Selasa, 14 Disember 2010

PENGAJARAN HIJRAH

Menyambut Hijrah mengingatkan kita kepada hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
 
Hijrah adalah strategi : sebelum Hijrah, Rasulullah SAW;
·        Memantapkan aqidah umat Islam
·        Membina kekuatan ukhuwah
·        Membina kekuatan kesatuan
·        Membentuk kekuatan senjata dan jihad
 
Hijrah adalah peristiwa agung; membezakan muslim dari kafir, pada negaranya, pada aqidahnya dan pada akhlaknya.
 
Hijrah menghasilkan kebanggaan muslim terhadap agama dan syahsianya.
 
Allah SWT menjadikan Hijrah sebagai dasar untuk memuliakan agama Islam, membantu hamba dan RasulNya, menzahirkan keistimewaan Muhajirin dan Ansar.
 
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW menjadikan Hijrah sebagai permulaan tarikh mereka, lalu mereka menjadikan sebagai kalendar tahunan.
 
Melalui Hijrah, Allah SWT menyempurnakan nikmat agamaNya, menjanji memeliharanya dari perubahan dan gantian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan