Khamis, 23 Disember 2010

apa yg bangsa lain kata tentang BANGSA MELAYU


PETIKAN KATA-KATA FRANK SWETTENHAM
TENTANG MELAYU

“The real Malay’s...disposition is generally  kindly, his  manners are polite and easy. Never cringing, he is reserved with strangers and suspicious, though he does not show it. He is courages and trustworthy in the discharge of an        undertakings but he is extravagant, fond of borrowing money,and very slow in repaying it. He is a good talker, speaks in parables, quotes proverbs and wise saws, has strong sense of humour, and very fond of a good joke. He        makes an interest in the affairs of his neighbours and is consequently a gossip...Above all things, he in conservative to a degree,is proud and fond of his country and his people, venerates his ancient customs and traditions fear his Raja’s and has a proper respect for constituted authority- while looks askance on all innovations and will resist their sudden introduction. But if he has time to study them carefully, and they are not thrust upon him, he is           willing  to be  convinced of  their advantage… He is, however,
lazy to a degree,is without method or order of any kind, knows no regularity even in the hours of his meals,and conciders time as of no importance……….”
Swettenham,Frank, Malay Sketches, 1895
“ Melayu yang sebenarnya…secara semula jadi, seorang yang lemah lembut dan baik hati serta mudah digauli. Tidak kenal erti takut, agak berhati-hati atau sangsi dengan orang yang tidak dikenali, namun tidak menzahirkan perasaan itu. Mempunyai semangat juang dan boleh dipercayai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diserahkan, suka meminjam wang dan agak lambat untuk membayarnya kembali.
Seorang yang bijak berbicara, gemar bermadah dan berpantun, serta suka berjenaka. Sentiasa  ingin mengambil tahu hal-hal jiran mereka dan selalunya gemar akan gossip..... Seorang yang agak konsevatif dan bangga terhadap Negara dan bangsanya. Berpegang teguh pada adapt resam dan secara tradisi taat pada Raja dan menghormati pemerintah yang dipilih secara sah.
Selalunya sukar untuk menerima pembaharuan dan akan menolaknya jika diperkenalkan secara tergesa-gesa. Namun jika ia mempunyai masa untuk mengkajinya dan tidak dipaksa keatasnya maka ia sanggup untuk meneliti akan   kebaikan sesuatu pembaharuan itu.
Melayu jika dibandingkan adalah bangsa yang agak malas, tidak mempunyai aturan kerja yang rapi, tidak berpegang pada ketepatan masa walaupun pada waktu makan,   menganggap masa sebagai sesuatu yang kurang penting......”


1.  Tome Pires (1511-1513)
Seorang penulis Portugis yang ada bersama-sama pada masa Portugis menakluki Melaka mengatakan :

        “Orang MELAYU itu malas, mundur, suka berlaga ayam, tak boleh dipercayai, putar belit, selalu mengamuk dan cemburu.”

2.   Barbosa (1613)
     (seorang penulis Portugis) mengatakan :

            “Orang Melayu itu bersopan santun, berkelakuan baik, sukakan muzik dan bercinta”

3.              Godinho de Evedia
            (seorang penulis Portugis) mengatakan :

            “Kelakuan yang habis dibenci oleh orang Melayu ialah apabila orang lain meletakkan tangan di atas kepalanya. Sifat-sifat mereka lagi ialah angkuh, kuat bercinta, tidak boleh dipercayai, kuat bersukaria, suka mencuri, tak senonoh, putar belit, kepandaian ada tapi cuai dalam kerja, menggunakan masa untuk bersuka-suka dan suka menyanyi.”

4.   Valentijn (1665)
     (penulis Belanda) juga berpendapat :

            “orang Melayu tak boleh dipercayai gemar bersukaria dan bercinta.”
           
5. Stamford Raffles (1819)
   (Pengasas Bandar Singapura) berpendapat :

            “Masyarakat Melayu ialah satu masyarakat anak-anak dan perlu dipelihara oleh   Inggeris. Pengaruh lain daripada Inggeris kesemuanya tidak baik. Islam membuat    orang Melayu tidak ada semangat untuk bekerja dan pembesar-pembesarnya zalim   belaka.”

6.              Pentadbir British seperti :

a.                   Francis Light
b.                  William E. Maxwell
c.                   R.J. Wilkinson
d.                  R.O. Winstedt
 Mengatakan :
                  Orang Melayu malas, tidak mahu mengumpul harta dan bersikap menerima sahaja. Mereka juga sangat setia kepada tuannya, iaitu Sultan. Mereka tidak khuatir, tidak mahu jadi kaya dan puas hati dengan cara-cara biasa sahaja. Mereka juga malas, boros, kuat berhutang tetapi mereka mempunyai  perasaan harga  diri kebanggaan, sifat kejenakaan yang tajam dan pantang dicemuh, mereka  juga      baik hati, suka berkenalan, suka damai dan lemah lembut.

(Petikan dari buku : Senu Abdul Rahman, REVOLUSI MENTAL ,m/s 26-27 (Peribadi Bangsa Melayu)

3 ulasan:

  1. pedoman dan kebijasanaan meneroka minda dan maya.. fikir2kan

    BalasPadam
  2. PEDIH2.. TAPI INILAH KENYATAAN

    BalasPadam
  3. manusia ini harus semakin bijak.. mengurus, pertadbiran,kesihatan, kebijasanaan yg akhirnya datang nya kita dari pada NYA

    BalasPadam