supaya tidak melakukan sesuatu atau padahnya aku ditangkap polis.. termasuklah kalau balik lewat, main guli sampai ke magrib dan akhirnya aku menjadi fobia bila berhadapan dengan POLIS. termasuklah sekarang ni di momok2 oleh pihak pembangkang dengan rasuahnya, salah guna kuasanya.. dan pelbagai lagi yang hanya untuk menimbulkan kebencian yang meruap2 kepada salah satu badan berunifom ini. malah lebih daksyat lagi bila diberi gelaran2 yang kini menjadi ikutan sehingga budak yg serendah umur 7 tahun tanpa segan silu memaki hamun kadang kala ianya amat mengaibkan bukan saja perasaan ampunya diri malah orang sekeliling yang mendengarnya. Tidakah terlintas dihati nurani sedetik jasa yang pernah dilontarkan mahupun pada diri atau penduduk setempat berkenaan atau negara.

Lupakah kita kisah BUKIT KEPONG. yang berjaga dan memastikan kita tidur lena..paling tidak pun bagi yang tinggal di kota2 mereka lah penyurai kesesakan mahupun menjadi lampu isyarat pabila keadaan kederaan sudah tidak terkawal pabila waktu2 pergi dan balik kerja. bagi peminat bola sepak tanah air mereka jugalah bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan dengan baik. Walaupun hujan, panas membahang mereka tetap melaksanakan tugas tanpa menagih ikhsan dari kita sekelilingnya. dan pasti jika hendak dihuraikan pasti sehingga habis dari muka ke muka untuk diceritarakan kebaikan dan manafaat yang kita kecap dari pengorbanan 
 angota berunifom biru gelap mahupun  putih berjalur ni dalam jasa yang dicurahkan.
Pernahkah kita ucapkan terima kasih atau meraikan mereka. Sehingga masa kita balik raya mereka terpaksa bertugas dan adakalanya cuti dibekukan.
Kini dialaf baru aku cuba mengubah persepsi aku tentang pandangan aku dan keluarga aku tentang POLIS antaranya aku memperbanyakan mengenang jasa2 yang dibuat oleh mereka dan kadang kala aku sediakan air kotak dan roti jem didalam kereta aku semata mata untuk si mata-mata yg bertugas ini. Anak-anak aku pula aku kenalkan mereka sebagai sahabat sebagai kawan sebagai rakan dan juga menjadi tempat mengadu dalam susah  atau senang.
Mana mungkin aku nak ubah pandangan atau persepsi semua orang tentang mereka cuma aku nak kamu semua berfikiran rasional pasti ada beras yang buruk dalam seguni beras dan jangan dibuang susu sebelanga kerana nila yang setitik dan sudah tentu sebagai manusia kita tak lari dari membuat kesalahan.. jadi buang yang keruh ambil yang jernih

Pesanan dari PDRM
Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt.Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan.
- Polis DiRaja Malaysia
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan