Isnin, 21 Mac 2011

Daripada RM67 Juta Kini Defisit RM7.41 Juta

Laporan audit dalaman Yayasan Selangor yang dikeluarkan beberapa hari lepas menunjukkan yayasan berkenaan kini mengalami defisit sebanyak RM 7.41 juta.
Satu perkara yang mengejutkan. Sewaktu berlaku pertukaran kerajaan dari BN kepada PKR pada tahun 2008 YS mempunyai wang sebanyak RM 67 juta.
Dalam tempoh tidak sampai 3 tahun pentadbiran YS diambil alih oleh PKR wang RM 67 juta lesap dan YS berhutang pula RM 7.41 juta. Itulah kehebatan pentadbiran seorang tokoh koporat yang dijulang oleh PKR sebagai orang yang hebat.
Isu YS sebenarnya amat rapat dengan Selangor Daily. Kami adalah pemain utama yang mendedahkan penyelewengan dan kepincangan dalam YS pada bulan November tahun lepas.
Apa yang kami dedahkan dulu kini satu persatu dimasukkan ke dalam laporan audit berkenaan.
Antara pendedahan yang kami lakukan,
Kami di Selangor Daily belum lagi mendapat laporan penuh audit berkenaan daripada agen-agen kami di YS kerana kata mereka ‘line tak clear’ . Laporan berkenaan akan sampai kepada kami sedikit masa lagi.
Bagaimanapun laporan-laporan yang disiarkan oleh beberapa media serta portal menunjukkan ada persamaan dengan apa yang pernah kami dedahkan dulu. Anda boleh melihatnya di sini ,  di sini dan di sini.
Itulah buktinya kami di Selangor Daily tidak membuat pendedahan membuta tuli tanpa fakta dan bukti yang kukuh.
Laporan audit telah dikeluarkan, sahih dan nyata telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam YS. Timbalan Pengurus Besar telah dipecat, bagaimana pula dengan pengurus besar ? Adakah beliau perlu terus berada di sana kerana beliau kroni MB Selangor ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan