Khamis, 16 Disember 2010

7 Wasiat Raja-Raja Melayu


Demi menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan serta mengharapkan rakyat berpegang teguh kepadanya, maka Raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 iaitu semasa menandatangani Persetujuan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu baginda telah menurunkan 7 wasiat, iaitu ;

1.    Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2.    Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, sebaliknya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3.    Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dalam negara;
4.    Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini;
5.    Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
6.    Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
7.    Kami amanahkan dan kami pertanggungjawab kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Masih utuh dan kekal kah wasiat ini? Adakah wasiat ini sudah hancur di makan anai-anai? Tepuk dada tanya akal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan