Rabu, 15 Disember 2010

BERMUDATRIANGLE


Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico
dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang
diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi.
Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga
kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk
tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang
berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi
tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri.
Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup
menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang
misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan
skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort
Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda
tanya. Apa yang ada di Bermuda Triangle? 
Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak
lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira
‘hilang’ . Satu lagi tempat dikenali sebagai
"Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina
terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga
dikatakan memiliki 
keanehan serupa. 
Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk
mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang
ikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey.
Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana
mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia
ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud
sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia
jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia
tiba- tiba ghaib! 
Apa yang sebenarnya telah berlaku? 
Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
maksudnya, “Apabila salah seorang berada di
tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang
bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak
sehingga sebahagian 
dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian
lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri
meninggalkan tempat itu).” 
 
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu
adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi
apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini
terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara
benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah,
lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus –
panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. 
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda
Triangle. Perkara- perkara aneh yang berlaku itu tentu
antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan
sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin
tersembunyi di 
situ. 
Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk
“Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi
tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud
dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda
Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan
muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak
lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata
mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam
memiliki semua jawapan untuk semua persoalan. 
 
Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama
merenung dan melihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan