Isnin, 20 Jun 2011

BERSIH, BERSIH o...... BERSIH

Rakyat Perlu Tahu Ketua Perhimpunan Bersih Adalah Penyokong Kuat “Murtad

Orang ramai perlu menyedari ahawa perhimpunan haram Bersih 2 yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai nanti, diketuai oleh individu yang memperjuangkan beberapa isu kontroversi seperti kes murtad dan suruhanjaya antara agama di negara ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata latar belakang pemimpin Bersih 2 sudah cukup untuk dijadikan bukti bahawa penganjur perhimpunan itu di kalangan mereka sememangnya melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian walaupun yang boleh menimbulkan kontroversi.


“Apa yang saya difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan sisu-isu kontroversi.
“Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

“Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, Wanita UMNO menentang usaha yang ingin dilakukan kumpulan terbabit dan meminta pihak berkuasa bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan haram di negara ini.

“Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

“Kita ada cara untuk kita menyelesaikan sebarang masalah, bukannya membuat seperti apa yang mereka ingin lakukan itu, lagi masalah lain yang akan timbul jika perkara sebegitu dibiarkan dan boleh menjejaskan nama baik negara ini di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Hamidah berkata, rakyat negara ini perlu mengimbau kembali kepada perhimpunan haram Bersih 1 serta beberapa demontrasi jalanan sebelum ini yang banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada negara.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan apa jua alasan yang diberikan oleh kumpulan terbabit untuk mengadakan demonstrasi jalanan negara itu kerana apa yang berlaku itu sebenarnya lebih kepada motif politik dan usaha mengelirukan pemikiran rakyat.dan hak anda sebagai rakyat yang tak mahu demontrasi bersangkutan tentang perkara 10 pelembagaan. anda bolih menuntuk hak agar himpunan ini ditukarkan kestadium buka dijalan raya di tengah bandar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan