Jumaat, 18 Februari 2011

salahkan kera yg disusu..

oleh Pemuda PAS PJS
“Jika Melayu tidak bersama Umno, mereka akan bersama PAS, iaitu masih kekal di tangan orang Melayu,” cara BTN memberikan indoktrinasi kepada para pelajar kononnya jika Melayu tidak bersatu di bawah Umno, kuasa Melayu akan hilang adalah tidak benar dengan... kerusi Melayu sebanyak 112 dari 222 kerusi semuanya, tidak ada sebab untuk kuasa Melayu di negara ini hilang kecuali Umno sebagai pihak yang berkuasa sekarang terus mengecilkan kerusi orang Melayu sebagaimana yang dibuatnya pada tahun 2003. Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003, kerajaan yang dikuasai Umno tidak menambah sebarang kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis iaitu negeri-negeri yang ramai orang Melayu. Padahal negeri-negeri lain telah mendapat penambahan kerusi Parlimen yang sangat ketara. “Apabila saya, ketika itu mewakili PAS yang memimpin kerajaan negeri Terengganu, berbincang dengan SPR, mereka kata akan menambahkan sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen untuk Terengganu. “Tetapi apabila ia dibentangkan di Parlimen, tidak ada satu pun kerusi Parlimen ditambah di empat negeri orang Melayu tersebut. “Alasannya Umno bimbang kalau-kalau kerusi-kerusi itu dimenangi oleh PAS, ia akan merugikan Umno. Ini semua berlaku kerana Umno berfikir dari segi kepentingan politiknya semata-mata (bukan Melayu sebagaimana yang dikatakannya),” kata Mustafa. Tun Mahathir paling berani Beliau bersetuju, antara pemimpin yang paling berani di negara ini adalah Tun Dr Mahathir, namun bagi beliau Mahathir berani tidak bertempat. “Kalau orang tanya saya, siapa PM yang paling berani mengkritik Amerika, barat, Israel dan lain-lain pihak, saya akan katakan Tun Dr Mahathir,” kata Mustafa dengan diiringi tepukan gemuruh para hadhirin kerana pemberi ucap utama di konvensyen itu adalah Mahathir. “Namun,” kata Mustafa, “Mahathir berani tidak bertempat. Pada tahun 1999, apabila PAS menang di Terengganu, dia bersama dengan Tun Daim selaku Menteri Kewangan telah merampas hak royalti rakyat Terengganu dari negeri itu. “Dia berani langgar semua prinsip keadilan, perjanjian dengan Petronas bahkan prinsip demokrasi…ini perlu diperbetulkan semula (kalau mahu bercakap tentang Melayu),” kata Mustafa dengan diikuti bunyi bising di belakang membantah kenyataan Mustafa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan